Entry yang ke-215.
Anda minah jiwang? Mengaku jelah, jangan malu-malu :) wink** Saya tidak dapat menahan gelak kerana geli hati apabila seorang teman terkejut melihat saya melayan lagu kumpulan Jinbara yang berjudul Patri. Katanya, saya ni jiwangkarat orangnya. Jiwang ke saya? Haha.
Saya rasa saya tidak jiwang walaupun mempunyai ramai kawan-kawan yang jiwang. Kalah mat bunga. Saya juga bukanlah seorang penggemar muzik yang tegar. Walaupun saya akui saya sangat menyukai lagu-lagu instrumen. Cuma ada ketikanya, sesebuah lagu mampu menarik perhatian saya jika liriknya bagus nan indah.
Dan untuk lagu Patri itu, liriknya umpama syair dengan kata-kata berbau melankolik. Pertama kali mendengar lagu tersebut secara tidak sengaja ketika sedang menikmati makan tengahari di sebuah gerai. Terus telinga menangkap liriknya. Oh, sangat memikat hati saya. Mungkin juga kena dengan mood saya sekarang. Haih, langa sungguh saya ni.
"Orang yang berjihad ialah orang yang melawan hawa nafsunya" (HR Tirmizi)
Nota: hah, tahu pun!
Anda minah jiwang? Mengaku jelah, jangan malu-malu :) wink** Saya tidak dapat menahan gelak kerana geli hati apabila seorang teman terkejut melihat saya melayan lagu kumpulan Jinbara yang berjudul Patri. Katanya, saya ni jiwang
Saya rasa saya tidak jiwang walaupun mempunyai ramai kawan-kawan yang jiwang. Kalah mat bunga. Saya juga bukanlah seorang penggemar muzik yang tegar. Walaupun saya akui saya sangat menyukai lagu-lagu instrumen. Cuma ada ketikanya, sesebuah lagu mampu menarik perhatian saya jika liriknya bagus nan indah.
Dan untuk lagu Patri itu, liriknya umpama syair dengan kata-kata berbau melankolik. Pertama kali mendengar lagu tersebut secara tidak sengaja ketika sedang menikmati makan tengahari di sebuah gerai. Terus telinga menangkap liriknya. Oh, sangat memikat hati saya. Mungkin juga kena dengan mood saya sekarang. Haih, langa sungguh saya ni.
"Orang yang berjihad ialah orang yang melawan hawa nafsunya" (HR Tirmizi)
Nota: hah, tahu pun!
No comments:
Post a Comment