14-05-2009.
Malik : Lelaki tidak suka perempuan yang terlalu pandai.
Lulu : Kenapa pula?
Malik : Rasa tercabar.
Lulu : Eh,bagus apa. Bila lagi boleh rasa tercabar.
Malik : Jika dilihat dari sudut positif, memanglah bagus. Tapi, takkan awak tak tahu, berapa banyak penceraian berlaku kerana isteri terlalu pandai. Lebih bijak dari lelaki.
Lulu : Itu sebab diaorang yang tak faham konsep.
Malik: Walaumacamanapun, saya tak mahu isteri yang terlalu pandai. Saya mesti lebih bijak dari dia!
Lulu : Sejak bila pula awak ada mentaliti macam ni?
Malik: Awak tengok sendiri apa yang dah jadi pada si **** dan si ****, kan? Saya tak mahu jadi macam tu. Sebelum terkena batang hidung sendiri, lebih baik saya mengelak dulu.
Lulu : Tapi bukan salah dia kalaupun dia bijak dari awak.
Malik : Betul. Tapi saya tetap tidak boleh terima. Pasti ada konflik nanti.
Lulu : Emm, bagi saya perkara ini mudah sahaja. Kuncinya, cari yang beragama. Insyallah bahagialah hidup.
----

Saya sendiri tidak pasti bagaimana isu ini boleh menjadi topik perbualan antara saya dan Malik beberapa hari yang lalu. Mungkin kerana pujian saya kepada salah seorang rakan sekelas (perempuan) yang mendapat straight A untuk subjek LL. Dia memang antara pelajar yang cemerlang. Saya kagum.
Dan apabila si Malik yang juga bijak pandai itu menyuarakan pendapatnya yang satu itu, saya agak terkejut. Tidak sangka dia juga seperti kebanyakan lelaki yang saya jumpa yang mempunyai fikiran sama. Begitu rupanya.
Maka, secara umumnya memang orang lelaki tidak suka perempuan yang terlalu pandai untuk dijadikan isteri. Benarkah?
Seorang teman pernah memberitahu saya bahawa betapa dia tidak kisah jika isterinya bijak pandai akan tetapi dia cukup pantang sekiranya isterinya itu nanti menunjukkan bahawa dia lebih pandai dari dirinya. Itu sesuatu yang memalukan. Aib katanya. Saya bertanya kembali, lebih pandai yang bagaimana? Jawabnya, "seolah-olah dia lebih tahu dari saya."
Wahai lelaki, bukankah itu satu penghargaan buat kamu? Mempunyai isteri yang bijak pandai dan berpelajaran tingggi. Kenapa perlu menidakkan kelebihan tersebut?
Teman saya dari negara seberang meluahkan rasa gembiranya kerana bertemu jodoh dengan seorang wanita yang lebih tinggi tahap pendidikannya. Sedangkan dia lelaki hanya lulus sekolah menengah sahaja. Saya bertanya, apa yang membuat awak terlalu gembira? Dan dia menjawab, "anak-anak saya sudah mempunyai ibu yang mampu mendidik mereka dengan baik kerana ibu mereka seorang yang berilmu. Dia menjadi pelengkap saya yang serba kekurangan ini."
Saya terdiam.
Islam adalah agama bagi orang yang cerdik. Orang yang cerdik ini mampu membezakan yang baik dan yang buruk dan mampu membuat pilihan yang tepat. Begitu juga Islam melihat kecerdikan itu dalam diri seorang wanita. Wanita yang cerdik adalah wanita yang berstrategi. Adanya wanita yang cerdik dalam institusi rumahtangga mampu memberi kebahagian pada seluruh keluarga. Kerana dia tahu meletakkan sesuatu kena pada tempatnya. Dia pandai menilai dan tahu menjaga dirinya.
Kita pun turut dihidangkan dengan kisah-kisah bidadari syurga iaitu isteri-isteri Rasulullah SAW yang cerdik lagi bijak. Mereka amatlah menyenangkan hati Rasulluah SAW dan menjadi kebanggaan seluruh umat Islam. Kita tahu dan kita maklum. Jadi, mengapa masih ada lagi yang merasa khuatir punya isteri yang bijak pandai?
Saya ingin bertanya. Sejauh mana anda menerima hakikat bahawa pasangan hidup anda lebih dari anda dalam banyak hal?
Tidak sukar menerima hakikat tersebut. Dan dalam masa yang sama ia juga bukan mudah. Meletakkan ego ketepi bagi seorang lelaki bukanlah sesuatu yang senang untuk dilakukan. Namun, anda mampu jika anda rasional.
Cuba kita fikirkan. Mungkinkah ketidakseimbangan atau jurang tersebut sebenarnya mampu membentuk satu keluarga yang harmoni dan sejahtera?
Sudah tentu. Ketidakseimbangan tersebut mampu membentuk keluarga yang bahagia dan sakinah jika kena pada tempatnya.
Cumanya, kerana terlalu ramai dalam dunia ini yang bijak pandai akan tetapi agamanya masih terumbang-ambing. Maka makin ketaralah ketidakseimbangan tersebut yang boleh membawa kepada kerosakan yang lebih teruk lagi dalam institusi rumahtangga.
Bagaimana rumahtangga mahu harmoni jika punya isteri yang bijak pandai tapi tidak faham peranannya dan konsep keluarga Islam itu sendiri? Wanita-wanita zaman kini terlalu ramai yang mempunyai sifat-sifat pandai berhujah akan tetapi berapa ramai yang mampu berhujah kena pada tempatnya? Apa yang biasa dilihat, kepandaian tersebut digunakan untuk melawan kata-kata suami sehingga suami berasa tidak dihormati. Inilah yang ingin saya tegaskan. Tidak guna berilmu dan cerdik jika tidak beragama. Bukankah Rasullullah pernah bersabda agar mengutamakan perempuan yang beragama lebih dari segalanya? Supaya kita akan perolehi kebahagiaan. Maksud beragama di sini ialah seorang wanita Muslimah yang taat kepada perintah Allah dan Rasul-Nya. Jadi tidak guna bijak pandai, tapi tidak beragama. Begitu juga, tidak guna berilmu, tapi tidak beragama malah lebih buruk lagi jika ilmu tersebut tidak diaplikasikan dalam kehidupan seharian.
Dan apabila si Malik yang juga bijak pandai itu menyuarakan pendapatnya yang satu itu, saya agak terkejut. Tidak sangka dia juga seperti kebanyakan lelaki yang saya jumpa yang mempunyai fikiran sama. Begitu rupanya.
Maka, secara umumnya memang orang lelaki tidak suka perempuan yang terlalu pandai untuk dijadikan isteri. Benarkah?
Seorang teman pernah memberitahu saya bahawa betapa dia tidak kisah jika isterinya bijak pandai akan tetapi dia cukup pantang sekiranya isterinya itu nanti menunjukkan bahawa dia lebih pandai dari dirinya. Itu sesuatu yang memalukan. Aib katanya. Saya bertanya kembali, lebih pandai yang bagaimana? Jawabnya, "seolah-olah dia lebih tahu dari saya."
Wahai lelaki, bukankah itu satu penghargaan buat kamu? Mempunyai isteri yang bijak pandai dan berpelajaran tingggi. Kenapa perlu menidakkan kelebihan tersebut?
Teman saya dari negara seberang meluahkan rasa gembiranya kerana bertemu jodoh dengan seorang wanita yang lebih tinggi tahap pendidikannya. Sedangkan dia lelaki hanya lulus sekolah menengah sahaja. Saya bertanya, apa yang membuat awak terlalu gembira? Dan dia menjawab, "anak-anak saya sudah mempunyai ibu yang mampu mendidik mereka dengan baik kerana ibu mereka seorang yang berilmu. Dia menjadi pelengkap saya yang serba kekurangan ini."
Saya terdiam.
Saya ingin bertanya. Sejauh mana anda menerima hakikat bahawa pasangan hidup anda lebih dari anda dalam banyak hal?
Tidak sukar menerima hakikat tersebut. Dan dalam masa yang sama ia juga bukan mudah. Meletakkan ego ketepi bagi seorang lelaki bukanlah sesuatu yang senang untuk dilakukan. Namun, anda mampu jika anda rasional.
Maka suka saya simpulkan disini kunci kebahagian untuk ketidakseimbangan tersebut adalah beragama. Jadilah wanita yang beragama, cerdik lagi bijaksana. Bagi kaum lelaki, kecerdikan dan kebijaksaan bakal pasangan anda atau isteri anda tidaklah boleh dijadikan sebagai alasan melampias segala ego anda.
Wanita muslimah yang bijak, mampu mendidik dengan baik. Suami yang bijak juga adalah pemimpian yang baik. Sama-samalah membina keluarga yang sakinah.
6 comments:
er...entah.. dependss kot...ada yang suka ada yang tak..tapikan...saya setuju yang beragama tu.... kalau dia pandai/bijak tapi tahap agama pun tinggi...Alhamdulillah la...kalau ada cakap kat saya..nak booking hahahahaha
benar sekali. agama islam tu dh cukup cantik dan sempurna. yg paling penting adalah IMAN. tanpa iman kepandaian itu akan disalahguna. org yg beriman akan menggunakan ilmunya utk kebaikan dan mencari redha Ilahi. Tapi zaman skarang lebih mudah mencari org tinggi ilmunya dari yg kuat imannya.
Pentakde,
nak booking? ramai je kat UIA ni hahaha. Beruntunglah kamu jika mendapat yang beragama lagi bijak dan cerdik :)
Anib,
Mmg agak sukar nk cr. Tapi, belum tahap pupus lagi...ada, cuma tak ramai yg 'nampak' keimanan tersebut. Kerana dibayangi faktor lain seperti kecantikan dan keturunan :)
saya tk bc lg entri ni. tp nk komen gak.
bagus apa isteri pandai. boleh bantu suami. memang, kadang2 bila isteri pandai, dia selalu nk tegur benda yg dilihat tk kena. cuma cara teguran tu kadang2 tk kena gaya. biasala, semua org ada ego. bila dah cam tu berlakulah pertembungan gender.
ah, malas nk komen panjang!.
Ahmad: Bagus2. Nampaknya anda peka perkara ini. Cukup ilmu dah tu. Huhu
Tp sy nak tegaskan semua orang mmg ada ego, tapi berapa ramai yg berjaya kawal ego tu? Fikir2kan.
Post a Comment