Tahukah anda South Africa adalah satu2nya negara dalam dunia ni yang punya 3 ibu negara. Capetown, Pretoria dan Bloemfotein. Capetown antara tempat yang ingin sekali saya lewati sebab pertama saya nak lihat sendiri bagaimana keadaan tempatnya yang dikelilingi gunung ganang tu. Mengikut cerita yang saya pernah baca, Capetown ni dulu pernah menjadi tempat buangan orang politik berbangsa melayu atau budak suruhan 'sekitar abad ke 17 dan 18. kerana itu, orang-orang di sana mempunyai paras rupa seakan-akan orang melayu kita dan kabarnya mereka juga masih mengamalkan adat ketimuran yang kita amalkan.saya pun sebenarnya tak habis kaji lagi pasal Afrika selatan ni. Nantilah, bila 'seru' dah sampai saya buat..hahah.. Saya pernah menyatakan hasrat melancong ke sana ketika masih belajar di Sudan dulu tapi kawan yang berasal dari sana cepat2 membangkang katanya di sana crime rate sangat tinggi. betul ke? Sebab kedua saya ingin ke sana adalah kerana sepupu sepapat saya masih lagi menuntut di sana. Jadi kalau nak melancong lebih seronok kalau ada mereka.
Negara kedua yang ingin saya lawati adalah New Zealand. Sebab paling utama adalah kerana kecantikan, keindahan dan kebersihan negara tersebut sehingga dilaporkan New Zealand ni tiada tempat longgokan/pembuangan sampah pun cam yang bersepah2 di negara kita. Bayangkanlah betapa bersihnya negara ni. Negara bersih kerana rakyatnya cintakan alam semula jadi lebih dari segalanya2. Jika di Malaysia, penduduk kita lebih suka lepak di kedai kopi di pagi hari, penduduk New Zealand pula sudah keluar awal pagi mendaki gunung dan memasuki hutan mengutip sampah sarap. Itulah aktiviti rutin mereka. Jadi, fikir2kanlah....
Kenya adalah negara yang mesti saya lawati sebab selain melancong, saya juga ingin menziarah sahabat handai di sana. 2 rakan baik saya juga berasal dari negara ni. Tempat utama yang ingin saya lawati sudah semestinya safari yang terletak di Masai Mara. Mengikut cerita dari kenalan yang pernah pergi kesana, pengalaman memang sangat menakjubkan sebab kita dapat melihat sendiri hidupan liar dari dekat dengan suasana yang macam dalam cerita 'Jurassic park' hahaha...jenguk kepala dari bumbung pickup. best tu...
Walaubagaimanapun ada satu lagi tempat yang akan saya tuju jika saat itu saya sudah punya wang yang cu
kup untuk melancong. Saya akan pastikan bahawa saya akan men
ziarah tempat ini terlebih dahulu sebelum ke destinasi lain. Negara itu adalah Saudi Arabia. Mana lagi kalau bukan Masjidil Haram dan Madinah. Jika ada rezeki saya ingin melakukan umrah sekali lagi. lebih bermakna jika dapat membawa sama mama dan abah. Rindu sangat pada rumah Allah itu. Moga2 impian saya ni tercapai sebelum menutup mata.
Amin..
p/s: teringat si dia yang pernah berangan berkahwin di Laut Mati, yang terletak di Jordan. Katanya, "aku tak tahu berenang tapi aku nak sangat kahwin sambil menyelam cam pelakon Rozie dengan laki die tu..Aku terfikir nak kahwin kat laut jadi Laut Mati tempat yang paling sesuai. Aku takkan tenggelam...Asal terapung kat laut sudah la"..wakakakaka...
kup untuk melancong. Saya akan pastikan bahawa saya akan men
ziarah tempat ini terlebih dahulu sebelum ke destinasi lain. Negara itu adalah Saudi Arabia. Mana lagi kalau bukan Masjidil Haram dan Madinah. Jika ada rezeki saya ingin melakukan umrah sekali lagi. lebih bermakna jika dapat membawa sama mama dan abah. Rindu sangat pada rumah Allah itu. Moga2 impian saya ni tercapai sebelum menutup mata.Amin..
p/s: teringat si dia yang pernah berangan berkahwin di Laut Mati, yang terletak di Jordan. Katanya, "aku tak tahu berenang tapi aku nak sangat kahwin sambil menyelam cam pelakon Rozie dengan laki die tu..Aku terfikir nak kahwin kat laut jadi Laut Mati tempat yang paling sesuai. Aku takkan tenggelam...Asal terapung kat laut sudah la"..wakakakaka...
No comments:
Post a Comment