Alhamdulillah, dapat pulang ke kampung berjumpa umi dan atukabah walaupun seketika cuma. Saya benar-benar tak menjangka tiket yang saya beli untuk pulang semula ke KL adalah bertarikh 1 hb. Saya sangka ianya hari isnin rupa2nya hari Ahad. Mujurlah saya check semula. Kalau tidak, pasti saya terpaksa pulang lewat. Sekarang ni musim cuti sekolah. Tiket susah diperolehi seiring dengan kehendak kita… Tak tahu silap siapa. Saya atau si penjual tiket. Ketika itu, saya tergesa-gesa kerana hujan sudah mulai turun dan si penjual tiket itu pula sedang sibuk menonton drama di TV. Matanya masih tepat memandang televisyen walaupun tangannya sibuk menekan skrin computer. Selalunya, dia akan menunjukkan calendar, kemudian kita pilih hari apa siap dengan tarikhnya sekali. Tapi waktu itu, semuanya macam kelam kabut sahaja…
Akhirnya, kami dibawa ke bengkel bas di Sungai Cua dan terpaksa menunggu lebih 2 jam di sana sehingga bas selesai dibaiki. Ramai sahaja yang tidak berpuas hati tapi apa boleh buat. Mujurlah, si driver tu sempat sampai ke bengkel sebelum keadaan mnjd lbh buruk lagi.
Sepanjang penantian kami selama 2 jam tu, saya sempatlah berkenalan dengan orang yang duduk sebelah saya ini. Rancak juga dia bercerita. Itu dan ini. Saya hanya menjadi pendengar setia. Adakalanya saya mengangguk dan tersenyum. Haha…saya menjadi orang yang pendiam pada hari itu. Bukanlah diri saya yang sebenar. Entahlah, saya pun hairan. Segan pun ada kot. Apa yg membuatkan sy lebih suka diam dan biarkan dia bercerita adalah kerana saya mendapat tahu bahawa dia juga bekerja di PETRONAS. Seorang geologist. Jadi, saya lebih suka mendengar ceritanya, dari saya sendiri yang bercerita…walaupun banyak perkara yang saya tahu tapi, saya buat-buat tidak tahu…hahahah…byk perkara yang dia cerita..tentang kerjayanya la, cita-citanya, dan zaman persekolahannya.. macam kami ni dah lama kenal..naik segan saya…bila teringat semula, terasa kelakarlah pula..hahha
Kami sampai di stesyen bas Batu Pahat kira-kira jam 10 mlm. Dah lewat. Dia menawarkan untuk menghantar kerana katanya kakaknya ada menunggunya di stesyen.
Kami sampai di stesyen bas Batu Pahat kira-kira jam 10 mlm. Dah lewat. Dia menawarkan untuk menghantar kerana katanya kakaknya ada menunggunya di stesyen.
Saya pula pulang tanpa memberitahu orang di kampung..Kononnya nak buat surprise. Saya menolak denga baik walaupun berkali dia mengajak....saya mahu naik teksi sahaja jadi, dia mencarikan saya teksi. Saya tak mahu menyusahkan sesiapa. Agak lama juga dia menemani saya sehingga ada teksi muncul. Sebetulnya, saya berasa sangat janggal bila ada orang memperlakukan begitu. Dia bukanlah saudara mara saya. Malahan kami baru je berkenalan. Dalam hati pula, tertanya kenapalah teksi tak muncul2. Selalunya, banyak je teksi di kawasan situ. Pelik2.. Tapi, saya pujuk hati, Allah dah rancang segala sesuatu dengan cantik dan indah belaka. Ada hikmahnya.
Sampai di rumah, habis saya disergah umi “Bertuah punya budak. Tak beritahu pun nak balik”…hehhe…kepulangan kali ini sangat bermakna walaupun singkat. Bergelak ketawa dengan umi adalah satu perkara yang sangat saya rindui. Bila time makan, licin lauk di kuali saya kerjakan…Haha…memang kalau balik kampung selera saya menjadi-jadi. Lauk asam pedas ikan merah sangatlah menarik selera saya.
Paksu pula memang tidak pernah lupa membeli lontong basah dan kering untuk sarapan pagi..bila malam hari, ada-ada aja makanan tambahan…sate, murtabak, kuey teow basah special dan macam-macam lagila…saya tahu lah dia tu taukey kedai makan, semua benda dia nak suruh saya makan. Adoi, tak bernafas lah saya nanti..
Petang sabtu, umi mengajak semua membeli belah untuk persiapan raya. Cepatnya, detik saya dalam hati. Petang itu, umi keluar dengan menggayakan cermin mata barunya. Ternyata umi tampak lebih muda dari usianya. Saya dan maksu tak kering gusi ketawa perihal itu.
Kami ke kedai Bintang Emas. Kedai ini sudah menjadi destinasi turun temurun keluarga kami jika ingin shopping membeli kain ela. Kami juga sangat mengenali taukey kedai tersebut dari moyang mereka sampailah ke cucu cucitnya…haha.. Bila orang-orang tua berjumpa, macam-macamlah gaya mereka. Ada sahaja lawak dan cerita-cerita lama di singkap kembali. Saya yang melihat hanya tersenyum. Terdetik dalam hati, uniknya rakyat Malaysia yang berbilang kaum ini. Hidup bergembira walaupun berlainan bangsa.
Lama juga kami menghabiskan masa di Bintang Emas. Biasalah umi, banyak pilihan, rambang matanya..hehe..Tak tahu nak pilih yang mana. Ungu atau putih. Hijau atau biru. Maksu juga tidak ketinggalan membeli-belah untuk raya nanti. Umi seboleh-boleh mahu belikan untuk saya. Tunjuk sahaja yang mana berkenan. Tapi, saya menolak. Bukan tak sudi, tapi saya tak mahu membazir. Tahun lepas sahaja, mama sudah belikan 4 macam jenis kain untuk dibuat baju kurung. Sehingga hari ini, satu pun tidak terusik. Saya kurang gemar berbaju kurung. Tapi, kalau terpaksa dan dipaksa, saya kena juga pakai baju kurung.
Finally, saya pilih satu kain tapi bukan untuk saya. Untuk Khazieeqah tersayang. Satu-satunya adik perempuan saya dalam dunia ni. Hopefully dia suka kain bunga hijau tanah putih tu. Saya tahu dia tak cerewet.
Habis bershopping kami pulang ke rumah. Tiba di rumah, macam biasalah bila orang perempuan selesai bershopping, habis segala benda yang dibeli akan dipunggah semula dan apa lagi…melaramlah sesama sendiri. Saya betul-betul geli hati terutamanya apabila melihat nenek saya yang seperti orang muda itu. Baru-baru ini, nenek saya membeli 2 beg tangan dan sepasang kasut berjenama terkenal. Saya pula baru menghadiahkannya sehelai tudung sulam yang dibeli dari kelantan. Dipadankan dengan baju dan kain yang baru dibelinya. Wah tampak mewah. Kalah mak datin…hahah..umi…umi…
Perkara yang membuat saya bahagia adalah tatkala melihat orang sekeliling saya gembira. Cukuplah dengan itu..asal mereka gembira saya pun akan turut gembira.
Sebelum saya berangkat pulang tengahari Ahad tu, umi asyik berkata, "Along baliklah selalu. Rumah ni kosong je. Tengok tu, qaisarah dah mula pandai manja ngan Along. Lain kali, balik lama sikit. Sebulan ke..".sebulan??...inssyallah umi..akan difikirkan.
Sejak Pak long meninggal, banglo besar itu sunyi sahaja. Nasib ada qaisara, riuh sikit ada suara budak. Kalau tak, nak gi dapur seorang-seorang pun rasa semacam...Apapun, saya sangat gembira dengan kepulangan kali ini...hilang stress..
2 comments:
panjangnyeeerr.,,,
macam naik keretapi.
panjang ye??..oklah next time ana pendekkan...yelah kereta api pun skrg pendek2 je..hahhaha
Post a Comment