Sunday, September 28, 2008

#135 Saya sendiri

Pagi ni saya sedar, hanya saya seorang sahaja yang mengambil wuduk di bilik air di blok saya ini.
Sunyi.....bunyi air paip yang deras tu memecah keheningan pagi.
Mahalla sudah mulai kosong. Ramai dah pulang ke rumah dan kampung masing2.
Saya masih di sini. Belum ke mana-mana.

Sy membuka tingkap bilik seluas-luasnya..
Aktiviti rutin setiap pagi :)
Ya Allah, betapa segarnya udara di kala itu..
Bau embun..sangat menyenangkan hati...

Malam tadi sy tidak tidur semalaman.
entah mengapa lelap tidak kunjung tiba.
Lebih senang menyiapkan assignments.
Penat berfikir, saya membaca Al-quran
Puas baca, saya sambung bekerja.
Penat lagi, saya berehat seketika..

Saya renung kad kahwin di sisi meja,
cantik!
2-3 hari yg lalu, teman karib saya singgah di sini,
menghantar kad jemputan perkahwinan.
Saya seolah br trjaga dari tidur yang panjang.

bergenang air mata..
saya lantas memeluknya erat.
Akhirnya, masa itu tiba juga.

Terus terang saya katakan, saya rasa sangat sebak
sebab, belum puas lagi rasanya meluangkan masa dengannya.
Kami berkawan sejak di bangku sekolah.
Kami tinggal di asrama.
sekolah kami bukan berasrama penuh.
hanya mereka yang benar2 'layak' sahaja yang boleh tinggal di situ.
terutamanya, jika keluarga tinggal jauh.
Saya dan dia berkongsi situasi yang sama.
Keluarganya tinggal di Ghana waktu itu.
Keluarga saya pula di Sudan.
kawan2 lain juga begitu, brunei, sarawak.
bila cuti sekolah, kami tidak ke mana2.
banyak masa dihabiskan di asrama itu.

Sungguh,...banyak perkara yang kami kongsi bersama.
6 tahun sy di Sudan, tidak pernah sekali pun saya terputus hubungan dengannya.
begitu juga kawan2 lain, tapi dengannya lebih lagi.
Sehinggakan dia melanjutkan pelajaran ke Indonesia,
kami tetap berhubungan.

Sekali sekala cuti kami bertembung dan masing2 pulang ke Malaysia,
kami akan berjumpa...
sehari suntuk itulah kami habiskan masa bersama.
Selalunya kami akan singgah di Restoran Asam Pedas dekat dengan LRT setiawangsa tu.
Sy berkongsi tentang Sudan, dia bercerita tentang kehidupannya di Indonesia.
Ah, saya rindu saat2 itu.

Kini, saya terpaksa merelakan..
Perkahwinan bukan penamat segala hubungan.
Malah saya harap, suaminya nanti bisa menerima saya
sebgaimana kawan saya menerima diri saya.
Sy pernah berkecil hati dengan seseorang.
Dek kerana isterinya tidak menyukai saya, dia juga menjauhkan diri.
Hanya kerana dendam lalu, saya yang menjadi mangsa. Kenapa?
kejamnya dunia.

Sy mahu anda tahu.
Saya sangat menghargai persahabatan.
Kerana itu, saya punya byk hubungan persahabatan yg telah terjalin hampir 15 tahun.
sejauh mana saya pergi, saya tetap menghubungi mereka.
saya banyak persamaan dengan abah.
Dia juga sangat2 menghargai persahabatan dan sentiasa ingat kawan.
Mereka ingat pada kita atau tidak, itu lain cerita.
Yang penting, kita tak semudahnya meletak mereka ketepi.
Walaupun, hati kita disakiti

Tiada ruginya bersahabat.
Itu pegangan saya.
Makcik yang membersihkan kebun di sini pun boleh menjadi teman setia saya.
Berkongsi cerita tentang bunga, baja sehingga kepada hal masak memasak.
Jauh dari keluarga, membuatkan saya sgt menghargai org sekeliling.
Namun, saya sedar, satu saat nanti, saya terpaksa juga melepaskan semuanya pergi...

No comments: