Saturday, November 27, 2010

Buah tangan dari Mesir

Salam,

Saya hanya memesan tidak sampai 5 buah buku, tetapi Abah telah membuat saya terkedu, tak tahu nak kata apa. Lihatlah betapa banyaknya buku yang dibeli. Rambang biji mata saya. Tak tahu mana satu yang nak dibaca dulu. Tapi, yang paling membuat saya tersenyum lebar, Abah turut belikan buku-buku tulisan Amr Khaled :P. Siapa Amr Khaled ni? Cari di sini dan sini :P

Terdapat 2 kotak. Satu besar satu kecil:

Beginilah keadaanya:

Kitab muktabar - Al-Umm dari Imam Syafie:

Hampir separuh dari buku yang dibeli karya Ibnu Tamiyyah:

Setelah dikumpulkan kesemuanya, inilah hasilnya:

Termasuklah 3 buah buku tulisan Amr Khaled. Wah, tak tidur malam saya!

Abah juga turut menghadiahkan beberapa buah kotak berisi coklat Patchi. Patchi OK. Haha.
Tetiba rasa sayang nak makan :P

Suka dengan cara packaging Patchi.
Tengoklah bagaimana cantik bungkusannya :P
Abah kata, yang ber-reben putih paling mahal harganya :P
Tang mana yang mahal pun saya tak tahu. emm.

Dan juga tanpa disangka, cardigan exclusive dari Mesir. Oh, Abah memang tahu taste saya.

Bukan satu, tapi dua helai. Sayang Abah!


Alhamdulillah, atas segala kurniaanNya. Terima kasih, Abah. Lepas ni, makan dengan buku, tidur dengan buku, apa lagi? Melaram dengan cardigan baru :P.

Wassalam.

p/s: Mama akan tiba di KLIA pada jam 7 malam nanti. Tak sabar rasanya. Dah lama tak peluk mama :P



2 comments:

Anonymous said...

wow terernye dpt baca kitab arab..
mcmane u blajar arab? :))

Nurul Zahar said...

Anonymous: Tak delah terror sangat. Setakat baca n faham sendiri boleh la, Alhamdulillah. Belajar bahasa arab waktu study di U dulu.