Pejam celik sudah hampir 6 bulan saya dan rakan-rakan batch 6 yang lain menjalani training di FSTEP. Hanya berbaki kira-kira 3 minggu lagi sebelum kami semua membawa haluan masing-masing. Melangkah keluar dari FSTEP dan seterusnya memulakan karier kami sebagai pegawai bank di bank-bank tajaan kami.
Sungguh, saya rasa begitu cepat masa berlalu. Jika boleh, saya tidak mahu berpisah dengan mereka. Saya tidak mahu meninggalkan FSTEP. Saya yakin rakan-rakan yang lain juga berperasaan begitu. Akan tetapi, inilah tanggungjawab sebenar kami. Apabila selesai misi di FSTEP, masih ada tugas yang perlu dilakukan. Kami perlu menggunakan sepenuhnya talent yang ada bagi membantu industri perbankan dan insurans negara berkembang ke tahap yang lebih tinggi dan membanggakan. Itu tugas kami. Itu antara harapan Tan Sri Dr. Zeti Akhtar Aziz. Itu juga antara sebab mengapa FSTEP ditubuhkan.
6 bulan berada di FSTEP telah mendedahkan saya kepada sektor perbankan secara teori dan praktikal. Banyak perkara yang saya belajar menerusi perkongsian ilmiah dan pengalaman dari mereka yang berpengalaman di dalam industri. Terlalu banyak kelebihan berada di kelompok ini. Sangat bersyukur ke hadrat Ilahi kerana menjadi among the chosen one to be in the program.
Sepanjang berada di FSTEP juga, kami berjaya membina satu hubungan persahabatan yang sangat erat. Malah, mungkin lebih dari itu. Umpama sebuah keluarga. Sangat berharap agar jalinan silaturrahim ini dapat dikekalkan walaupun kami sudahpun mula bekerja kelak.
Entah mengapa, semakin hari semakin dekat dengan penghujungnya, hati menjadi tidak keruan. Antara risau memikirkan tentang tugasan pertama yang bakal ditempuhi tidak lama lagi, juga perasaan sedih kerana bakal berpisah dengan rakan-rakan lain. Terasa cabaran yang bakal dilalui bukan mudah; pasti menguji mental dan keupayaan diri kerana memikirkan saya satu-satunya trainee tunggal tajaan AmIslamic, sedangkan rakan-rakan yang lain berada dalam kumpulan tajaan yang sama seperti CIMB, RHB dan Maybank. Untuk itu, saya perlu kuat semangat dan survive tidak kira apapun yang terjadi!
Moga-moga Allah permudahkan perjalanan kehidupan ini. Tidak hanya untuk saya, tetapi untuk kamu juga. Amin, InshaAllah.

1 comment:
wahh kenangan tu lah nanti yang dibawa bila masing2 dah kerja kan...so sweet=)
Post a Comment