Friday, July 6, 2007

#17 - paper 1 & 2

Alhamdulillah, hari orientasi sudah berakhir. Tidak mengambil masa yang lama. Kemudian keesokkan harinya pada 4/7 saya menduduki pula peperiksaan EPT bagi kertas 1 dan 2. Agak banyak juga soalan yang dikemukakan. Saya dapat menjawab dengan baik pada kertas 1 akan tetapi kertas 2 saya dapati penulisan saya kurang menonjol.Tidak tahu di mana silapnya.Mungkin perasaan cemas mengatasi segalanya.Saya sudah berusaha selebihnya hanya doa dan tawakal kepada Allah SWT..
Insyallah hari ini saya akan mengambil keputusan saya.Jika saya lulus, saya akan lalui 2 lagi kertas peperiksaan iaitu kertas 3 dan 4. Bukan mudah sebenarnya untuk menempatkan diri.Namun saya cuba sedaya dan semampu mungkin. Kadangkala, saya terfikir, jika sebelum ini saya telah berusaha bersungguh-sungguh namun nasib masih lagi tidak menyebelahi saya, siapakah harus dipersalahkan.. diri saya atau takdir?.. lalu pantas saya beristigfar..Sebenarnya dalam kehidupan ini kita kenalah Sentiasa berfikiran positif dan tidak boleh mempersoalkan kenapa ia terjadi..kalaulah begini dan kalaulah begitu.. Ini semua adalah permainan syaitan dan hasutannya untuk menyesatkan manusia.. Syaitan tentu sekali menjadi pihak yang paling gembira apabila kita sudah mula pandai menyalahkan takdir. Sedarkah kita bahawa setiap takdir yang diterima manusia adalah datangnya dari pemberian Allah SWT?.. Dia yang menentukan segalanya.. menyalahkan takdir bermakna kita mempersoalkan kredibiliti Allah sebagai penghulu sekalian alam...Nauzubillah..
Abi dan mama tentu sekali mengharapkan yang terbaik..Namun mereka tidak pernah memaksa saya melakukan perkara yang saya tidak suka..Mendesak itu adalah satu kepantangan buat saya kerana bagi saya biarlah sesuatu itu datang dari dalam hati saya agar keikhlasan itu lebih terjaga.. Jika dipaksa-paksa, hati menjadi tidak ikhlas untuk melakukannya..
Belajar juga seperti ibadah.. Bagaimana ibadah dilihat sebagai tanggungjawab begitu juga dengan belajar..apabila persepsi ini dilihat sama rata, maka belajar itu adalah ibadah.. kedua-dua perkara dilihat sama penting. Oleh itu, manusia akan lebih menjaga adab-adab mereka dan ketekunan mereka dalam melaksanakanibadah dan menuntut ilmu..Insyallah...
Saya akan ke UIA petang nanti untuk melihat keputusan. Dengan izin Allah insyallah saya boleh lulus.. Cumanya hari ini saya rasakan kesihatan tidak begitu memberansangkan.. penyakit batuk datang semula...asyik batuk sahaja sejak petang semalam. Sudah bermacam ubat saya makan. Namun masih lagi belum sihat sepenuhnya.. inilah ujian dari Allah SWT.. walaupun tidak selesa, sekurang-kurangnya terhapus dosa2 kecil saya..

No comments: