Uih, sekarang ni memang musim demam. Saya pun tak terkecuali terkena tempiasnya; demam, batuk2, selsema. Sampai terpaksa MC. Udahlah banyak kerja di office, sakit pulak. Memang benar menguji kesabaran. Saya mewajibkan diri memakai face mask. Lantaklah apa orang nak kata tapi di dalam office saya terpaksa tanggal kerana bimbang client fikir bukan-bukan. Dikatanya saya ada H1N1..Eiii Nauzubillah.. Pemakaian face mask ini hanya ada 2 perkara yang difikirkan orang. Samada orang yang memakainya memang pengidap H1N1 atau dia memakainya kerana nak mengelak dari terkena virus tu. Apapun kebersihan adalah perkara yang amat penting diberi perhatian. Perlu kerap basuh tangan, guna sanitizer. Prevention better than cure. Ingat tu.
Malam ini malam nisfu Sya'ban. Saya habis kerja tadi jam dah menunjukkan pukul 7. Bila dah dekat sampai rumah, azan maghrib pun berkumandang. Tak sempat saya balik ke rumah sebaliknya terus menuju ke Surau Al-Ansar bersolat jemaah.. Selepas Maghrib diadakan bacaan Yasin beramai-ramai sebanyak 3 kali. Saya bersemangat tapi aduh, saya tak dapat mengelak dari rasa mengantuk dan penat. Ini kerana saya hanya tidur selama 2 jam sahaja malam tadi dari jam 4-6 pagi. Menguap-nguap mulut tu jadinya. Buat malu makcik-makcik je yang semangat membaca. Malu juga dengan Allah. Mujurlah saya dah hafal surah yaasin tu so mata boleh pejam tapi mulut terkumat kamit. Serius rasa penat tapi gagahkan juga.
Sesampainya saya di rumah saya terus menjenguk T.E.D di biliknya kerana dia ada sms saya meminta belikan panadol. Saya lihat dia sudah berselubung dengan selimut dan sewaktu saya memanggil namanya, dia seperti orang meracau-racau di dalam tidur. Saya lantas kejutkan dia, dan berikan dia ubat doktor yang baru sahaja saya perolehi semalam. Sah. Dia telah berjangkit dari saya. Saya sudah semakin sembuh dia pulak yang jatuh sakit.
Serius saya sangat risaukan kesihatan T.E.D. Dia jarang sakit tapi kalau dia jatuh sakit orang pertama yang dia nak adalah Mama. Saya ingat lagi walau dulu walau sudahpun bersekolah menengah, jika dia jatuh sakit dia mahukan mama sentiasa bersama di sisinya. At least, pegang tangannya sampai dia lena. Aduhai T.E.D. Semoga kau cepat sembuh. Dahlah Mama jauh. Jangan buat Mama risau. Cepat sembuh ya.
No comments:
Post a Comment