Sunday, February 13, 2011

Apa Dalam Hati

Rupanya bukan mudah nak memahami diri seseorang, walaupun kita dah lama kenal dia. Hatta keluarga kita sekalipun, bukan selalunya kita faham mereka. Kita fikir kita sudah tahu dan masak benar perangainya, tapi ternyata kita tersasar. Oh, bukan begini. Aku terkhilaf rupanya.

Pernah tak korang mengalami perasaan begini. Bila berlaku pergaduhan, bertikam lidah, mahupun salah faham akan end up menyalahkan diri sendiri? Walaupun tahu ia bukan salah kita. "Mungkin aku yang bersalah. Sebab gagal faham dia." Perasaan menyalahkan diri sendiri. Saya pernah mengalaminya. Bukan setakat pernah, tapi selalu.

Dan akhirnya, saya yang akan memohon maaf. Walaupun ia bukan berpunca dari saya. Dan dia yang mendengar, hanya membatukan diri. Lalu berlalu pergi. Apakah itu? Egokah?

Benar, hati yang sakit bertambah sakit. Tapi, dengan memohon maaf dan memberi kemaafan dapat melegakan hati. Perasaan marah pun beransur pergi. Kehidupan berjalan seperti biasa.

Ah, mudahnya saya mengawal rasa marah. Mudahnya saya memaafkan. Mudahnya saya meletakkan ego ketepi. Adakah ini kekuatan? Atau sebenarnya kelemahan saya?

2 comments:

Sarah CJ said...

this is your strength. just keep being yourself. not a lot of people can ask for forgiveness when they know its not their fault. if the other person do not forgive then he/she is the one in the wrong, not you.

Nurul Zahar said...

Thanks Sarah. I feel so much relieved when you said that! I am and will always be myself. Forgiveness always brings me peace. An inner peace.Oh Sarah, I feel like you know me more than others do. Thank you.