Walaupun saya tahu abah jarang ada masa nak lawat blog saya ni, tapi saya tetap juga nak wish abah Happy Birthday. Saya tak sempat nak tulis special entry pada hari lahir abah 2 hari lalu (27th November) kerana masih berada di Penang. Untuk itu, di sini saya nak mengucapkan Selamat Hari Lahir Abah. Sudah pun menginjak umur 49 tahun. Tapi, abahku selalu nampak muda. Uban? jauh sekali.Pada hari lahirnya, awal-awal pagi saya sudah menelefon. Tapi, abah tidak mengangkat hp. Saya tahu, pasti dia ada di mana2. Bukan di office. Mungkin di project site, mungkin juga sedang meeting. Saya hanya mengirim sms. Oleh kerana sejak dua menjak ni, hp sy ada masalah. Send sms tidak diterima, terima sms jauh sekali. Jadi, saya pesan agar abah tak perlu call semula or balas sms saya. Sebab sy hy nak wish selamat hari lahir. Malam itu, mama telefon. Mama kata, selepas solat mahgrib dan ketika masih berteleku di tikar sembahyang, abah bercerita pada mama, "Abang dapat wish dari along pagi tadi..Dia kata...Dia saaaaayaang abah". Abah tergelak besar. Senyum penuh makna.
Saya jarang benar ungkapkan perkataan begitu pada abah sebab malu. Sudah besar2 begini, sy rasa janggal pula. haha. Tapi, saya tak pernah lekang menyebut sayang dan love pada adik beradik dan mama. Bukan pilih kasih, tapi dengan abah saya merasa sangat rendah diri. Saya sangat menghormati abah.
Sudah 23 tahun saya hidup di dunia ini. Sudah 23 tahun juga saya dididik oleh abah. Saya banyak belajar darinya. Secara langsung atau tidak langsung. Saya suka menilai setiap tindak tanduk abah. Kenapa itu dan kenapa ini. Jika saya tidak puas hati, saya akan bertanya. Dalam membuat keputusan, tidak dinafikan abah banyak mempengaruhi. Katalah apa sahaja. Saya anak ayah? Duduk di bawah ketiaknya? Saya tidak peduli. Selagi mana saya sedia menerima segala keputusan dan untuk kebaikan diri sendiri, jarang saya membantah.
Dalam merancang masa depan dan mengharungi kehidupan, abah suka menjadi lain dari yang lain. Dia suka melawan arus. Saya dihantar belajar di Sudan, adik pula hanya berjaya mengikuti persekolahan biasa sehingga tingkatan 3 sahaja. PMR pun dia tidak sempat ambil. Terus dimasukkan ke kolej ketika berumur 16 tahun seterusnya universiti dan akhirnya sekarang sudah bekerja sebagai engineer semuda usianya 21 tahun. Ahmad dan Eeqah pula dimasukkan sekolah cina. Angah pula tidak bersekolah, hanya 'belajar' di rumah. Tidak sama seperti kebiasaan.
Abah juga sukakan adventure. Jika bercuti di luar negara, abah suka memandu sendiri mencari arah berpandukan peta. Try and error. Kami juga di train seperti itu. Pengalaman paling menyeronokkan, apabila kami mengerjakan umrah sendiri satu keluarga tanpa mengikuti sebarang pakej. Sangat adventure dan pengalaman menyeronokkan. Abah dan mama memang sebenarnya kaki jalan sejak azali lagi.Huhu
Hobi Abah pula, suka membuat roket. Selain membaca, itu memang hobi utamanya dari dulu hingga kini. Puas hatinya bila roket itu boleh berlepas dan mendarat d
engan baik. Saya ingat lagi waktu kecil sekembalinya kami dari Canada, rumah penuh dengan bermacam2 bentuk mini roket dan parachute. Dia juga peminat setia permainan remote control. RC Helicopter, walkera, airplanes. Jangan tidak tahu, abah saya juga mampu menerbangkan aircraft 2 seater. Waktu kecil, saya sering melihat abah berlatih di Segamat Country Club.Sekarang abah terlalu sibuk untuk itu semua. Sekembalinya dari Sudan, dia sudah jarang bermain itu semua, sekali sekala ya. Namun, baru-baru ini, dia berjaya membuat satu roket menggunakan bahan buangan. Lepas gian kata mama. Kebetulan di depan rumah abah ada lapangan luas. Disitulah dia membuat projek. Mama hanya mampu menggeleng kepala.
Itulah abah saya. Selamat Hari Lahir Abah. Semoga panjang umur untuk terus berbakti pada agama dan bangsa. Semoga murah rezeki dan diberkati selalu.
Abah: Tahun 1990
Abah: After 10 years. Tahun 2000




2 comments:
hermm makin tembam ada dua makna satu makin sihat satu makin kaya. harap harap dua dua,
AMIN
Post a Comment