Tuesday, January 2, 2007

#03 - Di manakah keadilan?

Tatkala umat Islam sibuk dengan persiapan untuk menyambut Hari Raya AidilAdha,penduduk dunia dikejutkan dengan berita penggantungan Saddam Husin pada pagi hari raya.Berita yg dimuatkan bukan sebarang cerita.Ianya berkisar tentang pengakhiran hidup seorang WIRA.Dia sebagai simbol perpaduan.Namun kini,dijangka pergolakan terus menerus tanpa henti malah diramal lebih buruk lagi....

Banyak pihak berperasaan pesimis dengan keputusan untuk menggantung Saddam sampai mati sebagai hukuman di mana mampu mengembalikan keamanan dan perpaduan di kalangan rakyat Iraq.Bahkan apa yang boleh kita lihat daripada kejadian ini adalah sikap Amerika yang tergopoh gapah dalam mengadili keputusan itu.Sememangnya kita tahu bahawa mahkamah Iraq yang telah memutuskan agar Saddam dihukum gantung akan tetapi Iraq sehingga kini masih lagi di bawah penguasaan Amerika yang kononnya ingin mengembalikan keamana sejagat.Iraq masih belum bebas dari penjajah dan sebarang keputusan pasti dipengaruhi oleh Amerika dan kroninya.Jadi manakah keadilannya?.

Diramal keadaan di Iraq makin buruk.Puak Sunnah dan Syiah akan terus bersengketa.Amerika laknatullah ini pasti sekarang sedang mentertawakan kita.Namun kita harus lekas sedar bahawa baik puak sunnah atau syiah,kedua-duanya tetap dilabel Islam dan ini menunjukkan satu gambaran negatif pada masyarakat antarabangsa.

Mengapa mereka memilih tarikh itu sebagai hari hukuman ke atas Saddam dijalankan?.Mengapa tidak memilih hari lain memandangkan hari tersebut adalah hari di mana umat islam seluruh dunia menyambut Hari Raya Aidladha.Sengaja atau tidak sengaja,apapun alasannya,tetap tidak dapat diterima.Sbg seorang Islam,saya benar-benar rasa tercabar dan terhina.Hari yang baik di rundung pula dengan kesedihan melihat sendiri mayat saddam di kaca televisyen.Terkulai layu,namun ketenangan pd jiwanya terpamer di wajahnya.Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas rohnya.Walaupun beliau telah pun pergi menghadap ilahi namun semangatnya tetap bersemi di jiwa setiap pemuda pemudi untuk meneruskan perjuangannya menentang yahudi dan kafir laknatullah ini.

Perasaan kesal,hiba,kecewa,marah dan segala-galanya ini penah menerpa ke dalam jiwa saya sama seperti saat menerima perkhabaran bahawa perginya syuhada' Yasir Arafat,Syeikh Ahmad Yasin,dan ramai lagi.KIta yang jauh ini hanya mampu menyaksikan di kaca television betapa banyaknya penderitaan dan penganiyaan yang dilakukan oleh Israel,Amerika dan sekutunya terhadap umat Islam namun masih tidak mampu berbuat apa2.Hanya doa sebagai senjata bagi para mukmin.

Namun saya tetap berpegang kepada janji Allah bahawa mereka kaum kufar tidak akan sesekali terlepas bahkan akan ditimpakan kepada mereka azab-azab yang sangat pedih.Di dunia mereka mungkin bebas melakukan kezaliman tetapi ingatlah kezaliman yg dilakukan pasti dibalas setimpal dengan perbuatan.Islam itu tetap akan menang...Itu janji Allah SWT.


Bagi orang mukmin yang telah banyak berkorban untuk mempertahankan agama hingga titisan darah yang terakhir,Al-fatihah...

No comments: