Ketika saya belajar di Sudan dulu,saya seringkali mendengar ungkapan ini keluar dari mulut seseorang yang amat saya kagumi.Sehingga ke hari ini iainya cukup sebati dengan jiwa saya.kata-kata yang amat memotivasikan diri saya sehingga saya menjadikan kata-kata ini sebagai azimat dan kekuatan untuk terus berjuang dalam menyampaikan amanah Allah ini.Selain itu saya bertungkus lumus menambah ilmu di dada agar satu hari kelak saya bisa diingati sebagai seorang yang faqih dalam semua bidang yang saya ceburi.
Pegangan ini tidak tersemai dengan sendirinya melainkan seseorang itu mempunyai kesedaran yang tinggi betapa kita dituntut untuk melakukan gerak kerja berpaksikan Islam sebagai misi dan visi seorang Muslim.Ia berkait rapat dengan niat (kerana ALLAH SWT) bermakna kita melakukan setiap pekerjaan keranaNYA juga kerana Islam itu sendiri.
Saya dilatih dari satu peringkat ke satu peringkat sehingga saya dapat merasai 'kenikmatan' betapa bermaknanya hidup ini apabila kita melaksanakan sesuatu pekerjaan kerana ISLAM.Ianya banyak mengajar saya erti sebuah pegorbanan kerana berkorban kepentingan sendiri demi kepentingan ummah,masyarakat atau sesebuah pertubuhan Islam.
Saya banyak belajar dari pengalaman.Samada pengalaman sendiri ataupun orang lain kerana sejak kecil hingga kini,kalangan sahabat dan teman-teman saya adalah golongan yang lebih dewasa dari saya.
Di zaman persekolahan saya banyak didedahkan tentang kesengsaraan yang dialami oleh rakyat Aceh dan Palestin.Semuanya menjadi mangsa kezaliaman musuh yang amat membenci Islam.Umat Islam yang ditindas,yang tidak berdosa turut menjadi mangsa.Saya seringkali 'dihidangkan' oleh pihak sekolah tentang kekejaman Israel terhadap Palestin.Namun waktu itu jiwa saya tidak berapa 'terusik' dan 'sensitif' dengan keadaan yang berlaku di luar negara kelahiran saya.
Apabila menjejakkan kaki di bumi barakah Sudan,mengenali sendiri bi'ah Islam yang sebenarnya,realiti cerita yang didengar dari kawan-kawan yang berasal dari Palestin,Aceh,Ambon,Iraq dan banyak lagi.Cerita dari jiwa yang merasai sendiri pengalaman berhadapan dengan musuh Islam serta 'kesan' yang masih ada pada mereka,membuatkan saya sedar apakah selama ini saya leka dan lalai untuk tidak cuba menyelami dan berkongsi kesengsaraan yang dialami mereka??..
Sejak itu minda saya terbuka seluas-luasnya betapa pentingnya kita meletakkan Islam itu ditempat yang sebetulnya.Menjadikan Islam sebagai satu-satunya paksi perjuangan yang selama ini saya tercari-cari.
Barulah saya sedar dan tahu mengapa semangat juang mereka sangat tinggi dan berkobar-kobar bak nyalaan api sehingga tidak terlawan musuh dengan semangat yang mereka miliki.Tidak lain kerana Islam.
Semangat itu juga membawa usaha untuk berdakwah mengembalikan kefahaman yang betul tentang Islam kepada masyarakat dan menyampaikan dakwah kepada mereka yang belum mendapat pendidikan agama secukupnya. Sekaligus pelajar dididik untuk mempraktikan amalan dakwah itu dalam kehidupan seharian kami..
Dakwah kecil atau besar,itu bukan kayu ukurannya.Apa yang penting adalah menyampaikan apa yang kita tahu.
Sewaktu saya aktif dengan persatuan mahasiswa malaysia di sana,saya perolehi banyak sekali pengetahuan dan pengalaman berguna.Berada dalam lingkungan jemaah yang sedikit (pelajar Malaysia tidak ramai di sana) ,saya belajar tentang betapa pentingnya kita mendekatkan diri dengan jemaah.Berpersatuan melancarkan lagi gerak kerja untuk menyampaikan watikah dan risalah agama kepada masyarakat.Begitu juga dengan kepentingan membina keutuhan sesebuah jemaah.Kuantiti yang sedikit tidak bermakna kami harus leka melaksanakan tugas malah kami berusaha menjadikan persatuan kami sebagai oraganisasi yang berkualiti.
Kami dilatih secara langsung atau tidak langsung untuk menjadi ahli yang bersiap sedia menghadapi cabaran globalisasi terutama apabila pulang ketanah air kelak.Itu termasuklah usaha untuk menguasai kemahiran berbahasa Arab dengan baik kerana ini dapat memberi imej dan impak yang positif bagi seseorang pelajar yang belajar di Timur Tengah.
Banyak program-program ilmiah di isi bagi membincangkan permasalahan semasa antaranya gejala murtad,bagaimana berhadapan dengan golongan pemikiran liberal Islam dan sebagainya.
Itu semua penting dan secara tidak langsung kami dididik untuk melakukan segala gerak kerja tersebut kerana Islam.Belajar bekerja untuk Islam dan akhirnya ucapan itu menjadi pegangan saya sehingga ke hari ini.
Kata beliau 'usaha itu terlalu subjektif'.Usaha banyak atau sedikit tidak menjadi persoalan.Yang penting kita telah berusaha sedaya upaya dalam apa jua perkara,dalam berdakwah atau sebagainya.Usaha yang berterusan itu lebih baik di sisi Allah SWT.
~ Sesungguhnya Allah Yang Maha Mengetahui segala usaha hambaNya ~
waahualam.
No comments:
Post a Comment