Perlukah kita menyesal seumur hidup hanya kerana kita menjadi mangsa keadaan yang tidak memihak kepada diri kita?. Persoalan ini banyak kaitannya dalam kehidupan di mana setiap keputusan yang kita ambil mungkin memberi kesan kepada diri kita sendiri atau sekurang-kurangnya pasti ada insan yang makan hati dengan tindakan yang kita ambil.Kisah yang bakal saya kongsi bersama anda semua bukanlah rekaan semata-mata, malah ianya boleh menjadi tauladan kepada kita semua.
Saya merenung wajah Makcik Rohaya sedalam-dalamnya.Saya cuba menyelami isi hatinya walaupun saya sendiri tidak pasti apakah sebenarnya yang cuba diluahkan olehnya. Makcik Rohaya yang saya kenali adalah seorang wanita yang bahagia bersama keluarganya. Suaminya mempunyai pekerjaan yang baik dan punya anak-anak yang sedang membesar. Sekali imbas, tiada apa yang kurang pada dirinya. Walaupun badannya agak berisi namun dia masih cantik...Saya yakin pasti ada sesuatu yang mengheret dia mula 'bersuara' pada hari ini.
" Alhamdulillah sehingga hari ini makcik masih mampu bertahan menghadapi segalanya tapi penyesalan yang makcik alami, sememangnya sangat menyakitkan hati dan jiwa makcik. Namun,makcik sangat2 bersyukur kerana makcik tahu bahawa masalah yang makcik hadapi ini hanyalah sekelumit kecil dari asam garam kehidupan berumah tangga.Tapi awas, yang kecil itulah yang sangat berbahaya."
" Makcik dilahirkan dalam keluarga yang senang. Setelah habis tingkatan enam, makcik berkahwin dengan pilihan orang tua. Orang menyakat makcik sebagai 'bidan terjun".Sebab apa?.Kerana suami makcik telah bertunang tapi tunangannya lari mengikut lelaki lain.Akhirnya makcik dipilih sebagai pengganti. Mungkin nak menutup malu,waahualam. Namun,makcik terima dengan penuh redha kerana pujukan bapak. Sebagai anak bapak, makcik mengikut sahaja kata-katanya tanpa sedikit pun bangkangan. Sebelum berkahwin, makcik pernah membuat perjanjian lisan bersama bakal suami. Makcik menetapkan syarat mahu bekerja setelah berumahtangga.Hal itu telah pun dipersetujui oleh bakal suami. Namun, hal itu berlaku sebaliknya setelah berkahwin.Suami makcik tidak membenarkan makcik bekerja dengan alasan anak2 masih kecil. Makcik akur kerana menganggap itu hanya sementara, namun hal itu berlarutan sehingga makcik tak dapat membendung lagi keinginan tersebut. Untuk memujuk makcik, dia mengesyorkan makcik melanjutkan pelajaran. Makcik menyambung pengajian, bahagikan masa antara belajar dan menguruskan rumah tangga. Akhirnya makcik berjaya. Waktu itu makcik anggap,dia sudah bersedia melepaskan makcik bekerja namun sekali lagi dia bersikap acuh tak acuh. Makcik agak kecewa... "
"Tapi itu tidak bermakna makcik mengabaikan rumah tangga. Walaupun kecewa dengan tindakannya namun makcik tetap redha kerana percaya dengan apa yang telah Allah tentukan buat hambaNya. Rezeki keluarga bertambah, namun ada selumbar yang menikam jiwa. Sepanjang perkahwinan kami, hubungan makcik dan mertua tidak pernah mesra. Makcik tidak tahu apa salah makcik sehingga dibenci oleh mertua. Sedangkan dulu, dialah yang beria-ria mahu menyunting makcik sebagai menantunya. Entahla.. Makcik lakukan kewajiban dan tanggungjawab makcik sebagai menantu dan biarkan segala tohmahan dan sindiran menjadi halwa telinga. Segala yang buruk itulah makcik dan yang baik-baik itu hanya pada menantu-menantu kesayangannya sahaja. Makcik sedih dengan sikap mertua yang selalu membanding-bandingkan anak2 makcik dengan cucu2nya yang lain.Ipar duai yang lain pun turut mengadu-domba. Menjadi batu api sehingga mertua sanggub melakukan apa sahaja supaya makcik tidak kelihatan 'lebih' dari mereka.Pernah terjadi, suami makcik membeli perabot rumah kami yang berharga berbelas ribu ringgit pada waktu itu, dihambur dengan kata-kata yang menyakitkan kerana menganggap makciklah yang telah mendesak anaknya membeli itu ini,kononya menghabiskan harta anaknya. Sedangkan makciklah yang terketar2 keluar dari kilang perabot itu memujuk suami tidak membeli perabot2 tersebut kerana ini hanya akan membangkitkan kemarahan saudara-mara. Akhirnya suami makcik bertegas mengatakan itu citarasanya. Tidak sama dengan citarasa mak.Dan itu adalah duitnya sendiri hasil kerja 'outstation'nya. Suami makcik memang berjiwa seni".
"Kejadian itu memang membangkitkan kemarahan mertua dan besoknya,dia membeli perabot baru untuk anak dan menantunya yang lain. Bayangkanlah betapa busuknya hati manusia.Makcik tidak sepenuhnya menyalahkan mertua kerana makcik cuba memahami bahawa orang tua memang berkelakuan begitu mungkin dia inginkan perhatian yang lebih dan dalam masa yang sama dia terlalu sayangkan anak cucunya sehingga sanggup memanjakan mereka dengan wang ringgit.. Masalahnya adalah dari kalangan ipar duai yang menjadi batu api dan tahu 'meminta' sahaja darinya".
"Suami makcik seorang yang berdikari dan anak yang taat. Walaupun terlalu banyak perkara yang menyakitkan, dia tidak pernah merungut perihal maknya dan mengharapkan semuanya akan berakhir dengan baik. Makcik yang selalu makan hati setiap kali duit tidak pernah cukup kerana mertua selalu meminta duit tambahan dan setiap kali itulah anak-anak tidak dapat menikmati apa yang patut mereka dapat.Walhal suami tahu duit yang diminta itu bukanlah utk kebajikan maknya sebaliknya untuk anak cucunya yang hidup menumpang di rumah maknya.Memang betul2 menguji kesabaran. Sebagai seorang isteri yang tidak bekerja tentu sekali perkara itu merunsingkan fikiran makcik".
"Allah maha kaya dan pemberi rezeki.Suami ditugaskan ke luar negara dan mebawa kami seisi keluarga. Namun, dugaan lain pula yang melanda. Di saat kehidupan dilingkari kesenangan, suami mula lupa tujuan sebenarnya-mencari rezeki dan membahagiakan keluarga. Suami berlaku curang di belakang makcik. Kecewanya makcik tidak terkata. Seolah-olah segala pengorbanan makcik selama ini tidak dihargai. Makcik mula menyesali tindakan makcik yang tidak tegas terhadap suami ketika meminta untuk bekerja dahulu. Makcik mengharungi hari dengan penyesalan. Sudahlah makcik tidak bekerja, suami pula berlaku curang. segalanya adalah mimpi ngeri.Walaupun suami memberi nafkah wang kepada makcik dan anak2 tapi makcik tahu, hatinya tidak seikhlas dahulu.Dia juga bersikap dingin dengan anak2.Mereka adalah saksi perbuatan bapanya sendiri. Dari mula khusyuk bercinta..huh..orang tua bercinta,buruk sungguh mendengarnya sampailah akhirnya suami makcik mula 'tersedar' dari lamunannya..Anak-anak sudah besar lebih2 lagi yang sulung. Dia memahami apa yang berlaku. Makcik tahu dia tertekan. Dia menangis siapa yang tahu. Anak lelaki mempamerkan tekanan perasaannya melalui pelajaran. Habis jatuh merudum hingga dipanggil pihak sekolah. Pelajar cemerlang yang bermasalah.
Apa yang berlaku di dalam keluarga kami tidak diketahui umum. Ini adalah aib suami kerana suami bercinta dengan rakan setugas sendiri. Jika pihak atasan tahu tentang ini, pasti kerjayanya tidak dapat diselamatkan lagi"
" Bayangkanlah, makcik anak beranak yang menangungnya. Sudahlah jauh di perantauan, tiada tempat untuk mengadu. Satu hari makcik dan suami gaduh besar sehingga makcik nekad untuk pulang sendirian ke Malaysia. Suami hanya bersikap membatu diri. Tidak memujuk tidak menghalang. Ini amat mengecewakan makcik. Makcik mengalami tekanan emosi yang sangat teruk sehingga kandungan gugur dan makcik mengalami strok separuh badan. Tuhan sahaja yang tahu bagaimana sukarnya menghadapi situasi itu. Anak yang sulung memohon makcik agar bersabar. Mohon agar jangan tinggalkan mereka. Makcik sedih.. makcik sudah tidak punya apa2 lagi.Jiwa dan hati makcik bagaikan sudah mati diperlakukan suami sedemikian rupa.Anak terus memujuk. Makcik menyesali apa yang terjadi. Kalaulah makcik bekerja tentu makcik punya 'sesuatu' untuk teruskan kehidupan tanpa mengharapkan 'ihsan' suami. makcik tidak mahu penceraian tetapi makcik mahukan sedikit kebebasan setelah jiwa makcik seakan dikongkong oleh suami"
"Sehingga kini, makcik akui kehidupan makcik bersama suami hanyalah semata-mata kerana anak.Cinta kepadanya sudah tiada dan sayang yang tinggal hanyalah kerana dia bapa kepada anak2 makcik. Namun makcik teruskan juga tanggungjawab seperti biasa dan menggangap segala yang berlaku adalah mimpi ngeri. Mimpi ngeri yang selalu menghantui fikiran sehingga hilang kepercayaan makcik kepada suami. Yang tinggal hanyalah ihsan."
" Andai kata masa mampu diputarkan kembali,makcik akan bertegas meminta janji dikotakan kerana sehingga ke saat ini makcik masih menyesal kerana tidak punya pendapatan sendiri seperti isteri2 yang lain.Walaupun suami sudah mengakui kesilapannya,namun makcik tetap punya perasaan ragu.Tidak tahu,esok atau lusa,suami buat perangai lagi,apa yang harus makcik lakukan?..Tiada wang simpanan sendiri,tiada pekerjaan..bagaimana??..Kini makcik hanya meminta 'sedekah' suami untuk meneruskan kehidupan."
* kisah yang di ceritakan ini, membawa terlalu banyak makna dan saling berkaitan dengan kehidupan sebenar kita. Bagi kaum wanita, hak sebagai wanita jangan di ambil mudah kerana sebagai wanita kita perlu sentiasa berjaga-jaga agar tiada pihak mengambil kesempatan atas sifat lembut dan tolak ansur kita. Berhati-hati itu perlu walaupun pada suami sendiri tapi biarlah tindakan yang kita ambil adalah sewajarnya. Janganlah pula kita digelar isteri derhaka kerana terlalu mementingkan diri sendiri dan akhirnya kita sendiri yang rugi.
* Makcik Rohaya mengambil tindakan yang bijak walaupun dia menderita namun saya percaya apa yang dia lakukan adalah demi anak-anak dan dia sendiri tidak mahu keluarga yang berpecah belah selain ingin menjaga nama baik keluarga. Jika dia mudah berputus asa maka sia2lah perngorbanan yang dilakukan selama ini kerana orang luar terutama ipar duai tentu akan bersorak dan lebihlah lagi menjadi duri dalam daging.
* Tujuan Makcik Rohaya menceritakan kisahnya ini adalah untuk direnungkan bersama-sama. Dia tidak mahu kisah hidupnya menjadi satu lagi siri dalam kehidupan wanita lain. Oleh kerana itu dia selalu berpesan kepada anak2 dan saya sebagai seorang yang masih di alam remaja, agar jangan mensia-siakan peluang yang ada. Punya peluang untuk belajar,teruskan belajar kemudian binalah kerjaya sendiri untuk bekalan hari muka. Jangan mengharapkan suami sebagai sandaran malah dengan menjadi wanita yang bekerjaya iainya mampu mengubah persepsi atau pandangan suami terhadap isteri. Wanita yang berilmu dan bekerjaya punya martabat yang tinggi di mata seorang lelaki dan jadikan anda sebagai isteri yang mampu menjadi kebanggaan suami...Isteri solehah-suami soleh...
Sampai ketemu lagi ..........

No comments:
Post a Comment