
Persahabatan kami sudah menjangkau hampir 10 tahun. Menariknya, saya bukan sekadar rapat dengan mereka, malah sangat rapat dengan ahli keluarga mereka yang 15 orang kesemuanya. Saya tidak punya ramai adik beradik dan selalu berjauhan dari keluarga. Merekalah tempat saya menumpang kasih.
Saya mula mengenali mereka ketika sama-sama belajar di Pusat Bahasa Arab, International University of Africa, Khartoum Sudan. Mereka berdua bersama 10 orang ahli keluarga yang lain ketika itu sudah 2 tahun menetap di Sudan. Kerana pertolongan mereka, saya dapat menyesuaikan diri dengan kehidupan di sana.
Kami melalui zaman remaja bersama-sama. Kami mengembara dan berjalan ke pelosok Sudan juga bersama. Satu perkara lagi yang kami biasa lakukan. Bershopping! Rutin wajib. Sebut sahaja; Suq Bahri, Suq Omdurman, Sa'du Kisra apa sahaja. Jika ada ma'rad dari negara luar, kamilah orang pertama yang serbu tempat tu. Memang hantu.
Zaman remaja pasti ada cinta monyet. Cinta monyet kami juga berputik di Sudan. Bila dan dengan siapa? Itu biarlah rahsia =) hehe
Masih ingat dengan tragedi 11 September 2001? Selepas mengambil kira banyak perkara, mereka sekeluarga mengambil keputusan untuk pulang ke tanah air secara berperingkat lebih kurang setahun kemudian. Saya pula ditakdirkan menyambung pengajian di Sudan.
Persahabatan kami tidak putus di situ. Orang kata, bila berjauhan makin sayang, makin rindu. Alhamdulillah, hubungan kami makin erat. Begitulah. Jika saya pulang bercuti di Malaysia, saya pasti singgah ke teratak mereka di Bangi.
Mama dan Abah sangat merestui persahabatan kami ini. Buktinya, ketika salah seorang dari mereka berkahwin, abah sanggub menghantar tiket kapal terbang pulang ke Malaysia agar saya dapat menghadiri majlis perkahwinannya. Abah mmg sporting!
Kini, yang berdiri di tengah dalam gambar itu sudah pun memiliki seorang cahaya mata. Saya dah jadi makcik =) Ketika gambar ini diambil (kira-kira 2 bulan lalu), dia sedang mengandung anak kedua. Gadis ayu di sebelah kanan gambar pula, masih single ok. Tapi, dengar khabarnya pemilik tadika Generasiku ni dah mula sangkut dengan mamat handsome kelahiran India yang sedang mengikuti pengajian kedoktoran di UIAM. Tak boleh blah! Haha. Asal bahagia sudey la kak. Ingat ni, don't ever hesitate to do something that can make you happy. Kita tak selamanya muda. Sementara ada yang sayang, go for it =)
Ketika ini, saya sedang mengemas kini gambar2 kami. Dari tahun 2000. Ada yang saya scan, ada yang saya ambil dari kamera sendiri-koleksi sendiri dan ada juga saya dapat dari koleksi mereka. Kalau dulu lazimnya hanya kami bertiga di dalam gambar, sekarang gambar-gambar menjadi lebih padat. Apa maksudnyer? Maknanya kami bukan lagi bertiga. huhu.
Indahnya persahabatan. Membuat hati bertambah senang (^-^)
Enough said here.
No comments:
Post a Comment