Monday, September 17, 2012

Isnin yang tenang

Salam,

Hari ini saya menghantar adik lelaki saya ke Taman Tasik Titiwangsa (3T). Katanya ada latihan untuk persembahan nanti. Saya temankan dia sekejap sementara menunggu kawan-kawannya sampai.

Hari ini 3T dipenuhi abang2 berbaju DBKL.Sibuk membuat raptai/latihan untuk apakah saya kurang pasti. Masing-masing nampak segak menunggang kuda, berkaca mata hitam. Saya sempat merakam video dari jauh.



Kami mencari port menunggu. Kawasan playground memang tempat strategik. Begitu ramai manusia hari ini. Majoritinya bersama keluarga. Tidak kurang juga yang datang berdua. Macam kami. Tapi, kami adik-beradik.

Sambil menunggu, masing2 sibuk membaca. Mujur saya bawa The Edge. Jika tidak, mati kutu bosan menunggu. Ahmad dengan komiknya. Sudah besar pun masih dengan komik. Suka hatilah.

Jika difikirkan, saya rasa saya tidak perlu lagi menemani Ahmad seperti ini. Bukankah dia sudah besar? Sudah pandai jaga diri. Tapi, kita tak dapat menjangka. Selagi saya mampu, saya cuba lakukan sebaik mungkin. Anggaplah sumbangan kakak untuk adiknya.
(Ah, begitu dramatik!). 
Sejujurnya, saya takut dengan kabar-kabar semasa. Budak diculik, dibunuh, dibakar, serangan seksual dan macam2 lagi. Nauzubillah. 

Kawan-kawan Ahmad sudah muncul. Saya perhatikan dari jauh. Akhbar The Edge sudah suku dibaca, saya mengerling melihat jam. Sudah 12.30 dan hampir masuk waktu Zohor. Saya tinggalkan Ahmad dengan kawan-kawannya. Menghantar sms memberitahu saya mahu pulang dan mengingatkan agar jangan lupa solat.

Sy bergerak meninggalkan 3T. Memandu mengikut gerak hati. Saya sampai di Masjid As-Syakirin, KLCC. Mengambil wuduk dan terus ke ruangan solat wanita di tingkat atas.

Azan berkemundang. Sebelum bersolat jemaah, sedikit tazkirah diberi. Ustaz menyentuh tentang Yahudi dan Nasrani. Kaum yang tidak akan berhenti memerangi orang Islam sampai kita mengikuti mereka.

Ustaz memetik ayat 120 surah al-Baqarah. Allah berfirman bermaksud:
"Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak sekali-kali akan bersetuju atau suka kepadamu (wahai Muhammad) sehingga engkau menurut agama mereka (yang terpesong itu). Katakanlah (kepada mereka) sesungguhnya petunjuk Allah (agama Islam) itulah petunjuk yang benar. Dan demi sesungguhnya jika engkau menurut kehendak nafsu mereka sesudah datangnya (wahyu yang memberi pengetahuan kepadamu (mengenai kebenaran), maka tiadalah engkau akan peroleh dari Allah (sesuatu pun) yang dapat mengawal dan memberi pertolongan kepadamu."

Dalam tazkirahnya, ustaz menyebut bahawa betapa ramai orang Islam yang ampuh pegangan agamanya. Kerana itu begitu mudah terikut-ikut dengan cara asing. Spt, cara berpakaian yang langsung tidak mencerminkan diri seorang muslim, hiburan yang melampau, dan macam-macam lagi. Ini semua adalah pengaruh halus dan tipu daya mereka yang mahu memerangi Islam.

Akibatnya, umat Islam menjadi semakin lemah. Tidak peka akan keadaan sekeliling. Tidak peka dengan nasib yang menimpa agama. Jangan terkejut jika ramai di luar sana yang langsung tidak peduli akan kejadian hinaan terhadap Nabi Muhammad SWT. Tahu tetapi tidak peduli. Subhanallah.

Saya terkedu seketika. Sungguh tazkirah hari ini ringkas tapi cukup significant. Saya beristigfar memohon keampunan dan memohon agar saya tidak tergolong dalam golongan itu. Saya mahu menjadi hamba yang peduli. Agar, di akhir waktu nanti dengan rahmatNya, Dia masih mahu peduli akan diri ini. AllahuAkbar.

Sama-sama muhasabah diri.


Gambar kurang jelas Masjid As-Syakirin.
 Biarlah kurang jelas di sini, tetapi sentiasa jelas di hati.


 Beg pemberian sahabat nun jauh di sana. 
 Beg ini untuk letak my prayer cloth.

  Kebangaan Malaysia. Untuk itu, Selamat Hari Malaysia semua!

No comments: