Wednesday, September 16, 2009

4 Hari Sebelum Raya

Rancangan saya 4 Hari sebelum Raya.

Rabu 16hb
Hari ni saya dah berjanji untuk iftar bersama teman rapat di tempat biasa, KLCC. Kemudian kami akan bersama solat terawih di Masjid As-Syakirin.

Khamis 17hb
Selepas terawih (hari khamis akan solat di Masjid Muaz
Bin Jabal, Setiawangsa) saya dan T.E.D akan pergi bershopping di Jalan TAR.

Jumaat 18hb
Selepas terawih, kami akan balik rumah, angkut beg dan bergegas ke KL Sentral. Dari sana kami akan naik KLIA Express. Flight home awal pagi Sabtu.

Sabtu 19hb
Insyallah, time ni saya sudah berada di sana. Gotong-royong mengemas rumah dan tolong mama masak. Masing-masing sudah diberikan tu
gas. Jangan ada yang mengelak ye.

Ahad 20hb
Harap2 hari Ahad la kita Raya. Takkan Isnin kot? Not impossible.

Ok..semoga rancangan berjalan dengan baik. Begitu juga anda semua. Selamat meningkatkan ibadah di akhir-akhir Ramadhan ni. Jangan lupa bayar zakat =)

No comments: