Sunday, June 8, 2008

#72 - Zaman sekolah dulu2

Teringat waktu sekolah menengah dulu, saya boleh tahan nakalnye. Yg suke memberontak, x suka follow the rules, sll lawan cakap, ...sesuailah sangat klu nk describe diri saya waktu tu. Dari sekolah convent beralih ke sekolah Islam, bayangkanlah bagaimana memberontaknye saya waktu itu.

Sy jenis x takut dgn senior tambah2 lagi budak lelaki. Mgkn kerana itu juga diaorg ni waktu sekolah x berapa suke perangai saya n mgkn ada yg menyampah sungguh dgn saya. Sikap saya itu pun sebenarnya berpunca dari mereka gak. Terus terang saya katakan, waktu saya masuk sekolah Islam tu, sy x dapat sokongan moral pun dari rakan2 di sekolah. Hy segelintir je yg berasa terpanggil utk berkawan n mengenali lebih dekat..Nampak ketara sangat..

Sy mungkin ada masalah displin masa tu, tp pelajaran tak pernah saya abaikan. Tambah2 lagi, subjek2 arab spt fiqh ibadat, tafsir, hadis, sirah..tu semua sy score..sbb sy tahu tu semua subjek susah, jadi kalau sy tak struggle, budak2 lain pasti akan lebih memandang sinis dan ketawakan sy kerana mendapat markah corot...

Perangai sy yg suka langgar peraturan (cthnye, pakai tudung pendek, suka sengseng lengan baju,suke cakap aku kau-sgl yg dilarang keras kat sekolah, cakap main sedap mulut-yg si**, b***-semua keluar)..rasanya cikgu2 pun ada yg x suka saya. Sbb x ada seorang pun yg ambil inisiatif dgn mengambil apa2 pendekatan macamana nak ubah perangai saya. Melainkan saya sendirilah kan kena ubah perangai..Entahlah sy rs guru2 pun ada konflik sendiri.

Nak dijadikan cerita, ada seorg ustaz tu yg amatlah saya suka dan sangat hormat. Beliau mengajar subjek Fiqh Ibadat, Tafsir dan Hafalan Quran. Sy rasa banyak2 cikgu kat sekolah tu, ustaz ni shj yg menerima saya seadanya dn lebih memberi perhatian kepada saya. Seorg yg sgt berhemah apabila berkata2 dan bertindak. Sy mmg enjoy sgt kalau belajar di kelasnya mgkn kerana beliau suka menyelitkan cerita2 nabi dan sahabat serta pengalamannya ketika belajar di Mesir dahulu. Sy yg mmg liat nak menghafal surah n ayat2 quran (di sekolah mmg kena hafal certain surah panjang2, ada exam khas), boleh lancar menghafal kerana pendekatan ustaz itu.

Tahun kedua saya di sekolah, ustaz tersebut menjadi guru displin. Saya suka memerhatikan tindak tanduk ustaz itu. Cara dan pendekatan yg dilakukannya. Percaya tak anda, saya memang sengaja buat pasal di sekolah sbb sy tahu nanti sy akan dipanggil ke bilik guru displin. Sy dah biasa kena bambu dengan guru displin sebelum itu tp x pernah 'kena' dengan ustaz tersebut. Satu hari sy dipanggil ke bilik displin...

Sampai sahaja sy di bilik displin, ustaz hanya senyum. Ustaz tanya, "enti tahu apa yg membuatkan enti di panggil ke sini?". Sy jawab "ana dapat agak ustaz tp, ustaz sajelah yg bagitahu ana". kesalahan memakai tudung pendek...
Hari itu, sy diberi ceramah free oleh ustaz. Beliau menerangkan mengapa sekolah tidak membenarkan pelajar2nya memakai tudung pendek. Sy pd mulanya memprotes dan mengatakan bahawa tudung saya tidak terlalu singkat malah ianya masih menutup dada spt dikehendaki agama. Tapi, ustaz menjawab dgn lembut. kata beliau "Lebih elok jika tudung itu dilabuhkan, bila ditiup angin, ianya tidak terselak dan menampakkan apa yg tidak sepatutnya dilihat".

Memang ada benarnya kata2 ustaz tu. Sya hanya diam sahaja dan seterusnya ustaz tersebut meminta kebenaran merotan sy. Ditanya sy tangan manakah yg boleh dirotan. Jadi saya hulurkan tangan kiri. Ustaz tersebut mengambil sebuah buku yg kmdn diletakkan di ketiaknya lalu beliau mengangkat tangan dan merotan saya dengan kadar yg tidak berapa sakitla...

Sebelum saya keluar dari bilik, ustaz sempat berkata "enti fikir2kanlah apa yang ustaz cakap tadi ye".

Sepanjang hari itu saya asyik terfikir tentang apa yg dah berlaku di bilik displin itu. Saya merasa sangat kagum dengan akhlak beliau yg meminta izin terlebih dahulu sebelum merotan saya. Cara beliau merotan saya juga amatlah menarik perhatian sebab guru displin sebelum ini tak pernah pun buat macam tu.

Saya terus meminta mama ke pasar larkin utk membeli tudung labuh berwarna putih. Sehari-dua selepas itu saya mula memakainya di sekolah. Ramai sahaja yg terkejut. Saya berubah..bukan setakat itu, sy juga berjanji utk mengubah diri n perangai sy..tidak lagi mengeluarkan kata2 yg tidak elok, yg jijik itu..pokoknya sy mahu lakukan hal yg baik2 sahaja. Yelah, dah pakai tudung labuh, akhlak pastilah kena mulia. Kalau tidak, tiada maknalah pemakaian tudung labuh itu. Pd mulanya, sy sesuaikan diri memakai tudung labuh di sekolah sahaja kemdn di luar sy mula memakai sedikit demi sedikit tp tidak berasa selesa. Akhirnya sy kembali memakai tudung biasa tp di labuhkan dan dipinkan di bahagian bawah. Tidak lagi diangkat bersilang...step-by-step.

Ustaz itu secara tidak langsung telah mengubah diri sy. Pendekatan yg dilakukan itulah yg membuatkan saya terbuka hati untuk berubah. Pernah suatu hari, sebelum 'hijrah' ini berlaku, sy menghamburkan kata2 yg x elok pada seorg pelajar lelaki kerana tak puas hati dengan tindakannya. Sedang marah2 tu, tiba2 ustaz muncul dan lalu di sebelah saya. Beliau hanya tersenyum dan mengucapkan salam dan berlalu pergi. Saya pasti 100% beliau mendengar kata2 yg keluar dari mulut sy waktu itu. Saya benar2 malu dengan diri sendiri.

Sy berubah sedikit demi sedikit. Menghadirkan diri dalam qiamualail, usrah dan memilih kawan2 yg sy percaya boleh membantu sy ke arah kebaikan. Bergaduh besar juga saya dengan geng2 lama sehingga ada yg bermasam muka tapi lama2 diaorg pun terima perubahan sy. Mereka pun menjadi lebih baik dari dulu. Yang plg penting, jiwa sy merasa lebih tenang dan apabila solat, sy merasa lebih khusyuk. Itulah gambaran perasaan sy waktu itu.

Di rumah pun, sy dah kurang melawan cakap mama. Solat dah tak seliat dulu lebih2 lagi subuh dan isya'. Betapa bersyukurnya sy kerana Allah telah memilih sy utk belajar di sekolah tersebut. Bila menyedari perubahan sy, ramai yg sudah mahu berkawan. Sehingga kini kami masih berhubungan. Ramai manalah sangat pelajar sekolah itu. Kami macam adik-beradik.

Yg sy tak boleh lupa itu, bila nama saya naik sbg calon pengawas sekolah. Kelakar pun ada.
Dulu sy anti-pengawas. Anti-rules...tp, semuanya berubah dlm sekelip mata...

Sikap buruk sy towards prefects and PRS tu dulu pun sebab sy geram dgn mereka. Berlagak, hypocrite dan tunjuk hebat..menyampah betul saya..haha..sy x hairan sgt pun dengan jawatan mereka sbb sy sendiri seorang pengawas selama 3 thn berturut2 ketika di sekolah rendah.

Pengalaman memang benar2 mematangkan diri kita. Sebab itu,bila sy berdepan dengan masalah sosial dan akhlak yg makin menjadi2 di kalangan remaja kita hari ini, sy tidak merasa hairan sbb sy juga seperti itu dahulu. Sy x salahkan mereka 100% sbb org sekeliling sepatutnya ada tanggungjawab sosial mereka. Faktor persekitaran pun memainkan penting. Mereka lebih sosial dari sy yg dulu sosial juga kerana zaman sekarang cabarannya lebih besar dr yg sy hadapi 10 thn lalu.

Remaja adalah remaja. Mereka perlu sentiasa diberi perhatian dan bimbingan. Yg dewasa tak boleh main pandang sebelah mata je. Perlu ada inisiatif. Remaja juga harus disedarkan, tapi biar ianya dtg dr dlm diri sendiri bukan faktor keterpaksaan. Apabila berubah, perubahan positif yang dicipta itu insyallah akan kekal lama.

Sy selalu mendoakan kesejahteraan ustaz sy itu. Walaupun dah lama sy tak jumpa beliau, hanya berbual melalui telefon shj, tp jauh dari sudut hati saya, bersyukur kerana memiliki guru seperti itu. Beliau tidak pernah tahu bahawa akhlak dan peribadi yg ditunjukkan beliau itu berjaya membuka hati pelajar seperti sy ini untuk berubah. Kerana beliau jugalah, sy pernah menyimpan hasrat utk pandai berbahasa arab seperti beliau. Pernah bercita2 merantau seperti beliau. Pernah bermimpi utk merasa roti shawarma seperti yg beliau pernah ceritakan..hehhe...dan Allah itu Perancang yg sangat Hebat, sy ditakdirkan berpeluang belajar di Sudan...kalau buat novel ni laku juga...

Dulu kawan2 pernah berkata, kalaulah ustaz tu solo lagi waktu tu, orang yang paling happy tentunya saya..hahhaha....tp sy rasa tidak begitu. Kalau beliau belum berumah tangga waktu itu, lebihlah terbatas pergaulan kami. Bila beliau sudah beristeri sekurang2nya, saya tidak berasa segan, dan menganggap beliau seperti ahli keluarga sendiri. Sy meletakkan beliau di tempat yg mulia sebagai seorang guru yg terlalu byk berjasa. Ustaz ARS, terima kasih..Semoga Allah memberkati dan merahmatimu..

6 comments:

KiDeN~H.D.3 said...

salam..citer menarik ni kak..
seronok mmbacenye..
bagus la ustaz tuh..mmg susah gile nk jmpe org yg penyabar gitu..

betul,faktor persekitaran memainkan peranan penting..
ambo dlu kat skoloh mmg buas gilo..
tu yg kne tahok ko sude nih.bg soleh ckit duk die2 dle umoh.hehehe

umaq_eiman said...

like me.. hahahahaha

Nurul Zahar said...

Lps gi Sudan, lm juga x contact ustaz tu tp satu hari tu akak nak call ustaz Sudan nak ty ada kelas ke tak, tapi akak tersalah dial nombor ustaz tu di malaysia.Habis bil melambung...Hahah...kecek arab, terkejut dia, akak ty ustaz datang kelas ke tak? dia jawab mana ada kelas hari ni, akak reply ustaz terlupa kot. hari ni memang ada kelas budak2 semua dah tunggu. Akak suspect something wrong bila check balik, hahha rupenya salah no. Patutlah 'slang' die semacam je...
Then, akak sms minta maaf, ustaz tu terkejut sgt, dia tak sangka tu Hafizah, murid die dulu. Ingat minah arab mana..hahah..tulah kisahhnye...

KiDeN~H.D.3 said...

oh..ade smbungan!
sy pn nak wat gitu gak lah.
buat2 tersalah antar ke msg arab kt ust2..
msti siorg terkizut..
"eh,mamat arab mne plak msg ambo nih?"
hehehe

umaq_eiman said...

masalahnya arab kamu berterabur lagi tak macam akak kamu ni.
hahahahaha

KiDeN~H.D.3 said...

ahahaha..
kantoi.. :p