Assalamualaikum Warahmatuallah..
Alhamdulillah sy sihat2 selalu. Sy jarang menulis di sini kerana kekurangan waktu.Benarlah, tanggungjawab kita itu lebih banyak dr masa yang kita ada.Tak terkejar rasanya.Namun sebagai manusia, kita perlu berusaha.Jika tak gapai hasil yang memuaskan, kita masih ada kudrat untuk berusaha lebih baik dari itu lagi,insyallah.
Saya agak tertekan kebelakangan ini mungkin kerana peperiksaan menjelang tiba.Tinggal sebulan...Begitulah diri saya.Bila musim peperiksaan semakin hampir saya akan selalu asingkan diri.Lenyap dari pandangan..Semalam adik menegur,mengapa sy semakin diam kebelakangan ini..Abi hanya tersenyum.Mungkin arif dengan perangai saya.
5-4 minggu sebelum peperiksaan tiba, saya banyak habiskan masa di library.Bila rasa penat, computerlah penawarnya.
Sambil2 membuat persiapan untuk peperiksaan akan datang ni, sy sedang meninjau2, universiti mana yang bakal saya apply utk pengajian master nanti.Saya juga masih 'pening2' jurusan apa yang ingin sy ambil..Sukarnya membuat keputusan.
Sy amat meminati bidang undang2 kerana itu saya memberanikan diri mengambil jurusan tersebut ketika di Sudan dahulu.Alhamdulillah saya berjaya juga tamatkan pengajian dengan seribu satu kepayahan,kesabaran dan begitu mencabar diri ini.Kini, saya masih berkira2 adakah sy perlu meneruskan usaha sy yang lalu itu dengan mengambil bidang yang sama?..
No comments:
Post a Comment