Monday, February 2, 2009

HaGieeQa

Salam. Kerana saya rindukan mereka saya ingin bercerita. Alhamdulillah hampir genap sebulan adik kedua bongsu, Khazieeqah/panggilan manjanye-Eeqah memasuki alam persekolahan menengah. Nampak gayanya dia dah mula dapat biasakan diri. Entry terdahulu ada diceritakan perihal dia yg seboleh2 tak mahu bersekolah di situ. Merajuk sampai tak mahu bercakap dengan kami. Ni gara-gara keputusan abah yg tidak mahu dia bersekolah di Menengah Chung Hua. Byk sebab kenapa Eeqah mahu bersekolah di situ. Antaranya, Chung Hua Miri ini sgt terkenal di Malaysia krn. kegemilangan pasukan pancaragamnya (byk kali mewakili negara) dan adik saya sgt aktif dalam aktiviti ini. Itu minatnya. Kedua, Hampir 90% kawan2nya di sklh rendah dl (SRJC Chung Hua) memasuki sekolah tersebut. Jadi, dia tak mahu kehilangan kawan2. Emm ni biasalah..mana ada org nak hilang kawan..lbh2 lagi budak sedang meningkat remaja ni.

Tapi, Abah tetap dengan keputusannya. Jika Eeqah punya byk sebab yg dia listkan n ditulis besar2 di atas whiteboard di rumah (yg ini part kelakar- merajuk n tak mahu cakap punya pasal). Abah punya berganda lagi sebab utk refute argument dia. Haha.

Sebab utama kenapa Riam Road Middle School (RRMS) ini menjadi pilihan adalah kerana modul n sistem pendidikannya yg berbeza. Pelajar diberi academic options. Yang penting bahasa Mandarin dan English di utamakan. Abah tak mahu penguasaan bahasa mandarinnya menurun . Walaupun di Chung Hua ada subjek bahasa cina tapi modulnya lebih kurang sama seperti sekolah menengah kebangsaan biasa.

Kedua antara yg utama adalah conducive environment. RRMS dilengkapi sistem penghawa dingin dan keluasan setiap kelas agak besar. Adik sy ni memang dari kecil ada masalah dengan persekitaran. Dia tidak boleh berada dalam persekitaran yg kotor, panas, bising etc. Ada symtoms yg dikenali sbg Panic Attack or Panik Disorder. Itu kata doktor. Memang payah la. Kes dia pengsan setiap kali berjemur lama2 di bawah terik matahari ketika berkawad atau pengsan ketika berada di kelas yg terlalu panas n bising adalah perkara biasa. Ketika dia di Primary 2 & 3 n masih bersekolah di Lai Meng Jln Ampang, kelasnya berada di tingkat atas. Pelajar2 perlu beratur dan turun dengan tertib melalui tangga apabila pulang. Eeqah dikecualikan. Samada dia perlu menunggu semua orang turun dahulu dan dia menyusul kemudian atau sebaliknya. Dia tidak boleh berasak2. Kalau tidak nanti, mulalah sakit dada, sukar bernafas dll. Saya harap apabila besar, dia semakin baik. Paling tidak, dia mampu menangani dengan mengelak sebarang perkara yang boleh memudaratkan dirinya.

Apapun, Alhamdulillah skrg sy diberitahu mama dan abah yg dia happy bersekolah di situ. Malah lebih gembira dari tempat yang dulu kerana di sekolah baru ini dia satu-satunya pelajar Melayu di dalam kelas tersebut. Dan sebesar2 sekolah itu, hy 2 org shj yg memakai tudung. Dia dan seorg pelajar dari Indonesia yg lebih senior (so far). Everybody respect me and its easy for me to handle the situation katanya. Wah..wah..dulu bukan main lagi tak mahu masuk sampai menangis2. Skrg apa sudah jadi? Tak kenal maka tak cinta Eeqah ooi.

Antara gambar2nya di sekolah yg sempat sy upload:

Note i : Panic Attack ni menyerang x kira usia.
Note ii : Believe it or not. Sekolah ini tidak mempunyai surau. Tapi semenjak dia masuk, guru besar menyediakan sebuah bilik kecil untuknya bersembahyang. Alhamdulillah.


1 comment:

pentakde said...

sian miak ya...huhuhu