Abah saya punya gerak hati yang kuat. Dan dalam ramai2 anaknya saya lah yang selalu menjadi sasaran utama kerana dia selalu saja dapat merasa kesedihan, kegembiraan atau apa sahaja perasaan yang saya alami. Dan ini lebih ketara jika kami berjauhan!
Mula-mula saya tidak perasan akan hal ini. Akan tetapi banyak kejadian yang berlaku membuktikannya.
Tahun lepas, saya kehilangan dompet ketika sibuk membeli belah. Namun dompet tersebut berjaya ditemui beberapa jam kemudian (tapi wang sudah lesap). Saya tidak memberitahu perkara ini pada ahli keluarga. Petang itu saya mendapat panggilan telefon. Mama menelefon bertanyakan keadaan saya. Adakah saya ok? katanya abah sibuk bertanya ttg saya. Adakah saya ada kehilangan barang atau apa baru-baru ni?. Terkejut saya. Masakan abah tahu? dan bagaimana dia boleh tahu? Itu entah kali keberapa, waahualam. Pernah sekali matric card saya tercicir ketika berasak-asak di dalam train. Saya risau kerana ada peperiksaan pagi itu. Dan keesokan harinya, abah menelefon, ada hilang barang ke? mm..Pelik-pelik.
Perkara ini saya sedari sejak belajar di Sudan lagi. Ketika itu, hanya telefon dan email sahaja penghubung kami. Saya pula belum berjinak dengan blog seperti sekarang. Jadi, jika saya tidak bercerita, pasti mereka tidak tahu apa-apa. Namun, sebaliknya berlaku. Abah selalu mendapat petunjuk. Saya sesak wang ke, sakit atau malas belajar ke, semuanya dia boleh tahu walaupun saya tidak bercerita. Dia juga cepat saja menghidu jika ada lelaki yang cuba mendekati. Dasyat betul. Makin takut saya dibuatnya. Terkadang saya terfikir, adakah abah ada pasang spy di Sudan? Sehingga dia tahu aktiviti yang saya lakukan. mmm...pelik-pelik.
Jangan salah anggap. Saya tidaklah senakal seperti yang anda sangka. Saya budak baik. Walaupun abah tahu hampir setiap aktiviti yang saya lakukan, dia tidak pula memarahi saya. I did nothing wrong. Pernah saya bertanya How did you know? tell me.. I'm curious to know! Abah menjawab: Thats between me and Allah..(sambil ketawa). Haha jawapan baik punya.
Satu peristiwa yang tidak boleh saya lupa. Ia berlaku 2-3 tahun lalu. Tiada angin dan pokok pun tidak bergoyang, tiba-tiba abah bertanya, ada orang nak kat awak ke? Saya hanya tergelak menafikan. Kerana memang tiada pun. Tapi, 3 hari kemudian, memang betul2 terjadi. Ada orang buat pengakuan berani mati pada saya. Terkejut.
Ada juga beberapa kejadian seperti ini berlaku ketika kami menunaikan haji. Tapi, biarlah ianya menjadi rahsia saya.
Sebenarnya, inilah antara penyebab saya akrab dengan abah. Walaupun dia sangat sibuk dan selalu berjauhan tapi dia tidak pernah terlepas pandang kami adik beradik. Apa jua perubahan berlaku antara kami, dia pasti dapat menduga. Dalam erti kata lain, tak usahlah nak temberang dengan abah, he knows. He's the boss.
Terlintas di fikiran, ilmu apa yang abah guna ya?

9 comments:
waaaa.tajul muluk ke ape...hahahaha
tajul muluk? anda pun tahu? hebat. Sukar nak cari kitab tu zaman skrg. Orang dah makin melupakannya.
maksud saya, x ramai yg nak baca pun sebab bahasanya sukar difahami.
akak, mcm pernah dengar je rajul muluk itu..
hmm, parents-i think they have real special insticts..went thru some myself..
Tajul muluk itu adalah kitab lama, zaman tok nenek kita dulu, mungkin ayah dan mak kita pun tak pernah dengar nama tajul muluk tu. Ia kitab rujukan utk tafsir mimpi, mengenal pasti perilaku n diri seseorang melalui pelbagai tafsiran, muka tangan hidung n sebagainya. Ada di jual di kedai2 kitab kuning khasnya,tapi kurang dapat sambutan dari generasi muda kerana bahasanya yang sukar difahami dgn jelas. Pernah diharamkan oleh sesetengah pihak kerana boleh membawa kurafat dan kepercayaan karut tapi setakat ini apa yg akak tau, tidaklah diharamkan jika hanya dbuat rujukan bukan mempercayai bulat2.
Parents mmg di anugerahkan oleh Allah special instincts tu, sedar atau tak sedar je kerana bagi akak itu adalah tempias dari kasih sayang mereka dari Allah kepada kita. =)
best jugak kalau ade rase2 mcm ni, tapi kdg2 boleh jadi gerun jgk. hehe
kak fiza dh habes master kan?
Memang gerun pun tp mcm dlm situasi akak, ayah akak tahu je tp dia x marah. x de laser2, akak pun x wat salah apa2, x yah le takut haha
Akak br je habis, sdg mencari pekerjaan tetap. Sambil2 tu kerja sambilan di univ dan buat business. dlm pada tu berkira2 nak sambung PHD sedang wat research area n tajuk apa yg sesuai tapi tak tahu bila nak start officially. Yg penting dpt permanent job, PHD boleh buat part time. Doakan akak.
macam-macam...tapi daddymu tu bes la...chareeee...hahaha...nak kenal boleh?
kalau daddymu tu tgk orang lain dia ada sixth sense jugak ke?
Pentakde,
Mgkn instinct tu hy melibatkan hubungan rapat shj, ayah-anak etc..Kalau untuk orang lain sy tak pasti pulak..x pernah di eksperimentasikan hahah.. but itula kelebihan dia di mata kami =)
Post a Comment