Petang isnin itu, sewaktu saya sedang sibuk di library, saya dikejutkan dengan panggilan telefon dari mama yg mengatakan uncle Zaharudin sedang sakit tenat. Suara mama di corong telefon kedengaran sayu yang teramat. Saya turut rasa sebak. Mama meminta saya dan adik bergegas ke hospital secepat mungkin.
Jam menunjukkan pukul 4.45. Saya katakan pada mama saya akan ke hospital setelah selesai presentation. Kebetulan pada hari itu, giliran saya membuat perbentangan. Saya tidak mahu menangguh kerja. Selesai pembentangan, saya mohon izin keluar awal. Mujurlah professor faham.
Saya dan adik sampai di Gleneagles pada jam 8 malam. Terus kami berkejar ke ICU di tingkat 2. Ramai orang sudah menunggu di lobi tersebut. Kelihatan ramai uncle2 Petronas yang saya kenal. Kebanyakan mereka adalah group Sudan. Saya rasakan suasana di situ sangat muram. Hanya sesekali terdengar gelak ketawa anak2 kecil bermain di perkarangan lobi.
Saya menunggu di pintu masuk ICU. Ingin sekali saya masuk untuk melihat keadaan uncle. Tapi, hanya 4 orang sahaja yg dibenarkan masuk pada satu2 masa. Itu pun restricted utk ahli keluarga dia sahaja. Ah, dalam hati, saya tidak peduli. Saya perlu cari peluang untuk melihat uncle. Sudahlah abah dan mama tiada di sini, sekurang2nya jika saya dapat melihat keadaan uncle, ada sesuatu yang boleh saya ceritakan pada mereka. Tentu abah sekarang risau memikirkan tentang sahabat baiknya itu..
Akhirnya, saya berpeluang untuk masuk. Sedikit demi sedikit saya melangkah menuju ke ruang biliknya yang berdinding kaca itu. Terlihat sekujur badan yang kaku, dadanya berombak perlahan, dan wayar2 berselirat di sana sini. Saya rasa sungguh sebak waktu itu. Ya Allah, kali terakhir saya melihat uncle masih mampu bergelak ketawa. Saya mengusiknya kerana dia kelihatan lebih kurus. Tampak handsome..dia hanya ketawa..Sempat lagi dia bertanya tentang pelajaran dan sebelum kami beredar dia berjenaka "Along lepas ni dah jadi lawyer jangan lupa uncle sudahla".
Terasa seperti baru semalam sahaja saya berjumpa dengannya. Saya selalu terserempak dengan uncle di sekitar kawasan perumahan kerana kami tinggal tidak jauh antara satu sama lain. Jika uncle dapat tahu abah pulang ke KL, pasti dia datang menjenguk.
Saya berdiri dekat katil..Sedih perasaan ini hanya tuhan sahaja yang tahu. Saya bisikkan padanya "Uncle, along ni... Abah tak dapat nak datang. Along harap uncle cepat sembuh. Kuatkan semangat. Kami semua mahu uncle cepat sembuh".
Air mata yang sedari tadi ditahan, tumpah jua. Saya sedih sebab tak sangka semua ini akan berlaku. Saya tahu bahawa uncle menghidap lemah jantung. tapi, berita yang baru saya terima benar2 memeranjatkan. Doktor baru mendapat tahu, ada darah beku di kepalanya dan kerana otaknya telah tercedera, uncle terus koma.
Saya renung anak2 uncle satu persatu. Yang sulung akan menghadapi SPM tahun ini. Yang bongsu baru berusia 4 tahun. Bagaimanalah nasib mereka jika sesuatu terjadi pada ayah mereka? Saya tunduk merenung lantai dengan fikiran melayang...Oh tuhan, musibah ini boleh berlaku pada sesiapa sahaja jika Allah berkehendakkan begitu. Jika saya di tempat mereka, adakah saya kuat untuk menghadapinya?
Setiap setengah jam mama telefon bertanya perkembangan. Abah hanya menyepi. Saya tahu dia sedih.
Keesokkannya harinya, Selasa 5/8, saya mendapat panggilan dari adik yang uncle sudah kembali ke rahmatuallah jam 1:38 tghari... Tersentak seketika. Ya Allah..darimu kami datang kepadamu kami kembali................
Saya berteleku lama di atas sejadah....Saya teringat kenangan lama...ketika hayatnya, uncle dan keluarga sangat baik dengan kami. Dia tidak pernah berkira...Malah saya rasa dalam ramai2 kawan abah, uncle Zaharudin inilah yang banyak membantu kami jika kami dalam kesusahan. Dan abah sangat mempercayainya. Pernah terjadi, mama dan abah perlu ke Melaka atas urusan tertentu, sebelum ke sana, abah sempat menelefon uncle, berpesan padanya "Din, kalau jadi apa2 pada aku, kau tolong uruskan along aku di Sudan tu, dan tolong uruskan hal2 lain, pampasan, wasiat dan segala hal lain. Janji pada aku, din!"
Saya tidak pernah tahu akan hal ini sehingga adik yang menceritakan perangai 'buang tabiat' abah tu pada saya sekembalinya saya dari Sudan. Rupanya2, hanya 3 saat sahaja maut memisahkannya. Ketika dalam perjalanan ke Melaka, 6 buah kereta berlanggar antara satu sama lain dan abah sempat mengelaknya. Umur abah dan mama masih panjang. Kami semua beristigfar.
Dan hari ini, tidak sangka uncle yang pergi terlebih dahulu... dan saya tahu, abahlah orang yang paling terasa antara kami.
Pagi tadi, mama menelefon.. Abah lebih banyak berdiam diri. Jam 3.30 pagi dia sudah terbangun dari tidur. Termenung di tepi katil.... Selesai solat, abah bertanya pada mama, "ma, kalau apa2 jadi pada abang, mama macamana??"
Soalan abah tu tentunya ada kena mengena dengan apa yang berlaku. Uncle sudah tiada. Arwah pula meninggalkan isteri yang tidak bekerja dengan anak2 yg masih kecil. Tentu ianya tamparan hebat bagi mereka.
Saya sendiri tidak tahu...Jika perkara yang sama berlaku, apa yang perlu saya buat? Yang pastinya, saya perlu kuat untuk mama dan adik2. Eeqah mungkin boleh faham, tapi Ahmad? Ah dia masih terlalu kecil...begitulah si kecil haziq, si bongsu itu. Dia tidak mengerti apa2...dia tidak tahu bahawa ayahnya sudah tiada lagi........sedihnya...
Ajal dan maut di tangan tuhan...siapa kita untuk menolaknya?
Al-Fatihah buat allaryarham uncle Zaharudin Zainudin 1961-2008. Semoga Allah mencucuri rahmatNya dan menempatkan arwah dikalangan mereka yang beriman dan beramal soleh. Amin.
3 comments:
salam.. erm.. al fatihah.. tatau nk ckp pe..
smg arwah bersemadi dengan tenang..
mmg arwah baik orangnye.
akak nangis lagi bile bace entry awak nih.
semoga roh nya dicucuri rahmat, amin.
Post a Comment