Mama menelefon pagi tadi..
Mama bagitau, dalam 2-3 hari ini abah asyik sebut pasal Along je..
Buat saya berdebar2..
Apalah lagi yang abah dok cakap ni?
Saya naik risau..
Saya ada buat salah ke?
Ada yang dia tak berkenan ke?
Abah saya tu memang lain sikit..
Dia tau je kegiatan yang saya buat..
samada org bagitahu dia, atau dia memang 'tahu'..
Dengan dia memang tak leh tipu2..
Tapi, apa yg saya dah buat?
Memang....
dalam sebulan dua ni kerisauan sudah mula menjengah...
2-3 bulan lagi saya akan grad.
Selepas itu, kemana arah tuju saya?
Mencari pekerjaan bukan satu perkara yang mudah
Mgkn kerana itu, saya rasa abah saya juga berkongsi perasaan yg sama..
Mgkn dia risau, n tak senang duduk.
Ingin tahu apa perancangan saya lepas ini.
Adik dah lepas...
Mama n abah x perlu risaukan dia lagi...
Dia punya segala2nya sekarang ini.
Pekerjaan yang baik, kewangan yang agak stabil.
Tapi, saya pujuk hati..
Sy memilih untuk menyambung pelajaran,
Jadi, saya tak boleh ada perasaan 'ketinggalan'
hanya kerana saya belum bekerja.
Kalu boleh abah mahu saya sambung terus PHD.
Memang sy ada keinginan ke arah itu kerana minat tapi,
bukan dalam setahun dua ini....
Saya mahu bekerja dan cari pengalaman dulu...
apabila sudah bekerja n 'turun padang' kita tahu apa sebenarnya permasalahan dan isu2 semasa, barulah kita ada idea utk 'expand' perkara tersebut n berguna utk thesis kita akan datang..
Itu sebenarnya misi saya...
Master hanya sekadar batu loncatan..
Bergelar graduan Sudan bukan mudah.
Kita kena pandai cari jalan sendiri, bergerak sendiri agar diri kita diterima di sini..
Slh satu faktor saya memilih UIAM utk menyambung pelajaran dulu adalah kerana saya ingin
mencari n menambah ilmu dlm bidang perundangan ini kerana saya tahu ramai lecturer di sini antara mereka2 yang pernah mendapat didikan terus dari Allahyarham Prof. Ahmad Ibrahim. Mendapat ilmu dari mereka merupakan satu penghormatan...
Selain itu utk menambah kenalan..
Ramai je yang mengesyorkan saya agar mohon mana2 universiti utk jadi tutor. Tapi, entahla...saya kurang berminat mengajar. Saya rasa itu mungkin menjadi profession terakhir yang akan saya pilih.
Sebenarnya nak tak nak je....
Mama n abah bagi tempoh SETAHUN.
Jika saya tak dapat juga kerja yg sesuai,
n byk sgt 'ragamnya'
saya kena mengajar juga..
Kenapa ek?Org perempuan mesti selalu di kaitkan dengan profession perguruan ini...
Satu lagi benda yg mama cerita tadi,
Abah kata, walau apapun yg terjadi, along kena mewarisi ilmu2 memasak mama.
Apa ni?
waris mewarisi ni...
Adui..bab2 memasak ni lah yg paling saya lemah..
Bukan x pandai masak tapi...bak kata orang Johor,
"bercintanya nak memasak".
"bercintanya nak masuk dapur"
Dari dl lagi, sy mmg x suka masuk dapur..Ish..
sy lebih rela buat kerja lain dari suruh saya duduk kat dapur tu berjam2 lamanya...
Oh tidak..
Tapi, bila fikir balik..
saya jelah satu2nya yg mama n abah boleh harapkan..
Sayangnya jika saya tak pandai memasak macam mama.
Kalau ada arwah Mak Mor (moyang saya)
tentu dia dah ketuk2 kepala saya...
Hafizah! bangunlah dari tidurmu..
Tu hah, dunia semakin memerlukanmu...
Kau boleh buat de' je...???
No comments:
Post a Comment