Maaf. Saya terpaksa menarik balik post sebelum ini (Bukan delete ye tapi make it private) Tidak sepatutnya saya memaparkannya buat bacaan umum. Ia terlalu peribadi. Lebih-lebih lagi, saya mengenali hampir kesemua blogger yang datang menyinggah di sini. Saya bukanlah seorang yang takut hidup dengan cakap-cakap orang. Saya tidak pernah peduli. Namun, ada hati yang perlu dijaga. Saya masih ada keluarga yang perlu dijaga hati mereka. Saya tidak boleh mementingkan diri sendiri.
Kerana post itu, saya menerima banyak panggilan telefon. Kepada mereka yang prihatin, saya ucapkan terima kasih tidak terhingga. Saya tidak pernah berseorangan menghadapi saat-saat duka begini. Allah sentiasa turunkan insan-insan yang penuh dengan kasih sayang agar sentiasa menemani saya di saat susah dan senang.
Betul kata mama, saya harus kuat! Dan betul kata Abah, there is a hikmah behind. Its a win-win situation. You always get want you want. Why don't you try to let it go this time. Though, it is hard. Not everything happen is bad for you. Cuba lihat sesuatu dengan mata hati.
Saya melepaskan satu keluhan yang panjang. Ini soal perasaan. Kerana itu bukan mudah untuk menanganinya. Perasaan yang terpendam sejak bertahun begitu sukar untuk saya kikis. Mereka yang melihat tidak akan faham. Bagaimana seseorang boleh begitu menyayangi seseorang yang lain? Saya sendiri tiada jawapan pasti.
Apapun, skrg saya lebih tenang. Gurau Mama, saya perlu mencari pengganti dengan cepat! Semoga dengan kehadiran seseorang, luka di hati akan lekas sembuh. Saya tertawa. Saat begini pun mama masih mahu berlawak.
Saya tidak mahu lagi memikirkannya. Tuhan lebih tahu apa yang terbaik. Saya percaya. Dan saya yakin padaNya.
Cuma, saya hanyalah manusia biasa. Ada waktu berasa gembira. Ada waktu berasa sedih. Saya senang meluahkan. Itu menunjukkan saya normal, bukankah begitu?
p/s: Saya banyak menulis tentang dia. Kini, tidak tahu di mana perlu saya simpan atau perlukah saya membuangnya jauh-jauh. Mama begitu melankolik dengan mencadangkan agar saya menanamnya di bawah pohon rendang di tepi rumah tok Syed, jiran atuk. Rumah tok Syed terletak di tanah tinggi. Ada sebuah tangga yang dibina khas menghubungkan rumah tok syed dan rumah atuk. Waktu kecil saya suka merajuk dan duduk di situ berjam-jam lamanya. Tempat itu sangat nostalgik. Saya terkedu. Sudah lama tidak pulang ke kampung. Mungkin ini saatnya.
No comments:
Post a Comment