1st n 2nd draft yg dihantar kepada Dr. minggu lepas telah saya dapat feedback nya.
Alhamdulillah satu fasa dah selesai dan Dr. agak berpuas hati dengan cara kerja saya.
"Your work was very good, Hafizah. But, please be cautious on the footnotes. If you are quoting something make sure you write the very detail of the sources,ok!.The rest were really good for me". The introduction too..i like it..Keep up your good work!"
Sy x sangka madame cakap macam tu sekali...Itu complimentary atau??..
Sy sebenarnya tidak berapa berpuas hati dengan draft yang ditulis tp oleh kerana nak mengejar masa, ada serba sedikit info yang tidak dapat saya sertakan sekali. ..Walaubagaimanapun, pujian yg sy perolehi, saya anggap sebagai satu pembakar semangat utk bekerja dengan lebih bersungguh.
Sy perasan sejak kebelakangan ini, semangat saya makin pudar. Mungkinkah saya kurang dekat dengan Allah?Kesihatan pun kurang memuaskan sejak akhir2 ini..Mungkin juga kerana penat.
Apapun hari ini, ada sedikit bahagia dalam diri.
Semalam, saya ke Kuantan bersama RAs yang lain. kami 7 org kesemuanya pergi ke sana untuk menemubual seseorang yang sangat expert dalam adat land ni. Alhamdulillah perjalanan dipermudahkan dan sesi perjumpaan juga dapat diadakan tepat pada masanya. Sy sgt teruja kerana mendapat pengalaman baru lebih2 lagi dh lm sy x jejak kaki ke Kuantan.
Minggu depan pula, jika tiada halangan saya akan ke Kuala Kelawang (KK) selama 3 hari. Mengikut Dr. membuat kerja khusus dan lapangan. Sebenarnya, projek ini tiada kena mengena dengan saya memandangkan sy membuat research tentang energy law. Projek (KK) ini pula berkaitan dengan Adat land. W/bagaimanapun, Dr. Bashiran sudi mengajak saya ikut serta kerana katanya bagus untuk saya mencari pengalaman. Terima ksh!..Ya Allah, alangkah baiknya hati beliau. Seorang yang sentiasa berfikiran positif dalam semua hal. Tidak hairanlah beliau disenangi oleh banyak pihak.
3 bulan bekerja ini sy anggap sebagai tempoh pembelajaran. Adanya orang sekeliling yang 'membantu', dapat meningkatkan lagi mutu pencapaian diri kita. Dengan itu, kita akan lebih berkeyakinan..
Di IIUM ini jugalah, saya sedar apa kelebihan yang sy miliki. Selama ini sy mungkin tahu kelebihan diri, akan tetapi, nothing to boost it out. Jadi, ianya terpendam macam tu sahaja. Sy punya kelebihan menulis assignment n kertas kerja, tp baru di sini sy tahu bagaimana utk menggilapnya...
Semester lepas, hampir semua assignment yang sy buat, mendapat markah tinggi, alhamdulillah sy bersyukur sgt..Yang plg tidak dapat sy lupa, adalah assigment utk Company Takeover. Saya mendapat markah tertinggi dalam kelas shg pensyarah meminta izin untuk menggunakannya sebagai rujukan utk kelas undergrad nya. Sy pernah memberitahu abah tentang hal itu tetapi dia merasa ragu2 sehinggalah dia membaca dan melihat sendiri assignment2 tersebut setelah sy menghantar melalui email. Akhirnya abah berkata ianya agak bagus...
Di Sudan dulu juga begitu. Final year thesis, jg mndpt markah yg baik..alhamdulillah...
sy x ambil kisah pun itu semua, tetapi apabila pulang ke Malaysia, hendah tak hendak kita terpaksa akui bahawa mereka yang punya kelebihan itu yang akan pergi jauh. Jika keadaan diri kita berada di tahap yg sama sahaja spt org lain, mgkn kita terpaksa bekerja dengan lebih keras lagi.
W/bagaimanapun, setiap manusia tidak ada yang sempurna. Mungkin kelebihan sy di sudut itu, kelemahan sy di sudut yg lain pula. Kerana itu, manusia perlu sentiasa belajar...belajar dari kesilapan dan belajar untuk terus cemerlang...
Sy punya perasaan rendah diri yg kadangkala dalam satu2 keadaan, amatlah tidak menguntungkan diri saya. Tp, sy cuba lakukannya walaupun sy tahu sy bukanlah yg terbaik. Kawan2 amat penting kerana mereka ini fungsinya sebagai pembakar semangat dan yg plg penting mereka jujur mengkritik kita...
Alhamdulillah, sehingga kini, Allah mengurniakan rakan2 yang sangat membina dan banyak membantu saya. Syukurlah...
No comments:
Post a Comment