Saturday, July 21, 2007

#27 - Put time to good use

Saya berkesempatan bertemu Profesor Zaleha selepas tamat kelas dan meminta pandangan beliau tentang permasalahan yang sedang saya hadapi di mana saya tidak dapat menentukan bidang dan tajuk apa yang harus saya pilih untuk mula menulis.
Alhamdulillah beliau memberi pandangan dan pendapat yang amat membantu saya dalam menyelesaikan masalah saya ini.Saya tahu,bukan saya seorang sahaja yang mengalami masalah begini malah ada juga rakan sekelas yang masih tidak dapat mengenal pasti bidang apa yang patut mereka kaji.
Bermula hari ini,saya sudah pun mengurangkan aktiviti luar agar dapat memberikan tumpuan yang lebih kepada pelajaran.2 minggu pertama memang amat sibuk kerana selain menyesuaikan diri dengan tempat baru dan kelas-kelas yang saya hadiri,saya juga mengambil kesempatan bertemu kawan2 lama kerana kebetulan kebanyakan mereka berada di sekitar Kuala Lumpur.
Ada yang pulang bercuti dari Mesir,Qatar dan saya juga mengambil peluang menziarah rakan-rakan seperjuangan ketika di Sudan.

Saya harus belajar dengan lebih tekun dan berusaha gigih kerana saya mengimpikan keputusan yang cantik untuk pengajian master ini.Buku dan internet sudah menjadi teman setia dan saya berharap agar Allah memudahkan lagi urusan saya.

Apa yang sedang berlegar2 dalam fikiran sekarang adalah mencari bidang yang sesuai untuk dikaji.
Profesor Zaleha memberi pendapat bahawa ada baiknya saya cuba mengkaji bidang baru seperti 4 bidang yang sedang dikaji oleh Law researchers di UIAM iaitu:
  1. Human right in Islamic perspective
  2. Maritime
  3. Biotechnology
  4. Space Law
Beliau menyoal bidang apa yang saya minati dan saya menjawab Family Law and Islamic Banking and Finance. Beliau berpandangan bahawa family Law adalah bidang lama dan beliau sendiri walaupun salah seorang yang mengkaji bidang tersebut merasakan bahawa beliau harus memulakan langkah baru dan tidak tertumpu kepada undang2 keluarga sahaja.Manakala bidang Islamic Banking and Finance mempunyai pelajar yang terlalu ramai dan bidang tersebut tidak akan lagi menjadi isu baru setalah 3/4 tahun akan datang.Beliau menasihatkan saya jika mahu bercita-cita untuk menjadi ahli akedemik kita mestilah tidak gentar mengkaji bidang baru kerana selain khidmat kita akan digunakan kelak ia juga dapat membantu masyarakat pada masa hadapan.

Beliau juga menyuruh saya untuk surf Oxford and Cambridge's website dan mencari bidang apa yang ditawarkan oleh universiti mereka kerana setiap bidang baru yang ada di sana insyallah akan mula bertapak di Malaysia.Ini salah satu kuncinya..

Alhamdulillah, saya sedang cuba mengenal pasti bidang apa yang harus saya kaji dan commentar yang diberikan oleh Professor Zaeha amat membantu.

Semoga Allah memudahkan urusan..

P/s: Professor Zaleha is a Dean of Ahmad Ibrahim Kuliyyah of Law.

No comments: