Thursday, March 15, 2007

#09 - Bingkisan...

Alhamdulillah...
Kehidupan memang tak boleh diduga... Banyak sebenarnya perkara yang berlaku akhir2 ini. Kuat atau tidak, harus sy laluinya.. Akan tetapi, sy amat menyedari bahawa ada insan lain yang lebih tidak bernasib baik. . Segalanya adalah ketentuan tuhan. Saya amat percaya bahawa ada hikmah di sebalik setiap kejadian. I'm always take it in a positive way...
Saya harus lebih menjaga semua perasaan ahli keluarga saya. Sekarang mungkin masa yang agak sukar buat kami sekeluarga. Namun, sy selalu yakinkan diri bahawa saat ini hanya seketika cuma dan ia akan berlalu sedikit masa lagi. Sy percaya dengan pertolongan Allah SWT dan sy juga percaya rezeki tuhan di mana2 sahaja.
Selagi kita bernafas, kita harus berusaha mengapai apa yang kita mahu dan impikan dalam masa yg sama kita harus yakin dengan janji tuhan... Sebagai anak sulung, sy mahu diri saya kuat untuk menghadapi sebarang rintangan dan sy harapkan kami sekeluarga berjaya mengharunginya..
Walau apapun yang berlaku, sy akan terus menyokong keluarga dan apapun keputusan yang bakal abi ambil nanti, saya akan menerimanya dengan hati yang terbuka.
Bila memandang wajah mama yang tenang, saya mengimpikan untuk menjadi setenang mama. Abi pernah bersuara mengatakan sy agak lekas berasa kelam kabut,gabra atau melatah. Sy 'berasa' juga dgn pernyataan abi tapi sy tahu abi tak bermaksud ingin memarahi sy. Saya anggap ianya sbg teguran yg amat berguna.
Saya selalu terfikir, ingin mencari kerja. Bukan bermaksud abi tidak memberi wang yang cukup tetapi saya amat merasa serba salah jika terus-terusan begini. Namun dalam masa yang sama sy merasakan kurang keyakinan utk melalui alam pekerjaan. Kenapa ya?. Adakah lazim bg kebanyakan fresh graduate berperasaan begitu... emm.. entahlah...
Abi selalu bercerita tentang kerjayanya. Sedikit sebanyak membantu membina semula keyakinan... Di mana2 pun kita bekerja, kita harus sesuaikan diri dengan persekitaran dan kakitangan di situ namun jangan sesekali gadaikan prinsip yang kita pegang. Itu sebenarnya kunci kejayaan walaupun kejayaan itu tidaklah datang bergolek bahkan pengorbanan besar harus diberikan...
Bila melihat cara abi berfikir, cara abi bekerja mungkin sesetengah orang tidak dapat menerima pemikirannya. Abi adalah seseorang yang sangat mementingkan kemajuan dalam bangsa melayu juga amat mencintai ilmu lebih2 lagi ilmu agama.. Setiap kali dia selesai membaca buku lama atau baru, dia pasti tak lokek untuk berkongsi ilmu dan pendapatnya kepada yang lain.
Abi selalu menegaskan bahawa melayu akan selama2nya berada di tampuk yang lama jika kita sendiri tak mahu mengubah cara pemikiran dan mentaliti yang semakin menghambat bangsa melayu ketika ini.
Zaman abi dahulu, abi terpaksa menerima biasiswa untuk menyambung pengajiannya ke menara gading. Ya, waktu itu tidak ramai pelajar melayu yang berjaya mendapat biasiswa melainkan jika mendapat keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan. Abi berjaya namun di sudut hatinya berkata, jika waktu itu sumber kewangan cukup utk terus menyara pengajiannya, abi pasti akan menolak biasiswa tersebut.
Abi mengotakan janjinya. alhamdulillah rezeki yang Allah kurniakan melimpah ruah. Akhirnya abi berjaya menyelekolahkan kami hingga ke menara gading menggunakan hasil titik peluh sendiri tanpa sedikit pun biasiswa dari kerajaan dsbnya. Bukannya ingin mendabik dada, akan tetapi banyak sebenarnya yang perlu kita renungkan bersama. Bagi mereka yang berkemampuan, apa salahnya menyara pengajian anak2 tanpa mengharapkan sbrg biasiswa?. Tidakkah kita terfikir bahawa dengan tindakan tersebut kita mampu membantu golongan yang kurang berkemampuan menyara anak mereka. Lihat sahaja banyak kes pelajar miskin cemerlang yang keciciran tidak mendapat tawaran ataupun bisiswa dari mana2 pihak.
Mungkin ramai yg amat tidak menyetujui cara kami sekeluarga mendidik ahli keluarga kami.Tapi itulah cabaran yang perlu di terima. Abi pernah berkata, jika seseorang itu mampu membeli kereta besar, rumah besar kenapa dia tak mampu pula ingin menyara pengajian anak2nya..Bukankah itu juga harta dan saham kita di akhirat kelak.
Kami sekeluarga tidaklah hidup bermewahan2 walaupun abi mempunyai pendapatan yang cukup lumayan. Biarlah berhempas pulas menyekolahkan anak menimba ilmu, daripada harta itu terus disalur kepada perkara2 yang kurang manfaatnya. Hidup adalah utk mencari keberkatan Yang Esa..
Insyallah saya akan terus berpegang pada keyakinan ini. Jika ditakdirkan hari mendatang saya mampu utk menyara anak2 belajar, saya akan lakukannya dengan hati yang terbuka kerana abi dan mama telah pun banyak berkorban utk menyara kami adik beradik....



No comments: