Kebiasaannya pada hari pertama bulan pertama setiap tahun, pasti ramai yang menulis tentang azam baru/lama mereka. Tapi, post pertama saya untuk tahun baru ini, ingin sekali saya berkongsi dengan mengingati nostalgia suka duka kehidupan saya sepanjang tahun 2011.
Perkara yang menggembirakan
25/02/2011
Ini merupakan hari melapor diri di tempat baru. Tetapi, saya tidak terus memulakan tugas, sebaliknya dihantar mengikuti kursus selama 6 bulan di FSTEP, sebuah program di bawah Bank Negara. Bunyinya sahaja sudah gempak dan sememangnya berada dalam kursus tersebut mengajar kita menjadi seorang yang serba boleh.
25/02/2011 - 26/08/2011:
Sepanjang 7 bulan di
sana, saya telah melalui proses transformasi yang sangat ketara.
Pastinya perubahan positif untuk menjadi lebih baik. Inilah program yang banyak membantu saya memperkembangkan bakat sedia ada dan memperbaiki kelemahan diri. Saya lebih yakin dengan diri sendiri. Lebih berani mengekspresikan pendapat dan lebih bijak berkomunikasi. Mungkin inilah tujuan utama mengapa program seperti ini diwujudkan. Sebagai salah satu misi modal insan untuk pembangunan profesional dalam sektor perbankan Malaysia.
Sepanjang kursus juga, saya bepeluang menambah kenalan. Sehingga kini hubungan kami masih akrab dan rapat. Sesekali kami keluar bercuti beramai-ramai dan menghabiskan masa bersama-sama.
05/09/2011:
Saya kembali ke pejabat dan memulakan tugas pertama saya. Saya gembira. Gembira kerana dapat bekerja dalam bidang yang saya minati ditambah dengan suasana kerja yang baik. Alhamdulillah, sehingga ke hari ini perasaan saya masih sama. Gembira dengan kerja yang dilakukan. Maka benarlah seperti apa yang pernah saya dengar suatu ketika; Apabila kita membuat sesuatu yang kita suka, kita pasti berasa gembira. Sungguhpun banyak cabaran dan dugaan yang dilalui, kita pasti dapat mengatasinya. Baik buruknya, kita boleh terima dengan berlapang dada. Itulah apa yang saya rasa ketika ini, Alhamdulillah syukur.
Perkara yang mendukacitakan
- Dr. Fadzilah kamsah pernah berpesan, jika kita menulis diari jangan kita selitkan peristiwa duka sebagai ingatan/memori kerana ia tidak membantu perkembangan minda kita. Selitkan perkara yang menggembirakan supaya apabila membacanya kembali, kita tersenyum dan tertawa riang mengingatkannya. Itulah sebenarnya fungsi diari.
Heheh.
Selamat datang 2012!
No comments:
Post a Comment