Monday, June 6, 2011

6 haribulan 6

Setahun yang lalu, pada tarikh ini saya kehilangan atuk, insan yang paling saya sayang dan saya hormati. Pada tarikh ini juga, saya merelakan cinta hati saya dimiliki orang lain. Sampai bila-bila pun saya pasti tidak akan lupa akan tarikh ini.

Sesungguhnya, jika kita rindu pada orang yang telah tiada, kita boleh menziarahi kuburnya dan sedekahkan sebanyak mungkin bacaan ayat suci al-Quran dan berdoa agar rohnya tenang di sana. Jika kita rindu pada insan yang masih ada, namun jauh di mata dan entah ke mana, penawarnya masih tetap sama. Doakan dia. Doakan kebahagiaannya. Semoga dia sentiasa berbahagia.

Hidup ini hanya pinjaman. Begitu juga, mereka yang kita sayangi hanya pinjaman Allah kepada kita semata-mata. Apabila tiba masa, mereka akan diambil dari kita.

Maaf, terasa sedikit beremosi kerana baru sahaja kehilangan pakcik tersayang, Safian Bin Bakri, kelmarin (4hb Jun). Al-Fatihah.... Bulan Jun merupakan bulan paling menguji kesabaran. Moga-moga saya terus kuat menghadapinya.


3 comments:

nurnuha said...

salam Takziah..Al-Fatihah..semoga rohnya ditempatkan dalam kalangan orang2 yang mendapat syafaat..Insyaallah..kamu pasti kuat..

Nurul Zahar said...

Terima kasih Nuha, Amin. Pakcik kita pergi secara mengejut. Lebih tragis, masa majlis kahwin setup kita. Allah lebih menyayangi beliau. Kematian mmg menghibakan. Bila Atuk kita meninggal setahun yg lalu, kita rasa sedia sgt. Sampai hari ni kita masih terasa macam atuk kita ada, terngiang2 suara dia. Macam ternampak2 dia. Mungkin Rindu. Apapun kita kena sentiasa doakan mereka yg dah tiad, mg mereka tenang di sana.

Nurul Zahar said...

Maaf, setup: maksud kita sepupu.