Beberapa hari lepas,Abi ada buat panggilan ke Centre of postgraduate studies IIUM (CPS) dan alhamdulillah response yang diterima agak baik juga.Walaupun belum diterima permohonan saya secara rasmi,tapi saya mendapat maklum balas yang baik dari beberapa pensyarah dan merangkap dekan di faculti undang2.Moga2 Allah memudahkan urusan tersebut.
Saya selalu berdoa disertai solat hajat agar permohonan untuk menyambung pengajian ke peringkat master akan diterima.Saya sendiri tidak mengetahui apakah yang terbaik buat diri saya,namun saya ada matlamat dan jalan usaha yang harus saya lakukan untuk mencapai apa yang saya mahukan.Saya selalu berdoa kepada Allah SWT."Jika apa yang sedang aku usahakan ini adalah yang terbaik buatku,maka mudahkanlah urusanku.Jika tidak,tunjukkanlah jalan yang harus aku ikuti".
Saya tidak tahu mengapa,keinginan saya amat tinggi untuk menyambung pengajian di IIUM.Mungkin kerana sejak zaman sekolah saya sudah berazam untuk melanjutkan pengajian di situ.Sewaktu di sekolah menengah,hampir kesemua rakan kelas ingin menyambung pengajian di IIUM termasuklah saya sendiri.Namun,saya tidak berpeluang menyambung pengajian di Malaysia setelah mengambil keputusan untuk mengikut keluarga ke Sudan lantas meneruskan pengajian di sana.Sekarang,hampir 70 peratus rakan sekelas mengikuti pengajian di IIUAM dalam pelbagai bidang.Begitu juga dengan senior2 kami di sekolah dulu (",)..hebat..
Saya berharap permohonan saya diterima dan segala urusan dipermudahkan olehNYa.Amin..
Saya juga berdoa semoga rakan-rakan seperjuangan saya di Sudan dahulu,turut serta melangkah ke hadapan menyambung pengajian ke peringkat lebih tinggi.kak Ngah dan Kak Mariyam sudah pun hampir tamat master mereka.Saya mendoakan juga agar KSyikin,kIlani,Khusna dan Maksu Jihan menyahut cabaran pensyarah2 kami di Sudan dahulu.
2 orang sahabat saya yang sekuliah dan seasrama dengan saya juga sedang mengikuti pengajian master.Siti Maheran dari Indonesia dan Zeinab Mustafa dari Kenya.Kami bertiga adalah pelajar foreigner pertama(perempuan)yang mengikuti pengajian undang-undang di Inter.Africa Univ.Teringat kata2 Doctor Musa,pengajar subject Law of Tort,"Pengajian undang-undang lebih sukar dari Perubatan".walaubagaimanapun,saya percaya tidak ada pun perkara yang senang dalam dunia ini.Apa yang penting,berusaha bersungguh-sungguh untuk mencapai target yang diingini.Saya faham mengapa Doc.Musa berkata begitu.Tidak lain untuk menyuntik semangat kami untuk lebih berusaha gigih.Di asrama,fenomena biasa dapat dilihat di mana pelajar perubatan belajar tidak kira waktu.Kemana2 sahaja membawa buku.Tebal-tebal pula tu.Hingga lewat malam masih menelaah.Ini menjadi persaingan yang baik buat kami pelajar undang-undang.Sehingga kini saya sentiasa mengingati nasihat2 yang diberikan pensyarah kami sewaktu belajar di sana.Sikap toleransi dan memahami adalah antara akhlak terpuji bagi seorang guru.Tidak lokek berkongsi ilmu dan pengalaman tanpa mengharapkan ganjaran adalah antara sikap yang dipamerkan bagi kebanyakan pensyarah di sana.W/pun pensyarah kami mempunyai latar pendidikan yang tinggi,bergelar profesor dan doctor philosophy,mereka tidak hidup dalam kemewahan sepeti yang kita lihat di Malaysia.Malah,ada antara profesor yang tidak mempunyai Handphone untuk berhubung.Alasannya,tidak memerlukannya.Sempoi betul...
Bukanlah saya ingin bermegah dengan Sudan walhal saya akui Malaysia jauh lebih maju dari Sudan.Namun,Sudan masih mengekalkan adab keislamannya dan realiti itu terpamer di mana2 sahaja.Agak sukar untuk mendengar kes rogol,pembunuhan,rompakan dan segala macam jenayah besar ketika di sana.Saya akui,kemajuan boleh mengangkat martabat manusia,namun kemajuan juga boleh merosakkan ketemadunan manusia..Dan itulah realiti dunia sekarang yang harus diterima..
No comments:
Post a Comment