Mmm...let me introduce..this is Suraya,from Kenya!.From my experiences Kenyans are very good friend. I love them so much...
Having a chat after maghrib prayer..doing some girl's stuff..huhu
Assalamualaikum everyone (",)
Alhamdulillah hari ni saya habiskan seluruh masa saya dengan baik.Saya dapat siapkan assigment LWS dan membaca sebanyak boleh info untuk persediaan LRM.
Tuhan itu maha pemurah.Saya bertemu seorang kawan yang benar-benar peka dan mengambil berat. Walaupun usia persahabatan kami belum pun menjangkau sebulan tapi masyallah layanan yang dia berikan sebagai seorang teman amat melebihi seorang teman yang sudah kenal bertahun lamanya.
Untungnya punya sahabat seperti dia.
Allah benar-benar memudahkan urusan saya. Sebagai seorang pelajar baru,saya agak kurang biasa dengan persekitaran baru walaupun cepat dapat menyesuaikannya. Contohnye seperti tadi, saya masih ragu2 untuk menggunakan perkhidmatan Carrel Room yang disediakan untuk pelajar PG dan staff. Alhamdulillah, ada juga teman yang sudi membantu.
Saya perhatikan sahabat saya ini memang seorang yang senang menghulurkan bantuan.Tidak kiralah besar atau kecil.Selain itu, saya lihat dia juga seorang yang tidak lokek ilmu. Ada sahaja indo terbaru dan perkara yang sudi dibincangkan bersama. Inilah yang dikatakan keberkatan dalam pembelajaran.Tidak pernah lokek ilmu dan sentiasa sudi membantu orang lain lebih2 lagi dalam mencari ilmu.
Saya seorang yang suka memperhatikan orang lain. Saya senang untuk mengenal pasti sikap atau mungkin peribadi seseorang itu dengan hanya berkawan dan tinggal dengannya untuk beberapa waktu. Walaupun tidaklah mengetahui secara keseluruhan,sekurang2nya saya dapat mengagak bagaimana karektor dan peribadi mereka.
Alhamdulillah Allah mempertemukan saya dengan seorang insan yang berperibadi baik dan saya mengharapkan sepanjang persahabatan ini diberkati selalu..
No comments:
Post a Comment