Sunday, May 11, 2008

#54 Kung Namanya

Uniknya hubungan manusia dengan haiwan. Walaupun kita ni bukan seperti Nabi Sulaiman yang pandai dan faham bahasa binatang tapi kita masih ada akal dan naluri untuk memahami tabiat dan habibat mereka.

Dari dulu sampai sekarang, keluarga kami jarang benar ada jiran Melayu. Selalunya para jiran adalah terdiri dari bangsa Cina dan India. Mungkin sudah ditakdirkan sebegitu rupa namun banyak faedah sebenarnya. Antaranya, kawasan menjadi lebih selamat kerana ada 'pak guard' yang tolong jagakan. Mereka memang memelihara anjing untuk keselamatan rumah mereka secara tidak langsung juga jiran di sebelah rumah. Bagus juga kerana setiap kali ada 'orang asing' yang lalu lalang dia akan menggonggong.

Kawasan rumah kami di Miri ini masih dalam construction. Hanya beberapa buah rumah dan fasa yang telah siap dibina selebihnya masih dalam pembinaan. So, memang ramailah pekerja asing di kawasan situ. Bukanlah saya mahu discriminate, saya pun pernah bergelar orang asing di tanah asing, tapi kehadiran mereka di kawasan situ sedikit sebanyak mengganggu ketenteraman awam. Pernah beberapa kali saya lihat mereka bergaduh, siap dengan kayu dan batu, takut...

Sejak keluarga berpindah ke Miri setahun yg lalu, ada 2 ekor anjing yang selalu 'melepak' depan rumah. Saya rasa mereka ni anjing terbiar tapi jinak. Entahlah, sampai ke hari ni bila sudah punya anak (puppy), masih jinak lagi. 2 hari sekali abah saya akan beri mereka makan. Kelakarkan. Kami membelanya dengan erti kata 'tidak rasmi'. Setakat ni alhamdulillah tak pernah pula mereka buat hal. Mereka macam faham2 je, apabila time nak beri makan 'kena ada distance'. Tak boleh dekat2. Mereka juga tidak seperti anjing lain yang pantang nampak tuannya membawa makan terus meluru datang. Mereka sentiasa tunggu kami letak makanan tu dahulu, kemudian apabila kami dah berlalu pergi, barulah mereka meluru ke makanan tersebut. Pandai kan? Macam faham2 je.

Mama saya rajin bercakap dengan mereka. Mungkin mereka faham. kehadiran mereka sedikit sebanyak membantu kami kerana setiap kali ada orang yang dicuragai lalu di hadapan rumah, anjing2 tersebut akan menggonggong kuat. Salah satu sebab mengapa mama dan abah memilih untuk tinggal jauh dari bandar adalah kerana kes pecah rumah yang tinggi di sekitar Senadin, Pujut dan Piasau. Semua orang Miri pasti sedar akan hal ini.

Mana2 pun sebenarnya sama sahaja. Tergantung atas kita juga dengan mementingkan soal-soal keselamatan ini. Malang tidak berbau..

3 comments:

Aishahtur said...

wah dah balik sarawak ke. bestnyer

Nurul Zahar said...

wei mana ada balik sarawak, gambar tu akak rakam tahun lepas.akak masih kat KL ni, akak pindah ke 'asrama' jelah kekekek...asrama kan more joyful ada kawan, kat umah ni tak de sape..'aku tengok ko, ko tengok aku'..haha

umaq_eiman said...

mana sama.. sudan kan lain...
tapi betul kita bukanlah nabi Sulaiman kalaulah kita leh cakap ngan binatang tentu kita selalu kesedihan dengan ananiyah manusia.