Sunday, February 20, 2011

Alhamdulillah, Alhamdulillah, Alhamdulillah.

Having lunch with Hoda @ Nando's,
Alpha Angle, Wangsa Maju
Sat, 19/02/2011

Assalamualaikum...
Kawan-kawan, saya sedang dalam mode gembira (^__^). Ada sebab mengapa saya agak gembira kebelakangan ini. Masih ingat dengan post ~Selesai Interview Pensyarah Mara~ saya sebelum ini? Hah, agak-agak apa dalam fikiran korang? Eh, bukan..saya tak dapat pun jawatan Pensyarah Mara tu. Tak ada rezeki. Sebab, sampai hari ini diaorang tak ada call pun untuk maklumkan kalau saya dapat jawatan tu.. Kasihan, kecundang lagi. Tapi, korang cuba baca balik post tu. Klik la dan baca. Selain pergi interview jawatan Pensyarah Mara, saya juga pergi interview di sebuah tempat lain pada minggu yang sama juga beberapa minggu sebelum tu.

Ok, saya dapat panggilan dari tempat tu kelmarin (Jumaat 18/02/2011). Tepat-tepat jam 10 pagi. Dah le waktu tu saya tengah sibuk tolong Mama kat dapur buat kek lapis Sarawak. Sebab ada ramai yang order dan kena siapkan sebelum hari Sabtu. Boleh pulak saya tinggalkan HP bawah bantal. Tengah2 sibuk tu, tiba-tiba terdetik pulak hati ni nak naik tingkat atas jenguk2 HP (sambil kutuk diri sendiri, aih, macamanalah boleh lupa nak bawa HP turun). Maklumlah, sepatutnya "Penganggur Terhormat" macam saya ni memang perlu sentiasa merindukan deringan telefon. Tak boleh berrenggang langsung. Memang betul la gerak hati ni. Baru nak check skrin HP tu, terus die berdering dan tersembul naik no. tel tempat tu. Nasib-nasib. Bayangkan kalau saya leka?

Bila saya angkat, ayat pertama yang saya dengar "Gd Morning, N****, M**** here. Is it convenient to talk? I would like to share with you good news". Ok, bila dengar die cakap cam tu, hati pun dah start berbunga2 la kan. Mestilah. Kalau bukan berita baik, dia tak akan kata good news, betul tak? Alhamdulillah, my job application has been approved by recruitment and the CEO. Which means, persetujuan dari pihak2 berwajib telah diperolehi dan saya diterima bekerja sekiranya medical check-up yang bakal saya buat menyatakan saya fit dan ok (sihat). Kemudian, barulah boleh proceed dengan offer letter (OL) dan seterusnya sign contract.

So, petang Jumaat tu juga saya pergi buat medical check-up. Tepat jam 2 ptg saya dah terpacul kat HR department tingkat 42 tu. Seorang muslimah yang cun lagi comel beri saya sepucuk surat dan suruh saya pergi ke tingkat 17 untuk buat medical check-up. Uih, teringat buat medical check-up masa mula2 nak masuk universiti kat Sudan. Tapi, ni versi Malaysia. Lain sikit. Tak ada check darah pun. Medical check-up yang ini lebih kurang sama je masa nak enroll UIA, Gombak 3 tahun lepas :)

Urine dah ambil. X-ray pun dah buat. Blood pressure pun dah check. Then nama pun dipanggil. Nurse kat kaunter tu pun bagi sepucuk surat sambil tersenyum manis. Aik, dah macam main pas-pas surat cinta pula. Saya jadi tukang posmennya. Dari tingkat 42 ke tingkat 17. Kemudian dari tingkat 17 ke tingkat 48. Ha ha (Saja wat lawak. Sebenarnya masa tu hati berdebar-debar. Takut physical, health tak fit. Dah lama saya tak buat medical chek-up ok. Kalau tak fit, alamatnya tak ada harapan la).

Dah serahkan surat, saya pun diminta untuk tunggu. Saya menunggu di tempat yang sama saya di-interview kali pertama (2nd interview pula dengan Head of HR). Masa tu fikiran pun dah mula menerawang mengingatkan kembali detik-detik ditemuduga tu. Ada 3 orang panel masa tu. Saya senyum sendiri. Begitu confident saya waktu tu. Entah dari mana keberanian tu datang. Saya sendiri pun tak tahu. Tu cerita 2 1/2 bulan yang lalu. Jadi, korang bayangkanlah berapa lama saya terpaksa tunggu sampai saya dapat panggilan keramat tu?

Tunggu punya tunggu, rasanya ada dekat 30 minit saya tunggu kat situ. Akhirnya, HR Lady yang call saya tu pun muncul. Dia mohon maaf katanya sedang finalizing OL saya. Yang bestnya, dia beritahu saya yang medical result menyatakan saya ni fit (makna saya ni sihat walafiat la untuk bekerja. Ha ha). Alhamdulillah, lega rasanya. Katanya lagi, ada beberapa perkara perlu dia amend pada OL tu dan minta saya tunggu sebentar sahaja lagi. Kalau boleh dia mahu semuanya selesai hari ni; offer letter siap then bolehlah sign agreement/contract. Tapi, lepas 10 minit dia datang balik dan terangkan yang dia tak dapat nak finalize OL tu atas sebab-sebab tertentu yang tak dapat dielakkan. Dengan penuh kekesalan dia meminta maaf dan berjanji untuk call saya semula pada hari Isnin nanti untuk sign agreement. Dan saya, seperti biasa; bersikap cool. Tiada masalah, saya boleh tunggu :) Sebelum balik, kami dok berbincang sekejap. Dia terangkan serba sedikit tentang contract, termasuklah program FSTEP (Apa kebendanya ini? Saya akan ceritakan kemudian), salary, benefits; EPF, medical, dental coverage, loans dll. Sebelum ni memang dia pernah mention pada saya. Dan ini sebagai briefing sahajalah. Saya terpaksa tunggu hari Isnin untuk perjelasan lebih lanjut sebelum sign contract. Oh ye, dia banyak kali mention bahawa kes saya ni special dan unik sikit berbanding orang lain. Kenapa ya? Saya tertanya-tanya juga.

Ok, cerita ini akan bersambung lagi. Sebab, hari ini baru hari Ahad kan?. Saya tak tahu apa akan berlaku esok dan esok dan hari-hari seterusnya. Doakan yang terbaik buat saya ya! Jumpa lagi!

Nota 1: Pukul 10 pagi nanti saya akan ke KLIA. Sahabat saya, Kak Farie dan keluarga akan bertolak mengerjakan umrah. Kak Farie, ayah dan ibu (Uncle Rashid dan Auntie Bariah) serta 9 adik beradiknya (Along, Angah, Alang, Kak Sarah, Muhaimin, Mujahid, Naim, Hanim dan Najwa) adalah kenalan saya ketika sama-sama tinggal di Sudan dulu. Kami memang akrab. Tapi, saya tak tahu berapa ramai sebenarnya yang ikut mengerjakan umrah. Sebab Along, Angah, Alang dan Kak Sarah masing2 dah berkeluarga. Tak kan mereka pergi sekali? Kita lihat saja nanti :)

Nota 2: Tahun lepas saya dah kerjakan umrah. Tahun ini, giliran mereka. Alhamdulillah, doa saya dimakbulkan. Double happiness.

***************************

sambungan sikit....

Ok, Alhamdulillah Kak Farie n family dah pun selamat bertolak. Yang pergi termasuklah Uncle, Auntie, Angah & suami serta 3 orang anak mereka. Yang lainnya tak ikut sama. Pertemuan saya dengan keluarga Uncle Rashid dan Auntie Bariah kali ini agak meriah sedikit sebab Muhaimin dah balik dari Mesir dan dia ada waktu di KLIA tadi. Saya pun tak tahu tentang hal ni. Dia pernah merajuk dengan saya hanya kerana saya sering ke rumahnya apabila dia tiada. Apabila dia pulang bercuti, saya tidak pula berkesempatan untuk ke rumahnya. Apapun, itulah pertemuan pertama kami sejak 8 tahun lalu kerana selama ini kami hanya berhubung melalui alam maya sahaja. Mula-mula memang macam malu-malu bila bersua kembali, tapi ternyata masing-masing tetap sama seperti dulu. Riuh & banyak mulut. Ha ha. Terasa begitu cepat masa berlalu... :P


2 comments:

dhr said...

tahniah! selamat maju jaya dalam pekerjaan.

Awak dulu amik course ape? U mane kt sudan ni?

Nurul Zahar said...

Dian, terima kasih banyak2 :) Alhamdulillah...

Dulu saya amek course law. Tapi, memang minat banking sebab tu try juga apply job kat banak, x sangka pulak dapat. Alhamdulillah. Dulu study kat International University Of Africa, dekat dengan suq markazi.