Call mama tengahari, tapi die x ada..."Ahmad nak duduk library la hari ni ma. So mama ambil Ahmad lambat sket k"... itu pesan die pagi sebelum ke sekolah..
Ahmad yang suke membaca
Adik-adik lelaki saya semuanya suka membaca. Angah pun kalau dia 'normal' tentu dia suka membaca. Sebabnya semua berita terkini dia tahu...luar negara?dalam negara?politik? semua dlm poket die..So tak mustahil sifat suka membaca bapa saya mengalir juga dalam dirinya..Adik, mm lagilah..pantang ada duit, kinokuniya lah tempat melabur..
Ahmad juga tak terkecuali. Emm...pantang nampak buku atau majalah yang menarik perhatian, dia akan baring atas katil, terlentang atau meniarap, kaki goyang2 dan mula membaca.. Kadang2 tu kalau tak diperhatikan si Ahmad ni, x pasal2 diari kita pun dia kebas. Hah, orang kat rumah kena hati2 la..Pandai2 simpan diari. Budak kecil..berkali cakap pun terkadang dia lupa...
Ahmad ni budak lelaki yang biasa2 je. Tapi, pandai Sains n Matematik. Bab game, dialah juara. Sampai rosak ps2 dikerjakannya. Dia pandai berbahasa Cina tapi kakaknya lebih fasih. Berjiwa lembut dan manja dengan semua ahli keluarga tapi agak takut2 dengan adik Wan. Mungkin adik tegas orangnya, tak seperti saya.
Ahmad ni blh diklasifikasikan sbg manusia yg kreatif juga la. Bahan2 buangan pun dia boleh jadikan sebagai mainannya. Dia akan buat macam2 dengan kotak kosong, tin2 biskut, straw, even stoking koyak pun dia akan gunakan kalau ada idea yg muncul.Haha...
Dia plg suka buat experimen. Setiap experimen sains yg ada dlm buku sekolah tu semuanya die dah cuba..Siapa lagi yg kena tolong?kakak die juga...
Zaman kanak2 saya agak mewah sebab mama dan abah sangat suka membeli barang permainan untuk kami 3 beradik - mainan cam Barbie, transformers, mickey mouse, garfield collections, roller blades, motor cas n mcm2 lagi la. Tapi Ahmad n Eeqah membesar tanpa itu semua. Bukan mama dan abah tak mahu beli, tapi huh barang mainan mereka berkali ganda nilainya dari apa yang kami dapat waktu kecil despite of its only 'a indoor game'.Mana tidaknya, ps2 yang berharga beribu ringgit tu (masa mula2 kuar la), gameboy, komputer lagi, CD games, VCD dll. Zaman dah berubah...kita dah tak boleh bandingkan lagi dulu dan sekarang....
Kini, saya manjakan mereka dengan buku. Biarlah, saya rasa lebih baik wang disalurkan untuk sesuatu yang bermanfaat. Kalau dapat diputarkan lagi masa, saya tak mahu barbie, transformers, motor electrik dll tu. Sebab tu semua hanya akan jadi perhiasan sahaja bila kita makin membesar. Tp, masa kita msh budak2, bukannye fikir tu semua..tahu nak enjoy je...
Ahmad kini sudah genap 9 tahun. Tak sabar untuk melihat dia membesar. Begitu juga Khazieeqah..Mungkin orang akan kata saya ni terlalu 'sentimental' tapi itulah..Bila sesuatu benda tu kita sukar nak perolehi, kita akan menghargainya.
Dulu, bertahun kami hanya 3 beradik sahaja(Alg, Angah, Adik), kmdn eeqah lahir swktu sy berumur 12 thn. kami 3 beradik cam tak caye je ada org baru dlm keluarga. hehe..tp, excited sgt sbb eeqah sgt comel. Mcm anak jepun..tak macam kami ni..hahha..ms die kecil, semua org salah anggap die tu anak angkat abah..kalau keluar bershopping seringkali org pandang 2-3 kali...adoi...
Sbb mama bekerja dan belajar waktu itu, dan juga atas faktor kesihatan, mama ambil keputusan utk tidak mahu mengandung lagi. Tapi Allah itu Maha Pemurah, Ahmad tetiba pulak muncul.....sampai Dr. cakap Ahmad ni sesat..hahahha..kesian die...tapi, kehadiran dia satu rahmat buat kami...peneman Eeqah setiap masa. Kalau org biasa kata 'kembar dlm perut', kita panggil diaorg ni 'kembar darat'..hahha.
Cita-cita Ahmad
Saya tak pernah tanya Ahmad secara detail apa cita-citanya. Sbb dia akan kata "tak tahulah along...ahmad tak tahu nak jadi apa bila besar nanti tapi, Ahmad nak tolong orang". Mungkin hanya dia

Satu hari 'teacher' Ahmad terserempak dengan mama di perkarangan sekolah. Teacher beritahu satu kisah yang dia rasa agak unik.
"Puan, pagi tadi saya tanya Ahmad, apa cita-cita awak?"
kemudian dia jawab: " saya nak jadi doktor tapi dalam masa yang sama saya nak jadi cikgu"
"eh, macamana tu?"
" Yelah, pagi saya jadi cikgu, malam saya jadi doktor"
"kenapa awak nak jadi cikgu, kenapa nak jadi doktor dan kenapa nak buat 2 kerja?satu kerja cukuplah"
" Saya nak jadi cikgu sebab saya suka matematik, saya nak jadi doktor sbb bila isteri saya sakit malam2, senang la saya nak rawat die..kalau mak saya sakit pun saya boleh tolong.."
wahahahhahaha...budak umur 8 thn cakap cam ni??anda percaya??
hah itulah Ahmad Mutq'mainnah..
2 comments:
ahmad genius ni
semua budak yg dibesarkan dgn dikelilingi org dewasa lebih cpt matang esp. cr pemikiran dia..sbb bdk2 mmg sng dibentuk..die x tahu apa, hy lihat dan ikut contoh dpn mata,so aisya jdlah kakak yg baik ye..mn tau dpt anugerah kakak contoh/mithali 2008..heheh
Post a Comment