Thursday, January 1, 2009

2009 tahun kejayaan, InsyaAllah

Saya rasa sangat bersemangat pagi ini. Pagi-pagi sudah bangun dan seterusnya menunaikan solat subuh, saya berdoa agar tahun baru ini memberi tuah buat kita semua. Berdoa agar kita semua berjaya dalam hidup tidak kiralah dalam pelajaran, kerjaya, atau sebagainya. Tidak lupa juga berdoa untuk kesejahteraan umat Islam di seluruh dunia.

Azam
Azam saya tahun ini banyak sebenarnya namun saya utamakan yang lebih utama. Dan saya mahu ianya di paparkan di sini buat ingatan diri di kemudian hari. Ini penting supaya saya tidak mudah leka.

Pertama:
Berusaha keras mencari rezeki disamping memantapkan kerjaya dalam apapun bidang yang bakal diceburi kerana ada beberapa perkara penting yang mesti saya capai. Saya mahu berjaya untuk membantu mereka yang berada dalam kesusahan. Saya mahu apa jua kelebihan yang dikurniakan Allah atas diri ini, digunakan sebaik mungkin.

Kedua:
Ini antara yang utama. Menguruskan badan. Langkah pertama, mengubah cara dan tabiat pemakanan saya. Tidak mahu makan malam. Saya akan cuba sedaya mungkin untuk makan sebelum jam 7 malam. Langkah kedua, memperbanyakkan bersenam.


Ketiga:
Walau sudah memiliki ijazah sarjana, saya berazam untuk mengambil SPM tahun ini. Mungkin ianya berguna satu hari nanti. Terutama jika saya tiba-tiba berubah hati ingin menjadi pensyarah walaupun buat masa ini ianya bukanlah kerjaya pilihan saya.

Keempat dan yang terakhir:
Belajar memandu dan memperoleh lesen. Kerana kesibukan dengan kuliah dan bekerja sambilan, sudah 2 kali saya menangguhkan kemasukan belajar memandu walau sudah menghadirkan diri di khursus dan akhirnya, hangus duit pendahuluan.

Saya berazam untuk mencapai ini semua dalam tempoh setahun. Mencabar diri sendiri mungkin satu mekanisme yang bagus. Dan sudah tentu sokongan orang-orang sekeliling sangat-sangat membantu. Semoga dipermudahkan segalanya dan saya sangat berharap tahun 2009 menjadi tahun yang gemilang. Selamat Tahun Baru buat semua =)


4 comments:

norshazwani othman said...

salam.

selamat menunaikan azam lulu! tertarik pd azam ketiga.. awak nak ambil spm? tapi dah ada sarjana? menariknya...huhu..awak ambil jurusan apa ya?

oh ya..awak nak belajar driving ye? bagus2..saya ni harap je ada lesen, tapi bawa kereta memang fail..huhu..tu la tak amalkan..orang kata, ilmu tanpa amal memang tak ada gunanya..aduhai..huhu..nanti bila dah ada lesen, praktis banyak2 bawa kereta ye? hehe

salam perkenalan,

halawatul iman

Nurul Zahar said...

Terima kasih Wanie! mmg itulah my short term planning-ambil SPM..Huhu..bukan awak seorang yg hairan, pegawai pendidikan pun hairan.hahah..
Degree n master saya dua2 dalam bidang law. Saya masuk univ awal sket n korbankan SPM. Akhirnya jadilah begini.
Sy mmg berazam nak ambil driving license. kalau boleh ramadhan nanti dah leh drive sendiri. senang nak gi terawih malam2.Inshallah.
Sy juga harap awak lebih berjaya tahun ini.Inshallah sama2 kita doa k. Tahun yg ong! huhu

norshazwani othman said...

masyaalah..awak ambil law?? wahhh..dah ada degree dan sarjana? masyaalah..bagusnya..

menarik betul awak nak ambil spm skrg..(sebenarnya agak confuse)..huhu..nama awak memang lulu ke? huhu..menarik juga tu..haih..semuanya menarik..hehe

awak ada YM? add saya..huhu..iman_muslihah..saja nak bertaaruf dengan rapat

salam sayang (walaupun baru kenal) dari sheffield,
wanie

Nurul Zahar said...

My dear sister, Lulu is not my real name. Nurul sebetulnya but end up with Lulu. ni semua gara2 chinese friends yg tak pandai nak menyebut dengan betul nama Nurul tu. Huhu so kekal shg hari ini. thx for the address, i'll add you. salam ukhuwah