Monday, November 16, 2009

Bila hati berbicara....

Manusia selalu mahukan yang terbaik untuk diri mereka. Saya pun begitu. Saya sering mengejar sesuatu kerana saya tahu yang sesuatu itulah yang terbaik untuk saya. Segala-galanya harus yang terbaik kerana kita percaya yang terbaik itulah dapat memberi hasil yang memuaskan.

Tetapi, saya silap.

Saya lupa, bahawa tiada apa dalam dunia ini yang terbaik. Setiap sesuatu itu punya sifatnya yang unik dan tersendiri. Kerana itu, tiada satu pun yang terbaik. Yang berbeda adalah cara penerimaan kita. Mungkin kita merasa ia cukup baik dan itulah yang terbaik walhal untuk orang lain tanggapan mereka berbeza.

Apapun tanggapan, kita tahu bahawa selama ini kita sentiasa mahukan yang terbaik tetapi kita lupa bahawa untuk mendapatkan yang terbaik, kita perlu menjadi yang terbaik. Kita sering berkata, mahu mencari pasangan yang terbaik. Walhal kita lupa, siapakah diri kita , di mana letaknya diri kita dan layakkah kita untuk mendapat yang terbaik?

Kata-kata Swabri kelmarin, cukup terkesan di hati. Terima kasih sahabat kerana membuat saya berfikir dan bermuhasabah diri. Terima kasih kerana smengingatkan diri ini yang sering alpa.

No comments: