Sunday, September 2, 2007

#36 - Muslim Women in the Midst of Change (Mpf Conference)

Salam to all,
Alhamdulillah, conference selama 2 hari berakhir dengan jayanya. Insyallah, jika berkesempatan saya akan kongsi di sini tentang apa yang telah kami lalui dan ilmu berguna yang diperolehi sepanjang program.
Ini conference ke-3 saya hadiri sejak menyambung pengajian di IIUM 2 bulan yang lalu.Benarlah kata orang, apabila kita berada di kelompok golongan berilmu, kita juga turut mendapat ilmu yang ada pada mereka. Saya rasa sangat2 beruntung terpilih untuk sama-sama menyertai conference kali ini. Lebih bermakna lagi, saya bukan pergi sebagai participant malah saya punya tanggungjawab yang lebih berat dari itu. Bertindak sebagai seorang rapporteur, saya belajar banyak perkara sepanjang program. Ketepatan masa, kecekapan melakukan kerja, dan berfikir secara kritikal mengajar saya erti displin dan berfikiran lebih kreatif.
Kami seramai 8 orang pelajar kesemuanya mewakili IIUM dan bertindak sebagai rapporteurs untuk workshop2 yang diadakan sepanjang program. Berbanding semalam, hari ini, kami betul2 sibuk melakukan tugas kami, bagi memudahkan facilitator untuk menyampaikan resolution dan recommendation pada akhir sesi. Saya akan kongsi segala pengalaman yang saya perolehi insyallah di kesempatan akan datang. Terasa badan amat letih dan harus berlaku adil dengan berehat seketika.Jumpa lagi

No comments: