Saturday, July 16, 2011

Selamat Ulang Tahun, awak dah 26 tahun!


~Terima Kasih pada Haidar yang merakamkan ini semalam~

Cepatnya masa berlalu. Saya sudahpun menginjak 26 tahun! Apa yang berlaku pada tarikh 15 Julai tahun ini?

Seperti biasa saya tidak pernah mengimpikan apa-apa yang istimewa untuk hari lahir saya. Tahun-tahun yang sudah juga, tiada apa yang istimewa. Saya juga jarang meraikannya dengan keluarga kerana kami tinggal berjauhan sejak 10 tahun yang lalu. Hanya telefon dan internet menjadi penghubung. Walaupun ada rakan-rakan di sisi, tetapi saya lebih senang melaluinya begitu sahaja tanpa apa-apa sambutan yang istimewa.

Namun, tahun ini segalanya berubah. Saya bangun pagi dengan ucapan dan nyanyian selamat hari lahir dari Mama dan Abah dari hujung katil. Sesuatu yang jarang sekali saya perolehi, bukan kerana mereka tidak mahu, tetapi kerana kami sudah lama tidak berpeluang untuk bersama pada hari yang istimewa seperti ini.

Di tempat kerja, seramai lebih kurang 120 orang rakan-rakan dan pihak pengurusan beramai-ramai menyanyikan lagu istimewa tersebut. Mereka juga menyuruh saya memberi ucapan sepatah dua kata. Terasa seperti artis pulak seketika (^_^) Haha. Begitulah betapa sportingnya rakan-rakan saya di FSTEP.

Selain itu, saya juga mendapat birthday surprise ketika sedang menikmati makanan tengahari di cafeteria. Saya dikejutkan dengan birthday cake pemberian teman-teman baik (Harith, Aliff, Gadafi, Ghufran, Syahmi, Khairil, Farhana, Haidar, Aien, Ili dan Mai). 6 batang lilin sebagai simbol umur saya. Ah, terasa begitu tua untuk mendapat kejutan seperti ini. Tetapi, mereka begitu bersungguh-sungguh meraikannya. Saya terharu. Terima kasih korang!

Tahun ini, kehidupan saya dipenuhi dengan kesibukan bekerja dan juga asignment serta assessment bagi training yang saya jalani. Saya sudah jarang ada masa untuk pergi bershopping atau bersiar-siar seperti dahulu. Dunia sosial saya juga tidak serancak dahulu. Ternyata ia merubah kehidupan saya 360 darjah.

Ia sesuatu yang agak membimbangkan. Ini bermakna saya sudah hilang waktu untuk mencari cinta hati saya. Sedangkan saya sudahpun terlewat setahun untuk itu. Ya, kita hanya merancang.

Ajal, maut dan jodoh di tangan tuhan. Saya masih yakin pasti ada yang terbaik buat saya ^__^. Saya tahu dia ada di luar sana menunggu. Masanya sahaja belum tiba.

Moga doa berpanjangan saya dikabulkan olehNya. Saya hanya mahukan kehidupan yang sederhana. Tidak lebih dari itu. Biarlah apapun yang saya bakal lalui selepas ini, keseimbangan menjadi titik penentu dan saya tidak mahu berlebihan dari itu. Amin.

Untuk mama, abah, adik-adik serta rakan-rakan yang begitu bersungguh-sungguh mengembirakan hati ini serta menceriakan hari saya, terima kasih. Hanya Allah sahaja yang mampu membalas budi kalian.

Semoga Allah merahmati mereka yang saya sayangi. Moga Dia memberi kebahagiaan dan kejayaan buat mereka. Amin.


3 comments:

ishmahbihabie said...

samalah kita... terlewat satu tahun juga dari milestone yang ditetapkan ;)

-bie

dhr said...

sanah helwah, jamilati!

Muda lg, baru 26 =). sementara single ni buat la ape2 yang teringin sblm kahwin. Soal jodoh, jgn risau bila tiba masanya, segalanya akan menjadi mudah. InsyaAllah!

Nurul Zahar said...

Bie: Tuhan lebih tahu apa yang terbaik buat kita, kan Bie? :) Moga ada hikmah disebaliknya.

Dian: Terima kasih. Hehe rasa dah tua sebab kawan2 sebaya semua dah beranak pinak. Express betul diaorg ni. Tapi bila fikir balik, Allah SWT tu kan Maha Adil. Kena banyak2 bersyukur. So, betul cakap Dian tu. Kena manfaatkan betul2 masa single ni. Thanks Dian! :)