Saya dah add 4 subjek yang saya bakal pelajari untuk semester akhir ini.
1. Comparative Family Law
2. Alternative Dispute Resolution
3. Comparative Law of Evidence
4. Private International Law.
First subjek masih dalam pertimbangan. Saya hanya ada masa sehingga 11hb ini. Itu sahaja masa diberi. 2 weeks for add/drop courses.
Saya minat nak ambil Land use, planning law & practice tapi, ia dijadualkan pada hari Isnin- sama seperti subjek Comparative Family Law.
Walaupun subjek land law tidak pernah diajar di IUA Sudan dan saya juga tidak pernah diberikan pendedahan tentang ilmu ini tapi, saya rasa perlu untuk saya belajar subjek tersebut. Walaubagaimanapun dalam masa yang sama, sub. com. family law itu juga sangat menarik kerana perbincangan dan kertas kerja2 yang diguna pakai dalam kelas amat membantu saya untuk mendapat kefahaman yang lebih mendalam lagi tentang isu2 semasa dalam matrimonial cases. Saya pernah beberapa kali menghadiri Fam. Law lecture dan ternyata ianya amat bagus.
Tunggu sehingga saya dapat feedback dari beberapa pelajar terdahulu kemudian saya akan buat keputusan. Pemilihan subjek yang tepat sangat penting kerana selain masa yang terhad, saya juga perlu memilih berdasarkan minat dan permintaan semasa.
No comments:
Post a Comment