Hari ini saya diuji dengan satu dugaan yang pernah saya hadapi sebelum ini..
iaitu...dugaan untuk melawan perasaan kurang keyakinan..
Saya tidak tahu mengapa hari ini segalanya begitu 'blur' buat saya..
Ketika menduduki kertas 3, saya masih boleh kembali pada tumpuan saya..Akan tetapi bila tiba masa untuk menjalani peperiksaan kertas 4,otak saya jadi blank secara tiba-tiba.Sehingga saya tak dapat mengungkapkan apa yang sepatutnya saya katakan..
Kenapa perkara ni berlaku sedang saya sibuk menghadapi peperiksaan?..
Keadaan kesihatan yang kurang memuaskan antara faktor penyumbang kepada apa yg telah berlaku..
Namun, saya terima segala dugaan ini denga hati yang terbuka. Saya tidak dapat melakukan dengan baik pada hari ni berbanding 2 hari lepas.
Mama amat risau tentang hal diri ini. Namun,saya yakinkan bahawa saya akan dapat mengatasi segala masalah ini dengan mencari punca sebenarnya..
Selesai peperiksaan, saya bawa diri ke KLCC untuk mengunjungi Kinokuniya.
Memang sudah menjadi tabiat saya,setiap kali tension, pasti kedai buku menjadi destinasi persinggahan..Saya akan menggembirakan hati saya dengan meninjau buku-buku yang boleh memberi semangat dan ransangan untuk jiwa saya..selepas itu saya lepaskan segala beban dalam diri ini dengan duduk diam membaca...Penat membaca, saya akan bersiar-siar seketika.. Selalunya KLCC la menjadi singgahsana kerana berdekatan dengan rumah. Bila saya rasa diri sudah mula ada sedikit rangsangan, saya akan pulang ke rumah. Bila tiba waktu solat dan selesai mengerjakannya, saya akan membaca al-quran sehingga berasa benar2 tenang..Itulah diri saya...Itulah yang saya lakukan setiap kali saya mempunyai rasa yang negatif dalam diri. Rasa negatif adalah rasa yang terbit dari keadaan yang boleh membuatkan diri kita merasa kecewa,sedih,tidak bermaya,kurang bersemangat dsbnya..Saya ada cara saya sendiri untuk mengatasinya..Mungkin tidak sama seperti orang lain.Tapi inilah diri saya yang sebenarnya..
Sekurang-kurangnya dengan membaca saya dapat rasakan sedikit sebanyak masalah yang ditanggung berkurangan.Begitu juga sekiranya saya mula menulis...
Saya tidak ingin mengulas lanjut apa yang telah berlaku hari ini.Namun,hari ini telah membuatkan saya hilang tumpuan.Namun saya bersyukur kerana saya makin memahami diri saya.Saya makin mengetahui kelemahan diri dan saya lebih menghargai diri saya sendiri..
No comments:
Post a Comment