Sepanjang 2 minggu saya di Sarawak ini, perkara yang paling terkesan di hati adalah layanan abah terhadap saya. Mungkin kalian di luar sana pernah merasai perasaan semacam itu kerana kita merasa seperti selalu dihargai walaupun pada mata kasar, bapa kita jarang mengungkapkan kata sayang pada kita.
Seperti bapa lain, abah saya seorang yang sangat sibuk. Sabtu dan Ahad pun dia bekerja. Terkadang adik2 saya merungut juga kerana abah dah kurang masa bersama mereka. Apabila pulang dari kerja, dia akan terus menikmati makan malam (kami makan jam 5 petang-kira makan malam la tu), membaca surat khabar/buku dan setelah isya' dia sudah jatuh terlentang di atas katil. Itu jika dia tidak sibuk.. Jika banyak kerja belum selesai, dia akan ke office semula pada malam harinya dan pulang awal pagi. Jika dulu, abah masih sempat memberi tazkirah & taklim maghrib, tapi kini dia tidak selalu berpeluang berbuat demikian.
Hari minggu merupakan hari yang ditunggu kami sekeluarga. Walaupun abah sibuk, hampir setiap minggu dia akan memasak, mengganti mama di dapur. Itulah bapa saya. Menu masakannya selalu terarah western food. Time nilah kami makan sepuas2nya. Kami tidak pernah makan di luar kalau teringin memakan chicken chop etc. Abah yang akan masak... Semuanya abah buat sendiri. Special
2 kali hari minggu saya di sini, abah memasak bermacam jenis ayam..eg. chicken grilled, roasted, di makan bersama salad n kentang goreng n paling special adalah black paper sauce nye...sedap sangat2.. pagi minggu itu saya menegur abah kenapa perlu memasak sedangkan abah banyak kerja di site..abah kata " itu favourite along. Abah kena buat juga".
Semalam, hari bekerja. Abah masih sempat memerah oranges untuk dibuat fresh orange juice sebelum pergi kerja. Kataya "Along jarang dapat minum air yang abah buat. Ini untuk along. Satu jug"....saya kehilangan kata2.
Saya teringat sewaktu di Sudan dulu. Abah pernah datang untuk 2-3 minggu kerana ada urusan kerja. Sepanjang itu, abah tak pernah putus2 membekalkan saya makanan yang dia masak sendiri. Kawan2 juga sering memuji bapa saya pandai memasak. Makan besarlah saya sepanjang 2 minggu tu..haha.
Jika bab makanan, abah saya tidak pernah berkira. Padanya, melihat anak2 memakan masakannya dengan selera sekali adalah satu kepuasan.
Begitu juga dalam hal lain.
Saya terfikir, kenapa abah sanggup mengeluarkan duit membeli tiket untuk saya pulang setiap semester ketika di Sudan dulu?
Mengapa dia sanggup mengupah caterer menghantar makanan setiap hari ke dakhiliyah??
Itu semua kerana rasa kasihnya terhadap saya.
Saya tidak pernah meminta itu semua, apa yang diberi, saya akan terima dengan berlapang dada, jika terkurang, saya tidak pernah merungut, namun, terkadang saya naik risau kerana abah terlalu 'menjaga' saya.
Ketika mendaftar untuk program sarjana di UIAM setahun yg lalu, abah menemani saya sehingga minggu taa'ruf. Paling kelakar, dia menghadirkan diri dalam sesi taa'riuf sehingga ramai sahaja yang tersalah sangka bahawa dia yang melanjutkan pelajaran..haha. Melihat gayanya, saya tahu abah sangat mengambil berat.
Kini, walaupun saya sudah dewasa, abah tetap melayan saya seperti anak kecil. Aduh, terkadang saya naik rimas. Tapi, itulah abah saya. Selama-lamanya tetap abah saya yang selalu saya sayang...
No comments:
Post a Comment