~Agama menjadi sendi hidup,pengaruh menjadi penjaganya.Kalau tidak bersendi runtuhlah hidup dan kalau tidak berpenjaga,binasalah hayat.Orang yang terhormat itu kehormatannya sendiri melarangnya berbuat jahat~
Cantik sungguh pepatah Arab yg pernah saya dengar sebelum ini.Kata kuncinya adalah ILMU.Kenapa?..Kerana tanpa ilmu, kita tidak yakin kepada agama yg kita anuti.Bayi yang baru lahir tidak akan secara 'automatiknya' mengenal apa itu ISLAM, melainkan dengan ibu bapa mendidik dan mengasuhnya sejajar dengan kehendak yang harus dipatuhi oleh ISLAM.Pengaruhnya adalah keadaan di sekeliling kita,biah yang telah diterapkan kepada kita.Berilmu membawa pemahaman kepada agama dan ianya menjadi panduan serta arah tuju kehidupan manusia.Maka di situ kita punya pegangan dan tanpa pegangan kita akan mudah hanyut dengan arus dunia yang fana dan binasalah jiwa hancurlah raga.Oleh kerana itu Rasulullah SAW amat menitik beratkan ilmu akhirat dan tidak sesekali melupakan ilmu dunia.Sentiasa menyeimbangkan kerana kedua-duanya sama penting dan kesederhanaan itu adalah yang lebih afdal...
Zaman yang penuh dengan kemodenan kini, dengan pembangunan yang pesat, manusia sentiasa berlumba-lumba mencari kesenangan, tapi kesenangan yang dicari itu hanyalah bersifat sementara tanpa meletakkan sesuatu di tempat yang sepatutnya.Mencari kesenangan dan kemewahan dengan tujuan bermegah-megah bukanlah tujuan sebenar seorang MUSLIM, adapun tujuannya adalah semata untuk mencari keredhaan Yang Maha ESa.Mencari di mana keberkatan agar segala jerih perit usaha diganti dengan saham akhirat kelak.Itulah sebenarnya tujuan manusia di muka bumi ini di hantar ke dunia tiada lain untuk beribadat kepada ALLAH SWT.
Banyak orang suka untuk mengatakan bahawa kemewahan dan kesenangan itu adalah satu penghormatan buat mereka.Anggapan ini salah malahan mereka bangga dengan segala apa yang mereka miliki.Tahukah kita bahawa kaya atau miskin, muda atau tua sememangnya yang dilihat dari kaca mata Allah SWT adalah mereka yang bertaqwa?..dan orang2 yang bertaqwa ini adalah mereka yang telah diberi hidayah dan rahmat dari Allah untuk mempunyai ilmu seterusnya dipraktikkan dalam kehidupan sehariannya makanya sampailah ia ke tahap mereka2 yang memiliki sifat-sifat orang yang bertaqwa..Allahu Akbar!..
Maka di sini ingin saya tegaskan dan menjadi ingatan buat diri saya sendiri, orang islam yang berilmu, yang mempelajari tentang dosa dan pahala, yang mana Hak dan yang mana Batil dan mengamalkannya maka dialah yang seharusnya layak menerima penghormatan ini......kerana dengan ciri kehormatan yang dia miliki ini telah melarangnya untuk membuat sesuatu yang dimungkari Allah dan merugikan dirinya sendiri di dunia dan akhirat.
Semoga kita semua beristigfar, berdoa semoga diampuni dosa-dosa yang lalu, menambah ilmu dan beramal dengannya dan mencuba sebaik mungkin untuk menjadi muslim yang mukmin seterusnya muttaqin..Amin ya Rabb Alamin..
No comments:
Post a Comment