Gembiranya. Setiap tahun, bulan 12 merupakan bulan yang selalu ditunggu-tunggu. Sebab, hanya pada bulan ini sahaja semua ahli keluarga saya yang berjumlah 7 orang kesemuanya berkumpul. Lazimnya pada bulan 12 keluarga saya akan pulang ke sini. Waktu inilah kami gunakan untuk habiskan masa berkualiti bersama-sama.
Saya sudah biasa dengan keadaan seperti ini. Jauh dari keluarga. Jika dikira, tahun ini merupakan tahun ke 6 saya tinggal jauh dari mak dan ayah saya. Hanya 2-3 kali dalam setahun sahaja kami dapat berjumpa. Tidak ada apa yang pelik. Mungkin pelik bagi orang lain. Tidak bagi kami.
Apa yang penting, jarak yang jauh telah mengeratkan hubungan kami. Jarak yang jauh selalu menyedarkan kami betapa pentingnya menghargai orang tersayang. Sehingga kita berasa tidak akan sanggup menyakiti antara satu sama lain. Itulah hikmahnya.
Ia juga membuatkan hubungan kita dengan saudara mara, rakan taulan menjadi rapat. Kerana tinggal di bandar besar seperti KL ini memerlukan kita sentiasa dikelilingi oleh mereka yang memahami dan sentiasa mengambil berat atas diri kita :)
Saya sudah pun membuat beberapa perancangan untuk keluarga saya. Tempoh mereka berada di sini sangat terhad iaitu 3 minggu sahaja. Jadi, kami semua perlu betul2 stick on the plan. Dalam masa yang sama ada banyak perkara yang harus dibereskan. Antaranya, mama perlu memantau kerja-kerja pengubahsuaian banglo kami di Johor. Ahmad bakal disunatkan dan Eeqah pula akan menyertai kem motivasi MAP selama beberapa hari di Kedah. Seminggu yang berbaki nanti kami akan habiskan untuk melancong dan bercuti makan angin.
Ada satu lagi perkara yang menggembirakan saya. Zakwan, sepupu saya sudahpun menamatkan pengajiannya di South Africa. Dia dijadualkan sampai di Malaysia minggu depan. Manakala Fikri dan Arif (sepupu juga) akan meneruskan pengajian yang masih berbaki 2 tahun lagi. Saya sangat senang dengan perkhabaran ini. (^__^)
Tidak sabar menanti kepulangan orang-orang tersayang. Semoga Allah SWT mudahkan urusan dan perjalanan mereka ke sini. AMIN.
No comments:
Post a Comment