Tuesday, August 14, 2007

#34 - Thureya is sick..

Assalamualaikum to all
Minggu ini tidak terlalu sibuk mungkin ada hikmahnye kerana Thureya tidak sihat sejak 3-4 hari yang lalu. Melihat keadaannya yang tidak beransur baik walaupun sudah ke klinik 2 hari yang lalu, saya temankan lagi pergi ke klinik IIUM. Sepanjang berkawan dengannya, saya tak pernah lihat Thureya sakit sebegitu teruk seperti hari ini. Selama ini Thureya memang sibuk orangnya tapi she still can maintain everything.Mungkin keadaan cuaca sekarang yang tidak menentu sekejap panas sekejap hujan membuatkan dia jatuh sakit. Sejak semalam saya bergilir menjaganya bersama Ruqayah (also kenyan). Saya selalu ingatkan dia agar banyak bersabar dan menggangap sakit itu sebagai penghapus dosa kita. Dalam keadaan yang sedang sibuk ketika ini, dengan assignment yang menimbun2 pasti ada terdetik di dalam hati mengapalah jadi begini di saat aku sedang sibuk?..Sememangnya Allah mahu menguji hambaNya.Semakin banyak ujian yang melanda semakin Allah sayang pada kita.Manusia selalu leka dan alpa, dengan ujian dan dugaan seperti sakit ini kita lantas tersedar dari mimpi. KepadaNya kita kembali.
Saya berkesempatan membaca surat khabar hari ini. Hampir semua surat khabar halaman depan diletakkan gambar kemalangan ngeri yang berlaku semalam. Saya sendiri mengalir air mata bila membaca berita itu. Entahlah, hati menjadi sangat sayu dan sebak bila membaca reaksi keluarga mangsa2 terbabit. Selepas membaca 2-3 akhbar berlainan, saya menjadi marah bercampur geram dengan pengusaha syarikat bas terbabit.Mengikut laporan dalam suratkhabar, laporan awal polis menunjukkan pemandu bas tersebut punya 13 saman dan 2 waran tangkap sejak tahun 1991. Apa dah jadi ni??..Mengapa pengusaha syarikat bas terbabit tidak serius dalam menjalankan perniagaannya?..Permit yang tidak diperbarui, dan tidak mematuhi polisi yang ditetapkan seolah2 menunujukkan bahawa mereka tidak ambil peduli tentang undang-undang. Saya jangkakan selepas ini pasti lebih banyak lagi masalah yang bakal berlaku. Bagaimana mungkin nanti proses tuntutan insuran dapat dijalankan dengan lancar jika maslaah2 perundangan ini mengambil tempat?..Kasihanilah penumpang yang tidak berdosa. Berapa ramai lagi yang akan menjadi korban.??..Saya tahu sebagai orang Islam kita harus redha dan yakin dengan segala ketentuan Allah. Akan tetapi sikap tidak bertanggungjawab dan lalai manusia akan membawa kepada lebih banyak lagi kejadian tidak diingini. Walhal kita boleh mengelak dari ianya berlaku dengan mangambil sikap berhati-hati dan tidak sambil lewa ketika melakukan pekerjaan.
Sedih, hiba, kesal dan marah semuanya bercampur baur. Hanya doa yang mampu saya lakukan untuk mereka. Semoga Allah memberi kekuatan buat keluarga mangsa2 terbabit. Dari Allah kita datang, kepada Allah kita kembali...

No comments: