Saturday, July 5, 2008

#87 - Diari Biru

Waktu sedang mengemas2 bilik, saya terjumpa kotak2 lama yg memuatkan buku2. Saya punggah dan terjumpa diari lama yg tidak pernah saya sentuh sejak 2 tahun yg lalu. Saya capai dan buka. Helaian muka surat yg saya selak, tercatit ayat ini:

"Jadilah bintang bila berkawan,
Jadilah bulan bila kau bersedih,
kerana kau perlu bersendirian"

Saya tersenyum. Itulah tema diari saya. Diari itu memuatkan seribu macam cerita-pahit dan manis saya sepanjang 3 tahun tinggal di asrama ketika masih menuntut di Sudan.
Saya teruskan pembacaan tapi berhenti sebelum tiba catitan terakhir kerana ada kisah sedih di hujung cerita. Kisah sedih itu, punya sejarahnya yg tersendiri. Saya ingin membacanya kembali tapi, bukan pada waktu ini.

Kata Dr. Fadzilah Kamsah, fungsi diari adalah tempat kita meluah dan bercerita tapi yang digalakkan hanyalah kisah dan cerita2 gembira bukan cerita sedih sebab bila kita membaca kembali di masa hadapan ianya dapat memberi seseorang itu semangat dan dorongan untuk terus maju ke hadapan.

Bagi saya pula, diari itu tidak mengenal kisah gembira atau sedih, kerana setiap cerita yang ditulis, membawa maksud tersendiri. Saya perlu menulis. Tidak kira kisah gembira atau sedih. Cuma, adakalanya saya memilih untuk tidak mengingati kisah sedih itu kerana tidak mahu terbawa2 perasaan asing sehingga boleh menjejas tumpuan. Tujuan saya menulis kisah sedih adalah supaya saya dapat mengingati kesilapan dan kesalahan yang pernah saya lakukan. Ianya akan membuatkan saya terus bermuhasabah diri dan sentiasa beringat.

Diari biru itu sentiasa menjadi sahabat paling setia. Tapi, kini ianya bukan lagi menjadi teman paling akrab dengan saya. Tempatnya kini di suatu sudut bersama diari2 terdahulu, disampul kemas, jauh dari pandangan manusia lain. Saya tidak akan lupa jasanya dulu. Padanya tempat saya meluah perasaan setelah mengadu kepada yang Esa. Dengan cara itu, saya berasa puas.

Saya mula menulis diari ketika berumur 9 tahun- sewaktu darjah 3. Itu kerana saya tidak tahan diusik n dibuli rakan2 ketika di sekolah. Kesannya, saya mula mencurah perasaan melalui mata pena..Diari pertama saya berwarna kuning air. Gambar Minnie Mouse menghiasi cover.Haha.
Saya guna untuk 2 tahun kerana tidak mahu membazir.

Diari kedua, diari Petronas. Lebih besar dari sebelumnya. Saya guna untuk 2 tahun juga kerana bukan setiap hari saya menulis.

Masuk sekolah menengah, saya mendapat hadiah hari jadi ke-13, sebuah diari yg boleh tahan tebalnya. Setahun berlalu, tiada lagi muka surat yang kosong.haha.

Diari ke-4, waktu ini saya jarang menulis. Tidak tahu kenapa. Mungkin waktu itu, saya sedang sibuk concentrate utk PMR. Tak banyak masa. Saya sendiri tak ingat kenapa saya liat menulis ketika itu.

Diari ke-5, waktu ini, saya sudah menjejak kaki di bumi Sudan. Kerana sudah mahir berkomputer, saya tidak lagi menulis dengan mata pena. Saya menyimpan segala cerita di dalam sebuah disket. huhu. Tapi, sayangnya disket itu hilang ketika sibuk berpindah. Saya menangis x berlagu.

Diari ke-6 adalah diari biru itu. Ketika itu saya sudah tinggal di dakhiliyah (asrama). Saya tidak punya kesempatan untuk selalu menghadap komputer, jadi saya kembali menggunakan mata pena. Diari biru itu adalah pemberian Uncle Ghafur (blok E) kerana berbahasa arab-Diari Schlumberger tahun 2003. Sangat tebal.

Kini, saya dah jarang tulis diari. Benar sungguh tekaan saya dulu. Saya mungkin tidak punya banyak masa lagi untuk menulis jika kembali ke Malaysia. Jika punya masa pun, saya menyempatkan diri menambah post di blog. Diarilah juga kan.. huhu



No comments: