
24-06-09. "...Sekalipun cinta telah ku uraikan dan ku jelaskan panjang lebar, namun jika cinta kudatangi aku jadi malu pada keteranganku sendiri. Meskipun lidahku telah mampu menguraikan dengan terang, namun tanpa lidah cinta ternyata lebih terang sementara pena begitu tergesa-gesa menuliskannya. Kata-kata pecah berkeping-keping begitu sampai kepada cinta. Dalam menguraikan cinta, akal terbaring tak berdaya. Bagaikan keldai terbaring dalam lumpur. Cinta sendirilah yang menerangkan cinta dan percintaan."
Ada apa dengan KCB? Dialognya saja sudah mampu mencuit hati penonton. KCB adalah buah tangan kedua Kang Abik yang diketengahkan dalam bentuk filem namun kali ini khabarnya garapannya lebih baik dari filem Ayat-Ayat Cinta. Mungkin kerana desakan dan respon yang rata-ratanya kecewa dengan hasil AAC terdahulu, lalu kali ini Kang Abik sama-sama turun padang terlibat dalam pembikinan filem KCB. Dan hasilnya, saya sendiri tidak boleh memberi sebarang komen kerana belum berkesempatan menontonnya.
Ketika AAC sibuk ditayangkan di Malaysia dan saat orang lain teruja mahu menontonnya, saya pula tidaklah begitu teruja untuk menonton filem tersebut kerana sudah mendapat kepuasan melalui hasil tulisannya. Sudah lebih 5 kali saya ulang baca novel tersebut. Kali pertama adalah pada tahun 2004 ketika masih menuntut di tahun 3 di Sudan. Saya ingat lagi, ketika itu novel tersebut menjadi rebutan antara rakan-rakan Indonesia kerana mereka hanya ada senaskah sahaja itupun dipinjamkan dari seorang Akh yang baru tiba dari Mesir. Apa yang saya tahu, ia menjadi begitu popular kerana ada di antara pelajar-pelajar Indonesia di sana merupakan kenalan kepada Kang Abik sendiri. Saya juga terpaksa menunggu giliran yang panjang sebelum dapat membaca novel tersebut. Huhu.
Kali pertama membaca AAC, saya terus jatuh cinta. Itulah novel cinta berunsur islamik pertama yang berjaya bertakhta di hati. Saya juga pernah membaca beberapa karya pelajar kita di Mesir tapi ia tidak dapat menandingi kekuatan jalan cerita yang dimiliki oleh AAC. Dan memang benar, membaca AAC di dalam bahasa asalnya Indonesia adalah lebih 'syok' dari terjemahan bahasa Melayu. Mungkin kerana saya memahami bahasa Indonesia dan tidak menjadi masalah jika saya membaca dalam bahasa mereka. Dan kerana novel itu juga saya diperkenalkan dengan penulis-penulis novel Islamik Indonesia lain seperti Taufiqurrahman El Azizy dan Helvy Tiana Rosa.
Cuma, untuk bacaan karya penulis luar negara prinsip saya hanya satu iaitu saya akan pastikan bahawa ianya benar-benar bagus sebelum membacanya. Begitu juga halnya dengan filem. Teman yang saya kenal melalui FB, saudara Masuri Al Fatih beriya-iya mencadangkan agar saya menonton filem KCB tu. Katanya ia sungguh berbeda dari AAC. Sengaja ingin memprovok, saya katakan bukan mudah sesuatu filem yang diadaptasi dari bestseller novel diangkat sebagus karya aslinya. Seringkali hasilnya mengecewakan. Dan untuk KCB saya tidak meletakkan harapan yang tinggi. Lebih-lebih lagi setelah melihat hasil AAC the movie.
Apapun, jom kita tonton dan lihat bagaimana hasilnya. Adakah seperti yang kita harapkan??Adakah ia berjaya menjulang seni, unsur dan dakwah Islami seperti yang dihidangkan di dalam karya asalnya? Jom kita lihat.
~Saya rindukan karya jenaka dan bersahaja tapi penuh dan sarat dengan unsur dakwah Islami seperti "Kiamat Sudah Dekat". Bilalah pula kita dapat melihat Malaysia menghasilkan karya seperti itu? Mmm....
2 comments:
Saya juga telah membaca kedua-dua novel tersebut, AAC dan KCB. Tetapi sewaktu membaca KCB saya tidaklah begitu teruja seperti ketika membaca AAC kerana temanya yang tidak lari jauh serta latar belakang penceritaan yang lebih kurang sama.
Seperti juga anda, saya berasa agak sedikit kecewa dengan filem AAC kerana saya telah meletakkan harapan yang tinggi sebelum menontonnya. Seolah-olah si pembikin filem tidak memahami sepenuhnya mesej dalam novel AAC. [http://nafastari.blogspot.com/2008/06/oh-aisyah.html]. Saya berharap KCB kali ini akan dilakukan dengan lebih baik.
Mereka mengatakan Perempuan Berkalung Sorban lebih hebat. Saya belum menonton PBS tapi, bilamana seorang rakan memberi komennnya tentang filem tersebut di dalam blognya, saya rasa ia mmg benar bagus.
Post a Comment