Monday, December 20, 2010

Blogging - sentiasa mendekatkan saya dengan Sudan

Salam,

Kawan-kawan seangkatan yang sama-sama belajar ketika di Sudan dulu, sebahagiannya aktif juga berblogging, TAPI itu dulu. Sekarang ni, masing-masing sudah mula berkeluarga, sudah sibuk bekerja dan kebanyakkannya sudah pulang ke tanah air, jadi tiada masa nak berblogging. Padahal, aktiviti menulis blog ni pernah menjadi KEGILAAN kami suatu ketika dulu. Kadang-kadang sampai 3-4 entries dalam satu hari. Tu SYOK SENDIRI namanya. Haha.

Saya sudah mula rasa SUNYI. Mereka yang dulunya RAJIN memberi komen di blog saya ni sudah mengurangkan aktiviti blogging mereka. Yelah, dulu masing-masing masih bujang, kurang komitmen, masih ada masa untuk lompat-lompat blog. Sekarang, bila dah berkahwin dan sibuk pula dengan kerjaya, maka makin jaranglah mereka singgah blog saya ni *buat muka sedih.

Saya bukan apa. Salah satu sebab saya berblogging dulu kala sebab nak dekatkan hubungan saya dengan kawan-kawan lama saya. Lebih-lebih lagi yang sama-sama belajar di Sudan dulu. Saya tak mahulah ukhuwah yang terjalin sejak sekian lama, ada tu lebih 10 tahun, terbiar begitu sahaja. Saya mahu ukhuwah tu terus hidup dan KEMBANG mekar. Macam BUNGA kembang pagi-pagi. Memanglah petang dia kuncup balik, tapi esoknya mesti kembang balik. Macam tulah. Saya serius ni.

Apasal tetiba jadi SENTIMENTAL ni? Mesti lepas ni ada yang berani cakap, hah kalau macam tu cepat-cepatlah hang kahwin apa lagi yang nak ditunggu. Bila dah kahwin esok, tak delah dok bising sunyilah, bosanlah, bla..bla..bla...Eh, saya baru 25 tau. Muda lagi. Tapi korang, salahkah saya bersuara? Janganlah camtu. Saya nak luahkan je apa yang terbuku di hati ni. Janganlah cakap saya sensitif. Sedih tau.

Saya memang merajuk. Sikiiiit la. So, saya ubat rajuk saya ni dengan beralih arah pada FB. Sebab tu, jarang-jarang saya update blog ni. Haha (Cakap jelah ko ni pemalas. Senang cerita).

FB pun mendekatkan saya dengan kawan-kawan. Saya rasa ia medium yang paling EFEKTIF setakat ni. Blogging ni kena cari masa. Nak kena duduk, nak kena fikir then barulah boleh start menaip. Nak lompat-lompat blog pun nak kena ada masa gak. Tak macam FB, sambil jalan pun bleh type status. Lebih teruk, dalam TANDAS pun ada yang update status FB atau balas-balas comment. Jangan kata saya tak tahu. ( Tapi, saya tak buat. Betul. Tak tipu).

Walaubagaimanapun, kerana keazaman dan keutuhan iman saya, blog ni berjaya saya KEKALkan sampailah sekarang ni. Pernah juga dulu rasa KECEWA dengan SESEORANG, sampai rasa nak DELETE je blog ni. Alhamdulillah, saya tak buat kerja gila tu. Jika tidak, habislah semua entry-entry sejak tahun 2006 yang punya makna tersendiri ni lenyap begitu saje. Tak ke sia-sia namanya.

Apapun, sejak dua menjak ni ada yang menggembirakan hati saya. Saya dapat bertukar link dengan kawan lama ketika tinggal di JB dulu (Nurnuha) serta beberapa kawan SMIH. Yang paling best, saya juga dapat bertukar link dengan pelajar2 Malaysia yang sedang belajar di Sudan seperti Aisyah, Khalida, Albo, Eizaz atau dengan rakyat Malaysia yang sedang tinggal dan bekerja di sana seperti Cik Dian. Walaupun ada antara mereka saya tak berapa kenal dan tidak pernah berjumpa in person, namun saya rasa seperti dekat dengan mereka dan seakan sudah kenal lama. Ada masanya mereka bercerita tentang kehidupan mereka di sana, saya rasa sangat teruja. Ia membuatkan saya sentiasa berasa dekat dengan Sudan.

Orang Sudan PERNAH berkata, sekali kamu meminum air SUNGAI NIL ini, selamanya kamu akan INGAT dengan Sudan. Mungkin benar kata-katanya itu :)

Semalam saya mendapat kiriman EMAIL dari sahabat yang berasal dari Eritrea yang kini menetap di Saudi Arabia. Namanya Samirah. Katanya, dia kini berjiran dengan seorang lagi kenalan saya yang berasal dari Kenya. Kedua-duanya rakan satu dorm saya ketika belajar di IUA, Sudan. Sangat teruja mendengar berita itu lebih-lebih lagi sekarang ini kedua-dua sahabat saya itu sedang mengandung ANAK KEDUA. Oh, sangat pantas masa berlalu.

Saya pula masih sendiri dan mungkin akan terus SINGLE untuk 2-3 tahun akan datang. Namun, jangan risau, saya akan teruskan aktivi berblogging ini selagi hayat dikandung badan :P Ia memang minat saya sejak dulu lagi.

Ok, jumpa lagi uols. Ws.


3 comments:

♥ Izzah Marzuki said...

Assalamualaikum lulu!
Lama x dengar khabar.. nampaknya makin ceria ye! alhamdulillah.. akak suka la lagu arab background ni.. merdu sangat.. sebenarnya lagu² arab semuanya sangat merdu sebab bahasa yg digunakan, kan.. sebab itu ayat² al Quran sangat² indahnya masyaAllah, bila dialunkan, kan! smooth & flawless.. :) oh kalau boleh tahu singer & tajuknye skali, ok jugak.. thanks lulu. ;)

- petang tadi akak biar blog lulu open sepanjang akak buat kerja di ofis, nak cari sendiri lagunya, tak tau lak apa tajuknye.. hehe

Nurul Zahar said...

Waalaikumsalam akak,

Lagu favourite saya tu kak, hehe. Lagu arab tu bertajuk "Fi Hagat" nyanyian Nancy Ajram, penyanyi berasal dari Lubnan. Nancy Ajram ni ada banyak lagu yang best2. Antara yang top lagu "Anta Eih". Boleh cari di Youtube. Post sebelum ni saya ada letak lirik lagu Fi Hagat. Saya memang minat lagu2 Arab ni. Memang kena dengan jiwa.:P

Seronok dapat tahu akak suka dengar lagu Arab. Walaupun ada lirik yang kita tak berapa faham, x kisahlah asalkan melodinya menghiburkan dan sedap didengar. Macam juga lagu korea, hindustan, bukan semuanya kita faham. Hehe

Saya masa mula2 belajar arabic, suka dengar lagu-lagu arab. Sebab ia mudah.

Ada satu lagi lagu fav saya, tajuknya "Tamalli Maak" nyanyian Amru Dhiab. Mungkin akak dah pernah dengar. Lagu ni dah lama, tapi saya tetap suka sampai sekarang. Kalau akak belum dengar, cubalah.

(^__^)

umaq_eiman said...

saya masih seperti dulu cuma malas mahu mengomel.