Sesetengah orang merasakan soalan ini bak halilintar yang tidak semena-mena memanah bumi. Siapakah sesetengah orang tu? Anda ke? Sudah tentu bukan saya.
Perbualan kawan-kawan ketika waktu lunch tadi tiba-tiba sahaja hangat dengan isu bila nak kahwin. Masing-masing bertanya antara satu sama lain, kau bila nak kahwin?
Apabila soalan itu diajukan kepada saya, tiada sebarang respon diberikan. Malas benar mulut ini hendak menjawab. Lidah seolah-olah dikepit penyepit, tersepit kelu. Bukan sebab tergamam kerana tidak bersedia dengan jawapan, tetapi takut jawapan diberi nanti nampak terlalu klise. Hendak ke orang percaya?
Aku nak senangkan makbapak dulu. Baru fikir pasal kahwin. Asal diaorang bahagia, cukuplah. Aku pun tumpang bahagia sama.
Aik, macam merajuk berpatah hati berkerat rotan je bunyinya. Ish, betul ke ni?
Ye. Itulah dia apa yang saya rasa ketika ini. Soal rasa mana boleh dibuat main-main, ye tak?
Biarlah. Buat masa ini, sudah tiada perasaan sama sekali. Kasih segunung jika tidak dihargai pun apalah gunanya. Lebih baik kasih pada ibubapa untungnya sepanjang masa.
Saya sedar siapa saya. Biarlah manusia gagal menilai siapa saya, yang penting saya dan keluarga tahu bahawa saya tetap unggul dengan cara saya sendiri.
Apapun, hidup mesti enjoy!! Yeah, selagimana Islam menjadi paksinya (",)
No comments:
Post a Comment