Friday, December 26, 2008

#164 Pak Ngah's walimah

Assalamualaikum semua.
Jam di tangan kanan saya kini sudah menunjukkan tepat jam 1:35 pagi.
Sudah pagi tapi kerana kepenatan yang teramat saya tidak dapat tidur.
Apapun, saya ingin bercerita.

Hari ini adalah hari istimewa buat seluruh kaum kerabat kami.
Hari ini akan berlangsungnya pernikahan Pak Ngah saya bersama insan pilihannya.
Ini adalah pernikahan kedua buatnya.
Pernikahan pertama dibawa mati. 2 tahun sudah dia menduda.
Bagi sesetengah pihak, jarak waktu itu terlalu singkat untuk mencari pengganti.
Tapi bagi saya, kalau sudah jodoh, apa salahnya. Peduli dengan pandangan sinis mereka yang tidak mengerti. Di usia senja begini, kami lebih suka jika dia berteman.
Anak-anak juga sudah besar panjang dan ada yang sudah memiliki keluarga sendiri.
keputusan yang di ambil Pak Ngah ini saya rasakan sangat baik untuk semua pihak.
Cuma mungkin di awal waktu, ada yang membantah.

Saya ingin terus bercerita.
Bakal isteri Pak Ngah saya ini sebenarnya bersahabat baik dengan arwah Mak Ngah saya ketika muda-muda dahulu. Kemudian mereka terputus hubungan dan bertemu semula beberapa tahun sebelum arwah meninggal dunia. Bagi mereka yang pernah membaca karya cerpen saya bertajuk Mama Lisa suatu ketika dahulu, cerpen itu ditujukan khas buatnya.

Bagi bakal Mak Ngah saya yang akan sy panggil Mak Ina kelak, perkahwinan ini juga adalah yang kedua buat dirinya. Beliau kematian suami tersayang setelah hampir 9 tahun mendirikan rumah tangga dan terus menjanda selama hampir 20 tahun. Ya 20 tahun. Satu jangka masa yang sangat lama. Bukan tidak mahu berkahwin lagi katanya tapi kepentingan anak menjadi nombor satu dalam segala hal. Saya mengerti walau tidak merasai.

Fikiran saya menerawang. Saya di khabarkan oleh mama tidak lama dahulu bahawa bMak Ina adalah seorang anggota polis berpangkat ASP dan berkhidmat di Bukit Aman. Ternganga saya. Masih ingat dengan kes arwah Suzaily Moktar di mana perogolnya telah dijatuhkan hukuman gantung sampai mati pada pagi Jumaat 19hb yang lalu? Beliaulah yang mengendalikan kes tersebut. Boleh tahan juga bakal Mak Ngah saya ni. =) Geli hati pun ada sebenarnye. Bagaimanalah nanti nasib Pak Ngah saya ya? heheh.

Saya pernah terdengar orang tua-tua berkata, harus hukumnya buat sang suami untuk berkahwin semula secepat mungkin setelah kematian si isteri. Apabila si suami bernikah semula seawalnya, arwah isteri akan mendapat berkat pahala dari perkahwinan tersebut. Benarkah? Bagaimanakah pula dengan si isteri yang kematian suami? Saya masih tercari2 jika ianya ada nas, dalil atau hadis yang memperkatakan tentang ini.

Apapun, saya mengharapkan majlis berjalan dengan baik hari ini.
Sanak saudara dua belah pihak sudah berkumpul sejak siang tadi.
Meriah suasana.
Saya rasa bahagia sebab terasa bahang ukhuwah antara kami.
Dan untuk beberapa jam lagi, ukhuwah itu akan disimpulkan pula dengan pernikahan.
Mengeratkan lagi hubungan silaturrahim untuk dua buah keluarga besar.
Rahmat Allah. Hanya boleh dirasai.
------
Alhamdulillah dengan bantuan windows movie maker saya boleh buat montaj. Layan je lah..

No comments: