Sy hy ada kira-kira 13 minggu/2 bln stgh sebelum menamatkan pengajian sarjana. Pantasnya masa berlalu!
Semester terakhir ini saya pilih 4 subjek yg kesemuanya agak mencabar bg saya.
Isnin- kelas Dr. Najibah Mohd Zin untuk pengajian Comparative law of Family.
Selasa- Off
Rabu- Islamic Jurisprudence yg diajar oleh Dr. Mahamad Arifin
Khamis- Alternative Dispute Resolution a.k.a ADR oleh Prof.Dr. Syed Khalid Rashid
Jumaat- Private International Law oleh Prof.Dr. Mohd Altaf Hussain Ahangar
Disamping sibuk dgn pelajaran, saya juga bekerja part time as reseacrh assistant-meneruskan kerja2 yg belum siap pada short sem yang lalu.
Ada juga offer untuk menjadi tutor kerana IIUM sekarang memang kekurangan tutor terutama di AIKOL, tapi saya tolak kerana merasakan terlalu banyak bebanan takutnya pelajaran terabai. Saya juga agak sibuk dengan PGSS. Sy bukanlah jenis manusia yang boleh buat banyak kerja dalam satu2 masa.
Bila sy renung kembali, pendedahan yg diterima ketika terbabit dalam aktiviti berpersatuan ketika belajar di Sudan, sedikit sebanyak membantu diri saya mengurus masa dengan baik. Memang pengalaman itu adalah guru. Sangat bernilai.
Tapi, dalam kesibukan ini saya rasa jiwa makin kosong, kenapa ya?. Saya rasakan semakin hari semakin sibuk, semakin kurang khusyuk dalam solat. Adakalanya saya duduk termenung seusai solat memikirkan akan perkara itu. Saya tenangkan jiwa dengan banyak membaca al-quran. Saya amati satu persatu ayat. Bukankah Allah itu sentiasa mengetahui dan mendengar segala luahan dan rasa hati kita. Dia maha Memahami. Pemberi kekuatan.
Sebenarnya, perkara ini lah yg selama ini saya kuatiri akan berlaku. Sewaktu di sekolah menengah dan seterusnya belajar di Sudan, saya masih lagi berkesempatan untuk membaca surah Yasin setiap hari tapi kini, seminggu sekali pun terkadang terlepas.. Jika dulu, setiap habis solat, saya mampu luangkan masa seketika membaca al-quran tapi kini,....
Hanya mengharapkan amalan dari manzil setiap hari sebagai pendinding diri.
Terkadang saya rasa sayu yang amat. Susah untuk dimengerti. Sy rindu kehidupan yang dulu.
No comments:
Post a Comment